*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dulu masa saya sekolah darjah satu tak ada pun buku
kerja hanya buku tulis dan buku teks itu pun tak
banyak malahan ramai juga yang pandai dan sekarang
menjadi doktor, peguam, guru, engineer,. sekarang ini
saja nak buang duit mak bapak beli itu dan ini. 

bukan tak mampu nak sekolahkan anak tapi kalau
membazirkan rugi. itulah sekolah zaman moden sekarang.
beratus habis sekolahkan seorang anak. kalau pandai
dan ingat hasil titik peluh mak bapak tak apa juga
tapi kalau sebaliknya?

ini semua kerana teknologi moden. memanglah kita
perlukan internet dan sebagainya tapi kita tidak perlu
menyusahkan anak-anak kita yang masih kecil walaupun
umurnya 7 tahun lagi.tak kesian ke.teringat anak buah
yang berumur 7 tahun masuk sekolah rendah tahun ini. 

bayangkan bawa 5 kilogram beras dibahu anak-anak.
menurut kesihatan bukankah akan terjejas. juga
emosinya sebab terpaksa bawa buku yang banyak. semoga
Allah selamatkan bahu anak-anak kami.InsyaAllah.  

--- RA Batubara <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Mesej ini mula dihantar pada 25hb. Januari 2000:
> 
> 
> 
> Note: forwarded message attached.
> 
> 
> =====
> ^`~^`~^`~^`~^`~
> ^~`^~`^~^~`^~`^
> >>=[Dr R.A.]=>>
> >>=[B a t u]=>> 
> >>=[B a r a]=>> 
> ^`~^`~^`~^`~^`~
> ^~`^~`^~^~`^~`^
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com

> ATTACHMENT part 2 message/rfc822 
> Date: Tue, 25 Jan 2000 23:26:12 -0800 (PST)
> From: RA Batubara <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Re: H-Net* SELAMATKANLAH BAHU ANAK-ANAK
> KITA..........
> To: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>,
> [EMAIL PROTECTED]
> 
> Assalamualikum,
> 
> Isu semasa di Hizb berbalik kepada soal kepentingan
> anak2 kita. Satu isu penting, selain islam dalam
> politik  negara dan dunia, dan politik UMNO (yang
> sememangnya ramai boleh cari makan dengan menulis 
> buku mengenainya).
> 
> Saranan demi saranan diberi, dan isu sebegini kerap
> tenggelam timbul - mungkin timbul bila ada forum
> formal mengenainya, dan pihak media terpaksa
> mencetaknya untuk memenuhkan ruang akbar mereka.
> 
> Ada beberapa perkara yang kita mahu pihak yang
> "berkhidmat untuk negara" selesaikan:
> 
> 1. kurangkan berat beg anak-anak kita.
> 2. kurangkan kos bahan bacaan/tulisan anak-anak kita
>    (kurangkan pembaziran)
> 3. tingkatkan efisyensi guru-guru
> 4. tingkatkan kefahaman dan kecekapan anak-anak 
> 
> Setahu saya ramai pegawai-pegawai di Kementerian
> Pendidikan yang tinggi kelulusannya. Ada yang
> berkelulusan Ph.D. dari luar negara. Kepada mereka
> inilah diharap agar dapat dirumuskan sistem
> persekolahan  yang baik lagi berkesan. Sehingga kini
> adakah mereka tidak membuat sesuatu yang baik dan
> berkesan atau apa yang mereka sarankan tidak
> diterimapakai oleh menteri.
>  
> Kita ambil contoh soal Sekolah Bistari. Idea menteri
> untuk membistarikan sekolah-sekolah di Malaysia  tak
> cukup bistari. Dari sumber yang saya perolehi,
> setiap
> sekolah perlu diperuntukan sebanyak 1 juta ringgit
> untuk membistarikannya.  Jadi, kalikanlah dengan
> berapa ribu sekolah yang ada - maka termampukah
> kita?
> Satu lagi, konsep sekolah/kelas bistari telah dicuba
> di US  namun tidak berjaya.  Adakah prinsip
> "Malaysia
> Boleh" digunakan juga dalam sistem pendidikan
> negara.
> Di tempat lain tak boleh, kita pulak memandai nak
> membolehkan. Buatlah perkara-perkara yang mudah, tak
> membebankan tapi berkesan.
>  
> Balik kepada soal beg sekolah, terutama anak-anak di
> sekolah rendah. Anak-anak segelintir kita yang
> pernah
> belajar di luar negara (contohnya: UK) amat terasa
> sangat kehebatan bersekolah di Malaysia. Selain dari
> kerja-kerja sekolah (homework) yang banyak, satu
> yang
> amat menyiksa bagi mereka ialah membawa beg
> (setidak-tidaknya dari kereta Mercedes ayah mereka
> ke
> bilik darjah). Di UK, buku-buku pelajar ditinggalkan
> di bilik darjah (locker di U.S.). Jarang sangat
> mereka
> membawa balik kerja atau projek sekolah ke rumah.
> Tidak bolehkah kita mencontohi UK atau US dalam soal
> ini: Belajar dan buat kerja di sekolah (maka tak
> perlulah banyak sangat mata-pelajaran) dan bawa
> balik
> buku-buku teks yang perlu sahaja ke rumah untuk
> baca.
> Buku selainnya disimpan di almari/rak-rak di bilik
> darjah. 
> 
> Susah sangat ke buat macam ni? Tak akan pandai ke
> anak-anak kita? Anak Mat-Mat Salleh kat UK tak ramai
> yang bangang oleh sebab sistem sebegini. 
> 
> p.s: Pak Engku, tak sangka Pak Engku ni dari zaman
> papan 2 x 2 kaki. Khir Johari sememangnya Menteri
> Pelajaran semasa saya di sekolah rendah. Tapi masa
> tu
> kami tak guna papan 2 x 2 kaki tu.  
> 
> 
>  
> --- Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > 
> > 
> >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> > http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
>  
> >       }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> > [EMAIL PROTECTED]     }
> > 
> >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG
> ADIL
> > 
> >
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > 
> > Ramai di kalangan kita tidak menghadapi masalah
> > untuk
> > membawa beg ke sekolah semasa mula-mula
> menjejakkan
> > kaki di alam persekolahan dahulu. 
> > Apa tidaknya.Kita cuma perlu membawa sebuah papan
> > batu
> > (papan hijau) bersaiz 2 kaki X 2 kaki. Manakala
> > kapur
> > pula dibekalkan oleh pihak sekolah. Kita juga
> perlu
> > membawa sehelai kain buruk untuk memadamkan
> tulisan.
> > Selain dari itu,  satu karung kecil berisi kulit
> > kerang atau biji getah perlu dibawa bagi kegunaan
> > untuk mengira. Tidak sofistikated
> > bukan?
> > 
> > Siapa Menteri Pendidikan ketika itu? Kalau tak
> silap
> > saya Khir Johari. Beliau  pada ketika itu pernah
> > dianggap sebagai tidak patriotik kerana masih
> ingin
> > mengekalkan aliran bahasa Inggeris di negara ini.
> > Maka
> > jadilah beberapa buah sekolah yang masih beraliran
> > Inggeris di Sabah dan Sarawak demi memenuhi
> citarasa
> > beliau. Mungkin beliau yang berjuang dalam UNO
> pada
> > ketika itu tidak yakin akan kemampuan bahasa
> Melayu
> > sebagai penghantar bahasa keilmuan. Siapa pula 
> > Ketua
> > Pengarah
> > Pelajaran ketika itu ? Entah...... saya pun dah
> tak
> > ingat. Tapi yang pastinya mereka tidak
> berkelulusan
> > Phd. 
> > 
> > Meskipun  kita dihimpit dengan berbagai  kepayahan
> > dan
> > kekurangan dalam sistem pendidikan negara ketika
> > itu,
> > ramai di kalangan kita kini telah berjaya dalam
> > hidup
> > masing-masing. Saya masih ingat lagi akan keadaan
> di
> > mana saya terpaksa membawa beberapa batang kayu
> api
> > ke
> > sekolah untuk
> > penyediaan bubur oat yang kononnya dibekalkan oleh
> > Kementerian Pelajaran kepada sekolah-sekolah luar
> > bandar. Kayu api itu tidaklah seberat beg sekolah
> > sekarang.
> > 
> > Kini setiap pagi saya merasa kasihan bila melihat
> > anak-anak kecil kita di tahun satu persekolahan
> > memikul beg yang hampir sama berat dengan
> > sekampit beras. Kalau pandang dari jauh nampak
> > seperti
> > unta membawa kitab. Pernah Dr. Fong Chan On
> melawat
> > ke
> > beberapa buah sekolah dan
> > menimbang sendiri berat beg yang dipikul oleh
> > anak-anak kita beberapa tahun yang lepas. Selepas
> > itu
> > riuh-rendahlah guru-guru menyediakan
> > jadual waktu anjal. Rupa-rupanya keanjalan jadual
> > tersebut tak bertahan lama. . Kini anak-anak kita
> > kembali dibebani dengan buku-buku teks, latihan,
> > praktis minda, bistari KBSR, buku tulis dan
> berbagai
> > lagi ramuan buku yang dicipta oleh para
> cendekiawan
> > pendidikan yang baru pulang dari gedung ilmu
> negara
> > Barat. Masing-masing nak tunjuk pandai yang tesis
> > mereka adalah yang paling cemerlang. Ini ditambah
> > pula
> > dengan "politiking" di peringkat jawatan Ketua
> > Pengarah Pendidikan yang
> > menerapkan dasar pendidikan yang kerap berubah.
> Itu
> > belum lagi polisi baru oleh setiap Menteri
> > Pendidikan
> > yang entah lulus darjah berapa
> > sebelum ini.............
> > 
> > Guru-guru pula nampaknya terpaksa menunggu
> sehingga
> > N.
> > Sivasubramaniam membuat kenyataan di TV3 untuk
> > mengurangkan jumlah buku yang dibawa ke sekolah.
> 
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: lov mar <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke