*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BERITA MALAYSIA 

04 JANUARI, 2000 17:32PM  
 
MCA AKAN PECAT AHLI YANG TERIMA JAWATAN YANG DITAWAR
KERAJAAN PAS 
    
KUALA TERENGGANU, 4 Jan (Bernama) -- MCA Terengganu
hari ini mengingatkan anggota parti itu supaya tidak
menerima sebarang jawatan sebagai wakil masyarakat
Cina yang ditawarkan kerajaan PAS Terengganu kerana ia
bercanggah dengan prinsip parti itu. 

Timbalan Pengerusi MCA negeri Wong Foon Meng berkata
anggota parti yang menerima tawaran itu akan dipecat
kerana ia bertentangan dengan dasar parti dan semangat
Barisan Nasional. 

"MCA tidak memerlukan anggota yang meletakkan
kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti,"
katanya di sini hari ini. Semalam, Menteri Besar Haji
Abdul Hadi Awang berkata kerajaan negeri akan melantik
seorang atau dua wakil masyarakat Cina dalam majlis
daerah di setiap daerah di negeri ini dan dalam
Jawatankuasa Keselamatan Kampung bermula 1 Mac ini. 

Abdul Hadi berkata pelantikan itu adalah selaras
dengan janji PAS untuk turut membabitkan masyarakat
bukan Islam dalam membangunkan negeri. 

Ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri
menutup pusat-pusat perjudian di seluruh negeri
bermula 1 Mac ini, Wong berkata tindakan itu akan
hanya meningkatkan kegiatan judi tanpa lesen di
Terengganu. 

Beliau berkata tindakan drastik kerajaan PAS itu akan
hanya menimbulkan perasaan benci di kalangan
masyarakat bukan Islam kerana pelbagai dasar
membabitkan bukan Islam yang diumumkan seperti kharaj
dan pelaksanaan hukum Hudud masih belum dijelaskan
sepenuhnya oleh kerajaan negeri.-- BERNAMA 
  
 
 



--------------------------------------------------------------------------------
Copyright ©1999 BERNAMA. All rights reserved. This
material may not be published, broadcast, rewritten or
redistributed in any form except with the prior
express permission of BERNAMA.  



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke