*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Syabas Tuan Guru Hj. Abd Hadi......buang segala
karat-karat UMNO yang masih tinggal dalam negeri
Terengganu tuuuuu.............

--- Concorde <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Cuepecs desak Pas ambil semula pekerja
> KUALA LUMPUR, Isnin - Kerajaan Pas Terengganu
> didesak supaya mengambil semula Pengarah serta 420
> kakitangan Unit Perpaduan Ummah (UPU) yang dipecat
> Sabtu lalu. 
> 
> Presiden Cuepacs, N Siva Subramaniam, berkata
> pengurusan tertinggi Cuepacs akan menemui kerajaan
> Pas Terengganu bagi mengemukakan rayuan berhubung
> perkara itu. 
> 
> "Tindakan seumpama ini tidak kena pada masanya,
> lebih-lebih lagi ketika hanya tinggal seminggu
> sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, sedangkan
> pekerja terbabit boleh diserapkan ke agensi kerajaan
> lain. 
> 
> "Kakitangan UPU yang terbabit sewajarnya diberi
> peluang mengemukakan rayuan dan dipertimbangkan
> terlebih dulu atas dasar simpati kerana
> kebanyakannya sudah berkeluarga dan tidak mempunyai
> sara hidup lain. 
> 
> "Cuepacs berharap kerajaan Terengganu dapat merenung
> semula tindakannya yang keterlaluan sehingga
> memalapkan suasana sambutan Aidilfitri keluarga 420
> kakitangan terbabit," katanya ketika dihubungi hari
> ini. 
> 
> Semalam, Berita Harian melaporkan bahawa kerajaan
> Pas Terengganu membubarkan UPU dan diganti dengan
> Unit Bina Insan (UBI) dengan kakitangan baru,
> dipercayai penyokong Pas, bagi mengukuhkan kedudukan
> parti itu di Terengganu. 
> 
> Difahamkan, rayuan dan surat permohonan rasmi bekas
> Pengarah UPU, Baharuddin Mohammad, kepada Exco kanan
> kerajaan Pas, Mustafa Ali, supaya kakitangan yang
> dipecat diserapkan ke agensi lain, langsung tidak
> dilayan. 
> 
> Baharuddin menyifatkan tindakan kerajaan Pas itu
> sebagai membalas dendam kerana sanggup bertindak
> menzalimi orang lain semata-mata kerana fahaman
> politik yang berbeza walaupun kakitangan terbabit
> tidak aktif berpolitik. 
> 
> Menurut Siva, kerajaan Terengganu harus mengambil
> iktibar daripada pendekatan kerajaan negeri Pahang
> ketika menangani isu pemberhentian 23 kakitangan
> Pasdec Corporation Sdn Bhd (Pasdec), 1 Mei dua tahun
> lalu. 
> 
> Katanya, kesediaan kerajaan Pahang menempatkan
> pekerja yang diberhentikan di syarikat lain milik
> kerajaan negeri sementara menunggu keputusan rayuan
> yang dibuat menerusi Cuepacs, wajar diteladani
> kerajaan Pas Terengganu. 
> 
> Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja
> Malaysia (MTUC), Senator Datuk Zainal Rampak,
> berkata perlindungan terhadap kakitangan awam perlu
> ditingkatkan bagi mengelak penindasan berleluasa. 
> 
> "Kakitangan awam tidak boleh lagi bergantung kepada
> Perintah Am semata-mata, sebaliknya harus diberi
> perlindungan setaraf dengan hak kakitangan swasta,
> seperti yang termaktub dalam Akta Perhubungan
> Perusahaan. 
> 
> "Mereka (kakitangan awam) harus diberi peluang
> membela diri di Mahkamah Industri dan diberi surat
> tunjuk sebab terlebih dulu manakala majikan pula
> diwajibkan menyiasat sebelum memecat seseorang
> pekerja. 
> 
> "Kerajaan, terutama Jabatan Perkhidmatan Awam, wajar
> bertindak segera menggubal akta bagi melindungi hak
> kakitangan awam untuk mengelak pemecatan tanpa
> bersebab," katanya. 
> 
> Zainal turut kesal kerana kerajaan Terengganu lebih
> cenderung memecat kakitangannya walaupun boleh
> mengambil tindakan tata tertib lain seperti yang
> terkandung dalam Perintah Am. 
> 
> Katanya, nasib 420 pekerja itu, yang kini hanya
> boleh membuat rayuan dan terpaksa bergantung harapan
> pada belas ihsan kerajaan negeri, tidak wajar
> dialami kakitangan awam lain. 
> 
> Di MARAN, Timbalan Menteri Besar Pahang, Datuk Tan
> Mohd Aminuddin Ishak menyifatkan tindakan Kerajaan
> Pas Terengganu menyingkir semua kakitangan UPU
> sebagai penganiayaan. 
> 
> "Jika kerajaan Umno berbuat demikian sudah tentu
> mereka mengatakan zalim, tetapi kalau kerajaan Pas
> ia dianggap sebagai takdir Allah bahawa kakitangan
> itu hilang pekerjaan. 
> 
> "Apa yang berlaku itu adalah malang bagi kakitangan
> terbabit. Setidak-tidaknya, sebelum membuat
> pemecatan, kerajaan negeri itu memberi peluang
> kepada mereka mencari pekerjaan lain atau
> menyediakan kerja untuk kakitangan terbabit,"
> katanya. 
> 
> Beliau berkata, tindakan itu sudah tentu mengejutkan
> mereka kerana hilang mata pencarian sekelip mata. 
> 
> Katanya, soal untuk mewujudkan Unit Perpaduan Ummah
> atau menutupnya serta mewujudkan Unit Bina Insan
> adalah terpulang kepada kerajaan masing-masing,
> tetapi janganlah sampai menutup mata pencarian orang
> lain.
> 
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ismail ahmad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke