*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1.2.3 LEKUP

PECAT
Alkisah, adapun pembesar-pembesar parti Brahim Ali
yang bersidang baru-baru ini setuju pecat dua orang
ahlinya. 

Sebab dipecat mereka itu kerana jadi calon parti
Jantan dan sekutu parti Jantan. 

Akan kedua-duanya itu bernama Mohd Azmi Lop Yusoff,
Adun parti Jantan di Bandar, Terengganu dan Usaili
Alias, Adun sekutu parti Jantan di Bote, Perak. 

Biasanya seseorang yang dipecat berasa sedih atau
malu. 

Tidak pula Jantan tahu akan reaksi rakan-rakan Jantan
yang dipecat itu. 

Jantan fikir mereka geli. 

Jantan gelak. 

  

SAMA
Ada pun dua Adun yang parti Brahim Ali pecat itu,
tiadalah apa-apa rugi mereka itu setelah dipecat. 

Bagi Jantan sama saja mereka itu dipecat atau tidak
dipecat. 

Tiada dipecat pun mereka sudah jadi Adun parti Jantan
dan sekutu Jantan, dipecat pun mereka itu tetap ADUN
parti Jantan dan sekutu Jantan. 

Dipecat pun mereka sudah tidak lagi ahli parti Brahim,
tak dipecat pun mereka sudah bukan ahli parti Brahim. 

Biar Brahim sajalah tinggal dalam parti Brahim. 

Macam Luncai dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan! 

Jantan berahi. 

  

TAKUT
Bercakap tentang Adun yang parti Brahim pecat itu,
maka mula-mulanya bimbang juga Jantan. 

Yang Jantan bimbang itu takut ada cacat pada Adun
mereka itu seperti gugur atau hilang gelaran Yang
Berhormatnya. 

Atau lebih menakuti hati Jantan kalau tiada terpecat
mereka itu, maka takut parti Brahim iktiraf mereka
sebagai Adun parti Brahim juga atau tiada lagi jadi
Adun parti Jantan. 

Tapi dengan terpecat dan seumur hidup pula, maka fikir
Jantan, lepas mati mereka itu baru mereka boleh balik
semula bersama Brahim. 

Jantan hidup lagi. 

  

RAMAI
Maka Pak Lah yang jaga disiplin parti Brahim Ali
memberi tahu lagi. 

Selain dari yang dua dipecat itu, ada 69 lagi dicadang
untuk dipecat. 

Jantan tiada tahu apakah mereka yang baru sekadar
dicadang dipecat itu lebih bernasib baik dari yang
dipecat, atau tidak apa-apa yang merugikan mereka. 

Jika tiada apa-apa makna pada mereka, Jantan fikir
eloklah pembesar-pembesar parti Brahim Ali cari kerja
lain. 

Jantan terasa, mengadakan mesyuarat untuk memecat atau
tak memecat mereka, hanya membuang masa parti Brahim.
Dan bila dipecat mereka itu, akan membuang masa Tok
Khalil Yaakub tulis surat pada mereka. 

Tak pecat dan tak tulis surat pecat pun mereka sudah
tidak ada dalam parti Brahim lagi. 

Jantan sudah tahu. 

  

HABIS
Terlanjur komen tentang pembesar-pembesar parti Brahim
itu, maka Jantan fikir, sekadar 69 lagi dicadang
supaya dipecat, tak jadi apa-apa. 

Bagi Jantan orang-orang yang sudah tinggalkan parti
Brahim bukan sekadar 69 orang. 

Jika betullah pembesar-pembesar parti Brahim nak pecat
orang parti Brahim yang tak lagi sokong parti Brahim,
maka Jantan fikir, parti Brahim kena sediakan
berpuluh-puluh lori untuk beli setem saja untuk kirim
surat pemecatan. 

Atau jika terus juga memecat, nescaya tiada lagi
cawangan yang layak jadi cawangan. Tak beroranglah
katakan. 

Maka sukalah Jantan nasihat pembesar parti Brahim,
dari pecat ahli-ahli yang sudah tidak ada, baik daftar
semula ahli bagi tahu berapa yang tinggal lagi. 

Jantan orang praktikal. 

  


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to