*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kuala Lumpur, 17 Jan (Hrkh) - Forum Malaysia UK & EIRE (FMUKE) yang mewakili gabungan persatuan-persatuan pelajar Malaysia di United Kingdom & Eire merasa amat kesal dan dukacita di atas pendakwaan terpilih yang dilakukan keatas editor Akhbar Harakah, pemilik syarikat percetakan dan beberapa pemimpin parti pembangkang di bawah Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi. FMUKE beranggapan tindakan ini sebagai satu perkembangan yang tidak sihat kearah penafian kebebasan bersuara di dalam negara setelah kerajaan menghadapi krisis keyakinan dan kepercayaan sebahagian besar rakyat terhadap pemimpin kerajaan hari ini. Penangkapan dan pendakwaan terhadap Sdr Zulkifli Sulung dan En. Chia Lim Thye dilihat sebagai satu usaha untuk mengharamkan penerbitan Harakah dan menggugut mana-mana syarikat percetakan dari menerbitkan akhbar tersebut. Penangkapan dan pendakwaan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Nasional, Puan Hjh Marina Yusof, Timbalan Pengerusi DAP, En. Karpal Singh dan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Saudara Ezam Mohd Noor dilihat sebagai satu usaha melemahkan parti-parti pembangkang. Di mana , semua ini merupakan satu agenda ke arah menafikan prinsip demokrasi yang dijamin di bawah perlembagaan. FMUKE berkeyakinan, pendakwaan ke atas mereka adalah bermotifkan politik dan bertujuan menutup segala kelemahan kerajaan Barisan Nasional daripada terus dibongkar dan diketahui oleh rakyat. Untuk itu FMUKE mendesak agar segala pertuduhan ke atas mereka digugurkan dengan serta merta. Pada masa yang sama, FMUKE mendesak Peguam Negara agar bersikap professional dan tidak mengamalkan sikap 'selective prosecution' apabila berhadapan dengan parti-parti pembangkang. FMUKE mendesak agar Peguam Negara tidak bertindak pilih kasih dalam membuat pendakwaan mengenai dakwaan rasuah dan salah laku ke atas Dato Seri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Dato Seri Rahim Tamby Chik berasaskan laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. R akyat bukan selamanya boleh bersabar menunggu pendakwaan keatas mereka sekalipun pelbagai dokumen berkaitan telah diserahkan. Sekian terima kasih. Wassalam. Zulkifli Hj Yusoff Pengerusi FMUKE ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>