*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:
        [ADIL-Net] Pak Lah: Pedulikan AS -- Kenyataan Washington
terhadap
        pendakwaan 3 tokoh pembangkang
   Date:
        Mon, 17 Jan 2000 20:55:54 +0800
   From:
        "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>
     To:
        "Adil" <[EMAIL PROTECTED]>, "Anwarxtpm"
<[EMAIL PROTECTED]>,
        "Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>




From: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>

Pak Lah: Pedulikan AS -- Kenyataan Washington terhadap pendakwaan 3
tokoh pembangkang

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi
berkata, kenyataan Amerika Syarikat (AS) berhubung pendakwaan pihak
berkuasa Malaysia
terhadap pemimpin pembangkang tidak perlu dipedulikan.

Katanya, 'kebimbangan mendalam' (AS) terhadap tindakan tersebut tidak
akan mengubah
kedaulatan undang-undang di negara ini.

Abdullah menegaskan, komen pihak Barat itu juga tidak memberi sebarang
kesan kepada Malaysia.

''Kita mempunyai undang-undang sendiri yang digubal di Parlimen. Yang
dia hendak jadi hakim di
tempat kita, kenapa?

''Negara kita adalah urusan kita. Negara kita ada undang-undang, ia
bukan undang-undang hutan.
Kita amalkan demokrasi,'' katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan jurucakap Jabatan
Negara AS, James Foley,
kelmarin yang melahirkan 'kebimbangan mendalam AS' terhadap pendakwaan
pemimpin
pembangkang Malaysia minggu ini.

Kenyataan AS itu merujuk kepada dakwaan di mahkamah terhadap Timbalan
Pengerusi DAP,
Karpal Singh; Naib Presiden Keadilan, Marina Yusoff; Ketua Pemuda
Keadilan, Mohamad Ezam
Mohd.Nor; pengarang akhbar Harakah, Zulkifli Sulong dan pencetak akhbar
itu, Chea Lim Thye.

Mereka didakwa atas tuduhan di bawah Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, para pemimpin pembangkang yang didakwa
telah membuat
tuduhan-tuduhan yang berasaskan politik kerana mahu lari daripada
kesalahan yang dibuat.

''Mereka seolah-oleh hendak meraih simpati. Bila kena tahan buat alasan
politik,'' katanya.

Kata beliau, sesiapa sahaja di negara ini yang melakukan kesalahan akan
ditahan dan dihadapkan ke
mahkamah.

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, jentera kerajaan tidak
mengambil tahu tentang
sebarang tangkapan yang melibatkan pemimpin pembangkang.

''Peguam Negara yang menentukan pendakwaan terhadap seseorang dan
kerajaan tidak campur
tangan,'' katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin
Tun Hussein
pula ketika dihubungi menegaskan, Amerika Syarikat tidak layak untuk
mempertikaikan proses
keadilan Malaysia kerana negara itu sendiri sering mengamalkan sikap
double standard dalam
tindakannya.

Menurutnya, AS hanya cuba menunjukkan kuasanya sedangkan mereka tidak
memahami isu-isu di
Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum yang sensitif.

Sehubungan itu, beliau meminta AS mengikuti proses perbicaraan yang akan
dijalankan dengan teliti
dan berusaha memahami isu tersebut dalam konteks Malaysia.

''Isu yang dibangkitkan oleh ketiga-tiga pemimpin pembangkang yang
didakwa adalah perkara yang
sangat serius di negara ini. Tindakan mendakwa mereka adalah yang
terbaik supaya rakyat dan
masyarakat dunia boleh menilai tindakan pemimpin pembangkang itu.

''Polis boleh menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) tetapi jika polis buat
begitu, tentu mereka (AS) akan lebih bising,'' katanya.

Hishammuddin membangkitkan bagaimana kuasa Barat pernah meminta supaya
mereka yang
didakwa melakukan kesalahan di Malaysia dibicarakan di mahkamah terbuka.

Malangnya, apabila langkah yang bersesuaian dengan tuntutan mereka
dibuat, mereka tetap
memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Di Kota Tinggi, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata,
adalah tidak bijak bagi
mana-mana negara mencampuri atau menjadi hakim dalam hal-hal dalaman
negara lain.

Katanya, seperti juga AS, Malaysia mempunyai sistem perundangan dan
perlembagaan sendiri.

''Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh negara ini mempunyai asas dan
bukti yang kukuh.

''Kita bukan menzalimi mana-mana pihak. Sistem dan perundangan yang
diamalkan itu telah
membolehkan negara mengekalkan keamanan dan kestabilan,'' katanya.

Syed Hamid berkata, rakyat boleh berbangga dengan kebebasan bersuara di
negara ini. Banyak
pihak membuat kenyataan termasuk kepada media antarabangsa, tetapi
kerajaan tidak menangkap
mereka.

''Mereka boleh berucap dan bergerak membuat ceramah, kita tidak tangkap.
Tetapi jika ucapan itu
melibatkan Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi, mereka akan dibawa ke
muka pengadilan,''
katanya.

Di Kuala Lumpur, Presiden Persatuan Bekas Perajurit Malaysia, Datuk
Muhammad Ghani berkata,
beliau menyokong kenyataan Abdullah yang menyeru rakyat negara ini
supaya tidak mengikut
telunjuk negara Barat.

Sebagai sebuah negara berdaulat, menurut beliau, Malaysia mempunyai
peraturan dan
undang-undangnya sendiri.

''Yang penting ialah penangkapan dan pendakwaan Marina, Ezam dan Karpal
dibuat mengikut
undang-undang Malaysia, bukan selera Amerika,'' katanya.



                            Please click above to support our sponsor

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke