*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamualaikum,

Walaupun pemilihan UMNO pada 11 Mei 2000 nanti adalah
merupakan urusan dalaman rumahtangga UMNO, kita yang
berada di seberang padang 
sebelah sini pasti akan terasa akan tempiasnya. Lagi
pun jawatan nombor wahid dan ithnin dalam UMNO, adalah
jawatan yg diberi lesen utk menduduki dua kerusi
teratas dalam hieraki pemerintahan negara ini.
Silap-silap tempias itu turut  membasahkan baju kita
juga. Tak gitu?

Ada berita yang sedang bertiup kencang mengatakan
bahawa Najib masih berminat
untuk menandingi jawatan Timb. Presiden. Beliau
dijangka akan beregu dengan Ku Li. Kenyataan Ku Li 
akhir-akhir ini turut menyaksikan percanggahan 180
darjah dari nasihat MT UMNO mengenai perebutan jawatan
nombor satu dan dua dalam parti. Pasti berentap punya
kali ini...........

Langkah pertama:  Najib dikatakan berusaha kuat untuk 
memperkuatkan sokongan dari akar umbi. Ini adalah
strategi lama DSAI. Beliau dijangka  dapat meraih
sokongan mudah dari penyokong Ku Li yang masih
berdendam dengan Anwar  dan penyokong DSAI yang masih
mempunyai dua keahlian
dalam UMNO dan Keadilan. Satu tamparan hebat buat Pak
Lah. 

Beliau dikatakan telah mengadakan beberapa siri
pertemuan dengan pemimpin peringkat cawangan di
seluruh negara.( Ini perkara biasa dalam UMNO.
Kalau tidak, masa kan ada berita bahawa Rakibah turut
dikunjungi oleh orang-orang Zaharah yang  menasihatkan
beliau utk bercuti panjang) . Khabarnya baru-baru ini
beliau dilihat berada di Beruas. Sila tanya ahli UMNO
kat sana..............

Satu lagi trend yang dapat kita lihat dalam barisan
kabinet UMNO ialah penonjolan beberapa muka lama yang
sememangnya berada dalam kem Ku Li.
Apabila 'team B' berjaya menyusun barisan, Pak Lah dan
Mahathir dijangka dapat dinyahkan secara mudah dari
dua kerusi teratas. Sama-sama kita saksikan nanti.

Yang pastinya, senarai akhir calon yang akan merebut
jawatan tertinggi dalam saf kepimpinan UMNO kali ini
bakal menggerunkan Mahathir. Silap-silapi beliau akan
terjelir lidah sekali lagi..................

( Ini hanyalah keterangan dengar cakap yang dikutip
dari  kedai-kedai kopi yang rata-ratanya pemerhati
politik dari UMNO. Penulis tidak menjamin akan
kesahihannya)

Wassalam

PAK ENGKU

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to