*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isu yang dibangkitkan oleh ketiga-tiga pemimpin pembangkang tersebut
sangat serius kerana walaupun ianya terang dan nyata tidak menjejaskan
keselamatan negara dan terbukti hingga ke hari ini tiada siapa yang
mati kerananya tapi ianya menjejaskan UMNO dan UMNO hampir mati
kerananya.  Sebab itulah ketiga-tiganya harus ditangkap.

Tindakan seorang peguam yang sempat menyelamatkan anak guamnya kerana
membangkitkan isu tersebut di mahkamah juga amat berbahaya kerana anak
guamnya tersebut sepatutnya sudah mati seperti yang dijadualkan dan
ditetapkan oleh kerajaan, tetapi oleh kerana kenyataan peguam tersebut
di mahkamah, keputusan kerajaan tersebut terpaksa tidak dilaksanakan
dengan jayanya.  Maka peguam tersebut telah melakukan satu kesalahan
yang serius kerana menggagalkan usaha kerajaan.  Usaha kerajaan
semuanya baik-baik belaka mana ada yang jahat.

Ingatkan bila Che Det buat kenyataan je, semua menteri kabinet naik
seh, rupa-rupanya Pak Lah power jugak no?  Habis segala khadam nak buat
kenyataan balas menyokong kenyataan bakal PM yang tidak dipilih oleh
perwakilan UMNO tapi dilantik aje...... oleh satu orang aje...... orang
yang semua orang tak suka dan dah lama tak diundi oleh perwakilan sebab
asyik dok mengelak je supaya jangan ada orang lawan aku.  Elleh, macam
tu pun nak bangga ke?  Suuuuuudahlah

p.s:  Aku ternanti-nanti kemunculan kembali Darwis dan si none-none
yang dulu mengajak aku masuk UMNO supaya aku boleh ubah pucuk pimpinan
peringkat atasan dalam UMNO.  Sekarang aku nak tergelak sebab depa tak
bersuara sepatah juapun bila PM sarankan supaya jangan ada orang lawan
dia.  Aku agak yanni tu mesti orang yang sama ngan none none.  Bukan
susah nak create new ID.


--- abuhanif <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> ''Isu yang dibangkitkan oleh ketiga-tiga pemimpin pembangkang yang
> didakwa adalah perkara yang
> sangat serius di negara ini. Tindakan mendakwa mereka adalah yang
> terbaik supaya rakyat dan
> masyarakat dunia boleh menilai tindakan pemimpin pembangkang itu.
> 
> ''Polis boleh menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
> (ISA) tetapi jika polis buat
> begitu, tentu mereka (AS) akan lebih bising,'' katanya.
> 
> Hishammuddin membangkitkan bagaimana kuasa Barat pernah meminta
> supaya
> mereka yang
> didakwa melakukan kesalahan di Malaysia dibicarakan di mahkamah
> terbuka.
> 
> Malangnya, apabila langkah yang bersesuaian dengan tuntutan mereka
> dibuat, mereka tetap
> memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.
> 
> Di Kota Tinggi, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata,
> adalah tidak bijak bagi
> mana-mana negara mencampuri atau menjadi hakim dalam hal-hal dalaman
> negara lain.
> 
> Katanya, seperti juga AS, Malaysia mempunyai sistem perundangan dan
> perlembagaan sendiri.
> 
> ''Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh negara ini mempunyai asas dan
> bukti yang kukuh.
> 
> ''Kita bukan menzalimi mana-mana pihak. Sistem dan perundangan yang
> diamalkan itu telah
> membolehkan negara mengekalkan keamanan dan kestabilan,'' katanya.
> 
> Syed Hamid berkata, rakyat boleh berbangga dengan kebebasan bersuara
> di
> negara ini. Banyak
> pihak membuat kenyataan termasuk kepada media antarabangsa, tetapi
> kerajaan tidak menangkap
> mereka.
> 
> ''Mereka boleh berucap dan bergerak membuat ceramah, kita tidak
> tangkap.
> Tetapi jika ucapan itu
> melibatkan Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi, mereka akan dibawa ke
> muka pengadilan,''
> katanya.
> 
> Di Kuala Lumpur, Presiden Persatuan Bekas Perajurit Malaysia, Datuk
> Muhammad Ghani berkata,
> beliau menyokong kenyataan Abdullah yang menyeru rakyat negara ini
> supaya tidak mengikut
> telunjuk negara Barat.
> 
> Sebagai sebuah negara berdaulat, menurut beliau, Malaysia mempunyai
> peraturan dan
> undang-undangnya sendiri.
> 
> ''Yang penting ialah penangkapan dan pendakwaan Marina, Ezam dan
> Karpal
> dibuat mengikut
> undang-undang Malaysia, bukan selera Amerika,'' katanya.
> 
> 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke