*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BERITA MALAYSIA 


04 JANUARI, 2000 15:42PM  

PENGASAS GERAKAN KELUAR PARTI 
   

PULAU PINANG, 4 Jan (Bernama) -- Datuk Lim Ee Heong,
seorang daripada pengasas Gerakan, hari ini
mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada parti
berkuatkuasa semalam. 

Ee Heong, 68, yang mengasaskan parti itu bersama-sama
satu kumpulan yang termasuk bekas Ketua Menteri Tun Dr
Lim Chong Eu pada tahun 1968, berkata beliau berbuat
demikian kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan
presiden parti itu sekarang, Datuk Seri Dr Lim Keng
Yaik. 

Menurut surat peletakan jawatan setebal dua muka surat
yang dihantar kepada Keng Yaik bertarikh 3 Jan 2000
dan difakskan ke Bernama di sini hari ini, Ee Heong
berkata Gerakan telah terkeluar dari matlamat asal
penubuhannya. 

Katanya beliau tidak akan memberi sokongan kepada
pemimpin yang tidak berkebolehan menerajui parti itu. 

Pada 2 Dis lepas, anaknya, Boo Chang dan anak Chong
Eu, Chien Aun bertindak keluar parti itu setelah
masing-masing menang kerusi Dewan Undangan Negeri
dalam pilihan raya umum ke-10 empat hari sebelum itu
sebagai calon Barisan Nasional. 

Boo Chang adalah wakil kawasan Datuk Keramat dan Chien
Aun pula anggota dewan bagi Bayan Lepas. 
-- BERNAMA
  
 
 



--------------------------------------------------------------------------------
Copyright ©1999 BERNAMA. All rights reserved. This
material may not be published, broadcast, rewritten or
redistributed in any form except with the prior
express permission of BERNAMA.  



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke