*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1.2.3. LEKUP

CALON
Sekali peristiwa terkelihlah Jantan dalam kertas
khabar Orang Putih akan sungut seorang calon parti
memanda menteri perdana yang tiada menang di Gombak. 

Tidak payahlah Jantan sebut namanya, tetapi memadailah
Jantan kata dia kalah pada abang Cik Adik Umi. 

Adapun sungut calon itu ialah apa salah dia maka tiada
rakyat pilih lagi dia, sedang dia sudah buat semua
kerja Adun semasa jadi Adun dulu? 

Jantan pula nak kata, siapa pun jadi calon nescaya dia
kata dia yang terbaik, tapi pengundi lebih tahu apa
Adun tertentu sudah buat dan apa yang tidak dibuat. 

Jantan ada yang tak terbuat. 

MAMANDA
Demi bersangka baik, maka Jantan cuba bersetuju dengan
calon yang semasa jadi Adun sudah buat semua yang
patut dibuat oleh seorang Adun. 

Tetapi apa salah dia maka rakyat tolak dia? 

Jika betul bagai yang calon itu sangka, maka Jantan
nak bagi tahu ada satu benda yang ia tak sangka. 

Jantan fikir calon berkenaan tidak tahu bahawa orang
tak suka pada ketua calon. 

Mungkin orang suka pada calon, tapi kerana orang tak
suka pada ketua calon, maka orang balun mana yang
dapat. 

Jantan guna logik. 

  

POLIS
Bercakap tentang calon yang mengaku sudah buat semua
benda, maka calon pun mengedar akan riwayatnya dan
riwayat adik beradiknya. 

Antara adik beradik itu Jantan tahu ada polis ada
pelakon dan ada itu ada ini. 

Jantan suka nasihat, lain kali jangan masuk semua.
Masuk mana yang orang suka. 

Setakat ini dapat Jantan teka, adik beradik calon yang
jadi polis tak usahlah dimasukkan pada masa ini. 

Elok orang suka calon, bila dimasukkan orang yang
orang ramai tak suka, maka orang sukakan kita jadi tak
suka. 

Jantan suka duka. 

  

UMI
Tersebut tentang kempen maka Jantan dibagi tahu, calon
bawa pula adik lawannya, Cik Adik Umi. 

Jantan nak tanya calon. Yang calon gatal bawa Cik Adik
Umi buat apa? 

Jantan tanya bukan apa, Jantan takut orang kata,
abangnya calon lawan, tiba-tiba adiknya calon suka
pula. 

Bagi Jantan calon pemimpin yang baik bukan ajak adik
lawan abang, tapi dekatkan adik dengan abang. 

Jantan pendamai. 

  

ISHAK
Siapa nasihat calon supaya Cik Adik Umi diajak kempen
Jantan tak tahu. 

Bagi Tun Ghafar minta bantu dari Cik Adik Umi atau
mamanda Menteri Perdana ajak Cik Adik Umi tak
memeranjatkan. 

Memang Jantan tahu Cik Adik itu banyak bantu mamanda. 

Tapi bila calon itu pun mahu cik adik itu juga, Jantan
tak dapat nak fikir. 

Rakan-rakan calon itu zaman dulu sekaliannya panggil
Dato Ishak Baharum bila ada sesuatu. 

Tiba-tiba Cik Adik Umi yang calon pilih. 

Jantan tak ada yang lain ke? 

  

UBAH
Bercakap semua tentang sungut calon, Jantan ulang
sungutannya: 

Apa salahnya maka pengundi tak pilih dia? 

Jantan suka bagi tahu, salahnya ialah pengundi nak
berubah, calon tak ubah lagi. 

Jantan beruban. 


  
 

  

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke