*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualikum,

Isu semasa di Hizb berbalik kepada soal kepentingan
anak2 kita. Satu isu penting, selain islam dalam
politik  negara dan dunia, dan politik UMNO (yang
sememangnya ramai boleh cari makan dengan menulis 
buku mengenainya).

Saranan demi saranan diberi, dan isu sebegini kerap
tenggelam timbul - mungkin timbul bila ada forum
formal mengenainya, dan pihak media terpaksa
mencetaknya untuk memenuhkan ruang akbar mereka.

Ada beberapa perkara yang kita mahu pihak yang
"berkhidmat untuk negara" selesaikan:

1. kurangkan berat beg anak-anak kita.
2. kurangkan kos bahan bacaan/tulisan anak-anak kita
   (kurangkan pembaziran)
3. tingkatkan efisyensi guru-guru
4. tingkatkan kefahaman dan kecekapan anak-anak 

Setahu saya ramai pegawai-pegawai di Kementerian
Pendidikan yang tinggi kelulusannya. Ada yang
berkelulusan Ph.D. dari luar negara. Kepada mereka
inilah diharap agar dapat dirumuskan sistem
persekolahan  yang baik lagi berkesan. Sehingga kini
adakah mereka tidak membuat sesuatu yang baik dan
berkesan atau apa yang mereka sarankan tidak
diterimapakai oleh menteri.
 
Kita ambil contoh soal Sekolah Bistari. Idea menteri
untuk membistarikan sekolah-sekolah di Malaysia  tak
cukup bistari. Dari sumber yang saya perolehi, setiap
sekolah perlu diperuntukan sebanyak 1 juta ringgit
untuk membistarikannya.  Jadi, kalikanlah dengan
berapa ribu sekolah yang ada - maka termampukah kita?
Satu lagi, konsep sekolah/kelas bistari telah dicuba
di US  namun tidak berjaya.  Adakah prinsip "Malaysia
Boleh" digunakan juga dalam sistem pendidikan negara.
Di tempat lain tak boleh, kita pulak memandai nak
membolehkan. Buatlah perkara-perkara yang mudah, tak
membebankan tapi berkesan.
 
Balik kepada soal beg sekolah, terutama anak-anak di
sekolah rendah. Anak-anak segelintir kita yang pernah
belajar di luar negara (contohnya: UK) amat terasa
sangat kehebatan bersekolah di Malaysia. Selain dari
kerja-kerja sekolah (homework) yang banyak, satu yang
amat menyiksa bagi mereka ialah membawa beg
(setidak-tidaknya dari kereta Mercedes ayah mereka ke
bilik darjah). Di UK, buku-buku pelajar ditinggalkan
di bilik darjah (locker di U.S.). Jarang sangat mereka
membawa balik kerja atau projek sekolah ke rumah.
Tidak bolehkah kita mencontohi UK atau US dalam soal
ini: Belajar dan buat kerja di sekolah (maka tak
perlulah banyak sangat mata-pelajaran) dan bawa balik
buku-buku teks yang perlu sahaja ke rumah untuk baca.
Buku selainnya disimpan di almari/rak-rak di bilik
darjah. 

Susah sangat ke buat macam ni? Tak akan pandai ke
anak-anak kita? Anak Mat-Mat Salleh kat UK tak ramai
yang bangang oleh sebab sistem sebegini. 

p.s: Pak Engku, tak sangka Pak Engku ni dari zaman
papan 2 x 2 kaki. Khir Johari sememangnya Menteri
Pelajaran semasa saya di sekolah rendah. Tapi masa tu
kami tak guna papan 2 x 2 kaki tu.  


 
--- Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Ramai di kalangan kita tidak menghadapi masalah
> untuk
> membawa beg ke sekolah semasa mula-mula menjejakkan
> kaki di alam persekolahan dahulu. 
> Apa tidaknya.Kita cuma perlu membawa sebuah papan
> batu
> (papan hijau) bersaiz 2 kaki X 2 kaki. Manakala
> kapur
> pula dibekalkan oleh pihak sekolah. Kita juga perlu
> membawa sehelai kain buruk untuk memadamkan tulisan.
> Selain dari itu,  satu karung kecil berisi kulit
> kerang atau biji getah perlu dibawa bagi kegunaan
> untuk mengira. Tidak sofistikated
> bukan?
> 
> Siapa Menteri Pendidikan ketika itu? Kalau tak silap
> saya Khir Johari. Beliau  pada ketika itu pernah
> dianggap sebagai tidak patriotik kerana masih ingin
> mengekalkan aliran bahasa Inggeris di negara ini.
> Maka
> jadilah beberapa buah sekolah yang masih beraliran
> Inggeris di Sabah dan Sarawak demi memenuhi citarasa
> beliau. Mungkin beliau yang berjuang dalam UNO pada
> ketika itu tidak yakin akan kemampuan bahasa Melayu
> sebagai penghantar bahasa keilmuan. Siapa pula 
> Ketua
> Pengarah
> Pelajaran ketika itu ? Entah...... saya pun dah tak
> ingat. Tapi yang pastinya mereka tidak berkelulusan
> Phd. 
> 
> Meskipun  kita dihimpit dengan berbagai  kepayahan
> dan
> kekurangan dalam sistem pendidikan negara ketika
> itu,
> ramai di kalangan kita kini telah berjaya dalam
> hidup
> masing-masing. Saya masih ingat lagi akan keadaan di
> mana saya terpaksa membawa beberapa batang kayu api
> ke
> sekolah untuk
> penyediaan bubur oat yang kononnya dibekalkan oleh
> Kementerian Pelajaran kepada sekolah-sekolah luar
> bandar. Kayu api itu tidaklah seberat beg sekolah
> sekarang.
> 
> Kini setiap pagi saya merasa kasihan bila melihat
> anak-anak kecil kita di tahun satu persekolahan
> memikul beg yang hampir sama berat dengan
> sekampit beras. Kalau pandang dari jauh nampak
> seperti
> unta membawa kitab. Pernah Dr. Fong Chan On melawat
> ke
> beberapa buah sekolah dan
> menimbang sendiri berat beg yang dipikul oleh
> anak-anak kita beberapa tahun yang lepas. Selepas
> itu
> riuh-rendahlah guru-guru menyediakan
> jadual waktu anjal. Rupa-rupanya keanjalan jadual
> tersebut tak bertahan lama. . Kini anak-anak kita
> kembali dibebani dengan buku-buku teks, latihan,
> praktis minda, bistari KBSR, buku tulis dan berbagai
> lagi ramuan buku yang dicipta oleh para cendekiawan
> pendidikan yang baru pulang dari gedung ilmu negara
> Barat. Masing-masing nak tunjuk pandai yang tesis
> mereka adalah yang paling cemerlang. Ini ditambah
> pula
> dengan "politiking" di peringkat jawatan Ketua
> Pengarah Pendidikan yang
> menerapkan dasar pendidikan yang kerap berubah. Itu
> belum lagi polisi baru oleh setiap Menteri
> Pendidikan
> yang entah lulus darjah berapa
> sebelum ini.............
> 
> Guru-guru pula nampaknya terpaksa menunggu sehingga
> N.
> Sivasubramaniam membuat kenyataan di TV3 untuk
> mengurangkan jumlah buku yang dibawa ke sekolah.
> Mungkin mereka pun dah "fed up" nak berfikir kerana
> kalau fikir teruk-teruk pun, bukan dapat naik gaji
> dan
> jadi Ketua Pengarah yang baru.
> 
> Kini nasib anak-anak berada di tangan kita. Marilah
> kita selamatkanlah bahu anak-anak kita dari terus
> patah dek berat buku......................
> 
> PIBG harus bertindak sekarang
> 
> Wassalam
> 
> PAK ENGKU
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>
> 

=====
^`~^`~^`~^`~^`~
^~`^~`^~^~`^~`^
>>=[Dr R.A.]=>>
>>=[B a t u]=>> 
>>=[B a r a]=>> 
^`~^`~^`~^`~^`~
^~`^~`^~^~`^~`^
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: RA Batubara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke