Source : http://www.jaring.my/tribune Lebih kurang macam Ahli Parlimen Segambut. Macam Fadzil Hanafi pulak.
| |
| |
SALAM AIDILFITRI... Encik Sylvester Entri anak Muran (tengah) serta beberapa ketua masyarakat dan ketua Jabatan Kerajaan pada majlis ramah-tamah Aidilfitri yang diadakan di SK Dato Sharif Hamid. Islam di Marudi digesa bersatu paduOleh JIKU JUGUONG MARUDI - Masyarakat Islam di sini diseru supaya mengamalkan sikap bekerjasama demi perpaduan yang kukuh dan harmoni. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Encik Sylvester Entri anak Muran menasihatkan umat Islam di sini supaya menitikberatkan perpaduan demi kesejahteraan dan semangat Islam. Katanya, mereka tidak seharusnya dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat yang boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat itu. Beliau berkata demikian dalam majlis ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid di sini, semalam. Ramah-tamah Aidilfitri itu dianjurkan oleh gabungan kampung-kampung Melayu di sini dan dihadiri oleh kira-kira 100 masyarakat Islam dan bukan Islam. Sehubungan itu, Entri mengingatkan masyarakat Islam di sini supaya jangan mencampur aduk soal agama dengan politik, seperti apa yang telah berlaku di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia, terutama negeri yang diterajui oleh parti PAS. Katanya, dalam politik, parti itu telah banyak mencemuh dan memaki hamun kerajaan BN dan mencampur adukkan politik dengan agama. "Kita tidak boleh membabit dan membawa bersama agama kita dalam politik, baik Islam mahupun agama-agama lainnya," tambah Entri. Menurut Entri, PAS pernah berkata bahawa BN bukannya Islam, pada hal BN telah lama pun mewujudkan amalan Islam, malah mengukuhkan umat Islam di negara ini. Justeru, beliau mengingatkan rakyat di sini supaya mempertingkat lagi perpaduan di kalangan umat Islam demi kesejahteraan suasana yang harmoni. Sementara itu, beliau mengingatkan masyarakat Islam agar tidak dipengaruhi parti PAS atau Keadilan. "Kehadiran kedua-dua parti itu ke negeri ini hanya ingin memburukkan lagi keadaan yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan melemahkan semangat kita," katanya lagi. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua rakyat negeri ini supaya jangan terkeliru dan mendengar apa-apa daripada PAS dan parti Keadilan, kerana jika kedua-dua parti itu dikembangkan ke negeri ini, ia boleh melemahkan semangat rakyat, terutama dalam Islam. Katanya kemunculan parti pembangkang, terutama calon Bebas pada pilihan raya yang lalu bukan untuk membela nasib rakyat, tetapi bertujuan untuk kepentingan peribadi. Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Tadbir, Encik Kamaludin Haji Busrah, Penyelia Kanan KEMAS Baram, Encik Mohammad Djerianto bin Jepon, Penyelia Kawasan KEMAS Marudi, Encik Hasli bin Drahman, Kaunselor Fauziah Haji Johar, Pemanca Chíng Han Kiat, Pengulu Sanusi Haji Lumbor dari Kampung Narum serta ketua-ketua masyarakat lain. | |
|
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.