*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ DUA LIM DARIPADA GERAKAN KINI ANGGOTA MCA KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- MCA hari ini menerima dua Anggota Dewan Undangan Negeri dari Pulau Pinang yang keluar daripada Gerakan, menyertai parti itu. Setiausaha Agung MCA Datuk Dr Ting Chew Peh berkata majlis presiden parti itu yang bermesyuarat hari ini menerima permohonan Lim Boo Chang dan Lim Chien Aun menyertai parti itu. Kedua-dua Lim menimbulkan kegemparan tiga hari selepas memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umum 29 Nov lepas apabila mereka keluar daripada Gerakan dan mengisytiharkan status mereka sebagai "calon bebas dalam Barisan Nasional (BN)". Peletakan jawatan mereka menyebabkan kelewatan dalam pembentukan kerajaan negeri yang kemudiannya menyaksikan pengerusi Gerakan negeri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dilantik semula sebagai ketua menteri bagi penggal ketiga. Ting memberitahu Bernama selepas mesyuarat hari ini bahawa permohonan kedua-dua Lim itu untuk menyertai MCA diterima berkuatkuasa serta merta dan mereka akan dimaklumkan mengenai keputusan itu tidak lama lagi. "Kita gembira kerana mereka memutuskan untuk menyertai MCA. MCA berterima kasih kepada parti-parti komponen BN lain kerana menghormati prinsip bahawa setiap parti dalam BN dibenarkan mengurus hal ehwal parti secara bebas,"katanya. Ting berkata MCA akan memastikan kedua-dua Lim akan "selesa" dalam MCA dan parti itu akan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dalam kawasan pilihan raya masing-masing. Lim Boo Chang ialah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Datuk Keramat dan Lim Chien Aun ada wakil Bayan Lepas. Ting berkata dengan kemasukan kedua-dua Lim dalam MCA, parti itu mempunyai 11 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, bilangan terbanyak di kalangan parti-parti BN. Gerakan yang memimpin kerajaan negeri sejak 1974, kini mempunyai tujuh kerusi, Umno (10) dan MIC (satu) manakala parti pembangkang DAP, PAS dan Parti Keadilan Nasional masing-masing mempunyai satu kerusi. Setiausaha agung Gerakan Chia Kwang Chye menolak perbandingan dan analogi yang dibuat oleh sebilangan pemimpin MCA mengenai peletakan jawatan kedua-dua Lim daripada parti itu dengan pengasas Gerakan Tun Dr Lim Chong Eu dan presiden parti Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, kedua-duanya keluar daripada MCA untuk menyertai Gerakan pada 1960 an dan 1970 an. Dalam satu kenyataan beliau berkata Chong Eu yang juga bapa Chien Aun dan yang menjadi ketua menteri sebelum Dr Koh, terpaksa meninggalkan MCA selepas beberapa rancangan oleh sesetengah orang pemimpin MCA yang menikam beliau daripada belakang sebelum membentuk Gerakan pada 1968. Keng Yaik dipecat daripada MCA dan kehilangan pengaruh politik selama enam bulan sebelum beliau menyertai Gerakan yang diketuai oleh Chong Eu pada tahun 1973. Chia berkata Chong Eu pula dipaksa keluar daripada MCA kerana pendirian dan perbezaan politik, berbeza dengan kedua-dua Lim yang meninggalkan parti hanya tiga hari selepas pilihan raya umum, "bukan kerana prinsip tetapi lebih keranasebab-sebab peribadi dan masalah-masalah kecil". Beliau menuduh kedua-dua Lim tidak sahaja menipu kepimpinan Gerakan tetapi juga pengundi yang memilih mereka. "Sejarah perlu diperbetulkan supaya orang ramai, malah parti, tidak terkeliru dengan analogi seperti itu yang tujuan utamanya untuk mewajarkan tindakan kedua-dua Lim itu," kata Chia. -- BERNAMA ===== COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM __________________________________________________ Do You Yahoo!? Talk to your friends online with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>