*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Asalammualaikum,

Mimpi yg berlaku antara masa hampir tidur dengan benar-benar telah tidur dan
boleh mendatangkan manfaat. Mimpi-mimpi ini sering membawa ilham-ilham dan
petunjuk-petunjuk yg menkagumkan. Ilham-ilham itu adalah bayangan yg
terjatuh ke mata hati.

Firman Allah menjelaskan :
"Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya tentang kebenaran
mimpinya dengan sebenarnya iaitu kamu sesungguhnya pasti akan memasuki
Masjidil-Haram, Insya Allah, dlm keadaan aman" (Al-Fath:27)

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah bermimpi memasuki Mekah, lalu
bertawaf mengelilingi kaabah, sedang mimpi itu adalah benar. Tetapi pada
waktu itu, mekah sedang dikuasai oleh musuh-musuh yg menentangnya, iaitu dr
kaum Quraisy. Mimpi nabi s.a.w itu berlaku benar-benar kemudian setahun
sesudahnya

Mimpi datang dari Allah, tetapi ada juga yg datang dr syaitan dan iblis.
Nabi Muhammad s.a.w pernah juga menyatakan bahawa barangsiapa yang melihat
baginda dlm mimpinya sebenarnya dia melihat baginda (yakni mimpi itu benar)
kerana syaitan tidak mampu menyerupai baginda. Syaitan juga tidak dapat
menyerupai orang-orang mukmim yg dlm perjalanan menuju Allah (Salik).
Demikian pula ahli-ahli yg bermakrifat dan ahli-ahli hakikat yg menurut
cahaya nabi Muhammad s.a.w. Mereka yg faham tafsiran  dan maksud nabi itu
pernah berkata, bahawa bukan sahaja syaitan itu tidak mampu menyerupai Nabi
Besar Muhammad s.a.w bahkan syaitan juga tidak mampu berpura-pura menjadi
sesuatu atau sesiapa yang ada sifat pemurah dan penyayang, dan berwatak
mukmim. Sebenarnya semua nabi-nabi, wali-wali, malaikat, ka'abah, matahari,
bulan dan Al-Quran adalah perkara yang tidak dapat dimasuki atau diserapi
oleh syaitan ataupun menyerupai mereka. Syaitan itu adalah tempat atau wadah
dan keadaan manifestasi (penzahiran) sifat murka, laknat, hukuman dan
kecelakaan.

Menurut mimpi sahabat saudara itu, kami boleh takwilkan sebagai satu mimpi
yang benar. Kerana bukan kematian itu sesuatu yang benar. Bukankah ia satu
janji tuhan kepada semua makluk yang bernyawa ataupun HIDUP. Setiap yang
bernyawa pasti mati. Mimpi tersebut pasti akan berubah menjadi satu kenyatan
yang pasti. Cuma masanya yang tidak dapat ditentukan oleh kita. Semuanya
adalah urusan tuhan. Sampaikan lah ingatan saya ini kepada sahabat saudara
itu. Katakan lah, anda bertuah kerana telah diberi pengalaman istemewa oleh
tuhan utk melihat kematian anda sendiri. Ini utk mengingatkan diri kita dan
diri sahabat saudara itu supaya bersiap sedia dengan bekalan utk menuju
kepada kehidupan yang lebih kekal dan abadi. Yang pada ketika itu lagi tidak
akan wujud istilah mati.

Dan janganlah kita takut atau bimbang utk menghadapi mati, kerana kalau kita
memahami apakah erti mati yg sebenar kita akan bertambah yakin pada
kekuasaan Allah. Semoga kita semua mendapatkan manfaatnya.

wasalam

----- Original Message -----
From: story teller <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, January 20, 2000 4:22 AM
Subject: H-Net* Permasalahan Mimpi


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
> kepada netters yang berilmu yang sudi menyelesaikan permasalahan ini.
> Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud,,
> Mimpi yang baik datangnya dari Allah dan Mimpi yang buruk datangnya dari
> syaitan,,, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim (kafaz oleh Imam
> Muslim).
>
> Mimpi yang buruk itu tidak elok untuk di ceritakan kepada orang
lain..tetapi
> memandangkan saya sendiri tidak dapat menolong sahabat saya untuk
> mententeramkan hatinya kerana  kekurangan Ilmu maka saya memohon kepada
> sahabat yang berpengetahuan agama dalam bab bab permasalahan mimpi untuk
> membantu sedikit sebanyak sahabat saya yang tertekan kerana gangguan
> mimpinya itu.
>
>
> Sahabat saya ini merupakan seorang pelajar pusat pengajian tinggi tempatan
> yang menginap di kolej kediaman.Dia sering mengalami gangguan mimpi yang
> ngeri berulangkali setelah dia kembali ke asramanya untuk sessi akademik
> selepas cuti hari raya,,ini bermakna selepas bulan ramadhan sehinggalah
> sekarang ini.
> Mimpi itu adalah mimpi beliau dikebumikan ke dalam liang lahad dan beliau
> menyaksikan sendiri dirinya ditimbus oleh tanah .Beliau merasakan mimpi
> tersebut seakan akan benar benar berlaku..mimpi ini berlaku berulang ulang
> kali,,kesannya beliau kini sentiasa berada dalam keadaan tertekan,,,.
> Jadi persoalan saya,,apakah amalan amalan khusus dari aspek agama untuk
> menghindari mimpi mimpi sedemikian...jika ia mainan syaitan,,adakah bilik
> juga menjadi salah satu punca..yakni bilik yang digemari Jin Jin..
> Kalau ada hadith hadith berkaitan mimpi juga mungkin berguna untuk
> beliau.
> Diharap para netters yang arif dapat menolong sahabat kita ini..
> sekian,,,
> wassalam
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "story teller" <[EMAIL PROTECTED]>
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nursejati" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke