*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, 
   Pernah dlm satu kuliyyah maghrib,ustaz Suhaimi
Abdullah menceritakan perihal seorang telah bermimpi
Rasulullah s.a.w. berwajah hitam.Lalu ada pendapat yg
mengatakan bahawa wajah hitam Nabi dlm mimpi hamba
ALLAH itu adalah kerana amaran kpd sifat buruk orang
yg mimpi itu sendiri.
   Untuk sahabat [EMAIL PROTECTED],saya sendiri
pernah mengalami perasaan yg agak serupa,tapi dlm
situasi yg berbeza.Yg bezanya, saya bukan mengalaminya
dlm mimpi,tapi merasai semasa sebelum
tidur.Alhamdulillah,mungkin ini adalah satu cara 
ALLAH SWT nak berikan cahaya hidayahNya kpd
saya.Pernah satu malam tu,saya kena demam
selsema.Kebiasaannya kalau saya kena selsema,masalah
utama yg saya hadapi ialah tak boleh nak tidoq krn
lemas hidung tersumbat.Semasa atas dunia ni,bolehlah
juga kita minta tolong emak/isteri kita gosok vicks
kat dada/belakang kita; atau kalau teruk
sangat,bolehla start kereta pi jumpa doktor apa ka;
tapi kalau dalam kuboq ? Sapa tak bimbang kalau dok
terbayang2 dlm kuboq bersendirian,dgn
gelapnya/sempitnya/takutnya/pasiaq masuk dlm hidung
pula (pikiaq cara budak2 la); time tu tarak sapa nak
tolong kita dah; tak takut ka tuan2 kalau dok mai
perasaan lagu tu ?  Kemudian,masa kat tempat kerja
keesokan harinya dgn mata lebam mengantok,saya pun
bagitau masalah pada seorang sahabat.Dia bagitau
apa,"Takdak jalan lain selain drpd hang kena sujud
balik kpd ALLAH SWT."
   Alhamdulillah,jiwa kita akan tenang/tunduk apabila
sentiasa ingat kpd ALLAH SWT.Bila rasa takut saja,cuba
bangkit pi ambik/baca Quran atau ambik wudhuk/dirikan
solat sunat taubat ka; Insya`ALLAH,dgn izin ALLAH,jiwa
kita akan kembali tenang.Silap2,kita akan jadi
gian/rindu dgn ayat2 Al-Quran tu pulak (Subhanallah
Maha suci ALLAH).
   Apabila kecintaan kpd ALLAH/RasulNya begitu
mendalam,apa saja yg kita buat atau apa saja kejadian
yg berlaku,kita akan merasakan kehebatan ALLAH SWT.Sbg
cnth,ada la sekali semasa bangun drpd kerusi,lutut
saya terlanggar dgn meja.....Aduih !
sakitnya........Itu baru berlanggar dgn meja,belum
lagi dgn benda2 yg besar2 lagi.Kemudian,saya rasa
betapa lemahnya kejadian manusia ni; itupun kita nak
sombong juga dgn Pencipta kita.Masya`ALLAH.Satu lagi
cnth,ialah semasa saya menyertai larian Merdeka
tempohari.Huh,tak sampai 5 minit,pancit dah
tuan2.Pengajaran yg saya dapat drpd larian itu ialah
dgn kudrat yg hanya sedikit Tuhan bagi kat kita
ni,patutkah kita sombong nak lawan dgnNya ? Saya tak
sanggup tuan2; itupun baru Dia test secara mudah,kita
dah tak tahan,inikan pula yg besar2.Subhanallah.

Wassalam. 

--- nursejati  wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Asalammualaikum,
> 
> Mimpi yg berlaku antara masa hampir tidur dengan
> benar-benar telah tidur dan
> boleh mendatangkan manfaat. Mimpi-mimpi ini sering
> membawa ilham-ilham dan
> petunjuk-petunjuk yg menkagumkan. Ilham-ilham itu
> adalah bayangan yg
> terjatuh ke mata hati.
> 
> Firman Allah menjelaskan :
> "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya
> tentang kebenaran
> mimpinya dengan sebenarnya iaitu kamu sesungguhnya
> pasti akan memasuki
> Masjidil-Haram, Insya Allah, dlm keadaan aman"
> (Al-Fath:27)
> 
> Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah bermimpi
> memasuki Mekah, lalu
> bertawaf mengelilingi kaabah, sedang mimpi itu
> adalah benar. Tetapi pada
> waktu itu, mekah sedang dikuasai oleh musuh-musuh yg
> menentangnya, iaitu dr
> kaum Quraisy. Mimpi nabi s.a.w itu berlaku
> benar-benar kemudian setahun
> sesudahnya
> 
> Mimpi datang dari Allah, tetapi ada juga yg datang
> dr syaitan dan iblis.
> Nabi Muhammad s.a.w pernah juga menyatakan bahawa
> barangsiapa yang melihat
> baginda dlm mimpinya sebenarnya dia melihat baginda
> (yakni mimpi itu benar)
> kerana syaitan tidak mampu menyerupai baginda.
> Syaitan juga tidak dapat
> menyerupai orang-orang mukmim yg dlm perjalanan
> menuju Allah (Salik).
> Demikian pula ahli-ahli yg bermakrifat dan ahli-ahli
> hakikat yg menurut
> cahaya nabi Muhammad s.a.w. Mereka yg faham tafsiran
>  dan maksud nabi itu
> pernah berkata, bahawa bukan sahaja syaitan itu
> tidak mampu menyerupai Nabi
> Besar Muhammad s.a.w bahkan syaitan juga tidak mampu
> berpura-pura menjadi
> sesuatu atau sesiapa yang ada sifat pemurah dan
> penyayang, dan berwatak
> mukmim. Sebenarnya semua nabi-nabi, wali-wali,
> malaikat, ka'abah, matahari,
> bulan dan Al-Quran adalah perkara yang tidak dapat
> dimasuki atau diserapi
> oleh syaitan ataupun menyerupai mereka. Syaitan itu
> adalah tempat atau wadah
> dan keadaan manifestasi (penzahiran) sifat murka,
> laknat, hukuman dan
> kecelakaan.
> 
> Menurut mimpi sahabat saudara itu, kami boleh
> takwilkan sebagai satu mimpi
> yang benar. Kerana bukan kematian itu sesuatu yang
> benar. Bukankah ia satu
> janji tuhan kepada semua makluk yang bernyawa
> ataupun HIDUP. Setiap yang
> bernyawa pasti mati. Mimpi tersebut pasti akan
> berubah menjadi satu kenyatan
> yang pasti. Cuma masanya yang tidak dapat ditentukan
> oleh kita. Semuanya
> adalah urusan tuhan. Sampaikan lah ingatan saya ini
> kepada sahabat saudara
> itu. Katakan lah, anda bertuah kerana telah diberi
> pengalaman istemewa oleh
> tuhan utk melihat kematian anda sendiri. Ini utk
> mengingatkan diri kita dan
> diri sahabat saudara itu supaya bersiap sedia dengan
> bekalan utk menuju
> kepada kehidupan yang lebih kekal dan abadi. Yang
> pada ketika itu lagi tidak
> akan wujud istilah mati.
> 
> Dan janganlah kita takut atau bimbang utk menghadapi
> mati, kerana kalau kita
> memahami apakah erti mati yg sebenar kita akan
> bertambah yakin pada
> kekuasaan Allah. Semoga kita semua mendapatkan
> manfaatnya.
> 
> wasalam
> 
> ----- Original Message -----
> From: story teller 
> To: 
> Sent: Thursday, January 20, 2000 4:22 AM
> Subject: H-Net* Permasalahan Mimpi
> 
> 
> >
> > 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
>         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> > 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG
> ADIL
> > 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
> > kepada netters yang berilmu yang sudi
> menyelesaikan permasalahan ini.
> > Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud,,
> > Mimpi yang baik datangnya dari Allah dan Mimpi
> yang buruk datangnya dari
> > syaitan,,, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam
> Muslim (kafaz oleh Imam
> > Muslim).
> >
> > Mimpi yang buruk itu tidak elok untuk di ceritakan
> kepada orang
> lain..tetapi
> > memandangkan saya sendiri tidak dapat menolong
> sahabat saya untuk
> > mententeramkan hatinya kerana  kekurangan Ilmu
> maka saya memohon kepada
> > sahabat yang berpengetahuan agama dalam bab bab
> permasalahan mimpi untuk
> > membantu sedikit sebanyak sahabat saya yang
> tertekan kerana gangguan
> > mimpinya itu.
> >
> >
> > Sahabat saya ini merupakan seorang pelajar pusat
> pengajian tinggi tempatan
> > yang menginap di kolej kediaman.Dia sering
> mengalami gangguan mimpi yang
> > ngeri berulangkali setelah dia kembali ke
> asramanya untuk sessi akademik
> > selepas cuti hari raya,,ini bermakna selepas bulan
> ramadhan sehinggalah
> > sekarang ini.
> > Mimpi itu adalah mimpi beliau dikebumikan ke dalam
> liang lahad dan beliau
> > menyaksikan sendiri dirinya ditimbus oleh tanah
> .Beliau merasakan mimpi
> > tersebut seakan akan benar benar berlaku..mimpi
> ini berlaku berulang ulang
> > kali,,kesannya beliau kini sentiasa berada dalam
> keadaan tertekan,,,.
> > Jadi persoalan saya,,apakah amalan amalan khusus
> dari aspek agama untuk
> > menghindari mimpi mimpi sedemikian...jika ia
> mainan syaitan,,adakah bilik
> > juga menjadi salah satu punca..yakni bilik yang
> digemari Jin Jin..
> > Kalau ada hadith hadith berkaitan mimpi juga
> mungkin berguna untuk
> > beliau.
> > Diharap para netters yang arif dapat menolong
> sahabat kita ini..
> > sekian,,,
> > wassalam
> >
> >
>
______________________________________________________
> > Get Your Private, Free Email at
> http://www.hotmail.com
> >
> >
> > 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada
> body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:
>  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
>                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]  
>                  )
> > 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> 
=== message truncated ===






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke