*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Saya hairan, kenapa ramai yang sibuk dengan berat beg
sekolah? Terlalu banyak solutionnya antaranya buat
almari dalam kelas, simpan semua buku teks dalam
almari tu dan guru kelas dan/atau wakil kelas simpan
kunci. Setiap buku ada nama. Kalau ada dua kelas pagi
dan petang bagi 2 almari besar, so settle problem bawa
buku teks.(Mungkin juga buku tulis, bawa balik buku
pun yang perlu utk ulangkaji ataupun ada homework
sahaja). Ini telah kami lakukan lebih 10 tahun dulu. 

Satu lagi banyak dah beg yang beroda, settle juga
problem.

Apa yang paling menggusarkan saya ialah waktu solat di
sekolah belah petang. 

Anak saya dj 1. masuk sekolah jam 1:00 petang, belum
masuk zohor pun lagi. Waktu rehat 3:30-4:00 ptg, pergi
surau, buka kasut, ambil wuduk semua ni paling cepat
10 minit. Katalah solat zohor 5 minit. pakai kasut dan
siap-siap katalah 10 minit, so total dah 25 minit. Itu
belum masuk yang kena solat 2nd round sbb surau penuh.
Bila lagi masa nak makan minum waktu rehat?

Balik sekolah pula jam 6:30ptg belum solat Asr lagi.
Dari keluar bilik darjah nak sampai ke atas bas paling
cepat 10 minit (sbb kelas jauh dari pintu pagar
sekolah) bila dah naik bas kena tunggu pulak student
lain naik bas kengkadang tu sampai 15 minit, waktu bas
jalan dah dekat pukul 7:00, jem lagi sbb jalan sempit
dan kenderaan yang datang lambat keluar masuk, sampai
rumah kira-kira 10 minit. Nasib baik sbb stop pertama
bas tu depan rumah saya. 7:10 kelam kabut masuk rumah
mandi dan solat Asr. Habis solat Asr masuk maghrib
7:27pm sekarang, kira ngam-ngam dapat Asr. Kalau solat
kat sekolah dulu sebelum balik, silap-silap kena
tinggal bas. Macamana pulak student yang duduk jauh?

Hari ini Jumaat pertama persekolahan, masuk waktu
jumaat hari ni kat PJ pukul 1:30 pm. Student kena
masuk kelas jam 2:00pm. Agak-agak sempat ke solat
jumaat dalamasa 30 minit tu. Unless Bilal azan
speeding, (normal speed azan antara 4.0 minit hingga
5.5 minit kali pulak dengan 2 kali azan dan sekali
iqamat) khatib baca khutbah simple giler dan solat
jumaat baca surah Al Kauthar dan Al Ikhlas dan lepas
solat doa pendik habis rasanya ngam-ngam sempat dari
mesjid terdekat ke sekolah kira-kira 10 minit not
including nak lintas jalan besar.

So mungkin para netters yang perihatin boleh bagi idea
macamana nak bagi budak sekolah tunaikan kewajipan
solat. Perlukah kita rujuk dengan pejabat ugama dulu,
atau komplen kat PIBG atau komplen kat Pengarah
Pendidikan negeri atau komplen kat menteri yang anti
bahasa baku ataupun kita kena tukar government dulu
baru solat masuk dalam time table?

wassalam



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke