*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullah,,

Pemuda Cawangan wrote:

>
> Saya hairan, kenapa ramai yang sibuk dengan berat beg
> sekolah? Terlalu banyak solutionnya antaranya buat
> almari dalam kelas, simpan semua buku teks dalam
> almari tu dan guru kelas dan/atau wakil kelas simpan
> kunci. Setiap buku ada nama. Kalau ada dua kelas pagi
> dan petang bagi 2 almari besar, so settle problem bawa
> buku teks.(Mungkin juga buku tulis, bawa balik buku
> pun yang perlu utk ulangkaji ataupun ada homework
> sahaja). Ini telah kami lakukan lebih 10 tahun dulu.
>
> Satu lagi banyak dah beg yang beroda, settle juga
> problem.

waktu ni sekolah sekolah islam seperti SRI HIRA' Sri Al Amin mengajar
sebanyak
lebih kurang 14 mata pelajaran, itu ditambah lagi ngan iqra', hafazan,
amali solat
and juga  solat zuhur..

anak anak saya tak lak pula berat begnya... sebab banyak mata pelajaran
diajar
dalam dua masa.. dan sekolah  pun sekolah satu sesi..


>
> Apa yang paling menggusarkan saya ialah waktu solat di
> sekolah belah petang.
>
> Anak saya dj 1. masuk sekolah jam 1:00 petang, belum
> masuk zohor pun lagi. Waktu rehat 3:30-4:00 ptg, pergi
> surau, buka kasut, ambil wuduk semua ni paling cepat
> 10 minit. Katalah solat zohor 5 minit. pakai kasut dan
> siap-siap katalah 10 minit, so total dah 25 minit. Itu
> belum masuk yang kena solat 2nd round sbb surau penuh.
> Bila lagi masa nak makan minum waktu rehat?
>
> Balik sekolah pula jam 6:30ptg belum solat Asr lagi.
> Dari keluar bilik darjah nak sampai ke atas bas paling
> cepat 10 minit (sbb kelas jauh dari pintu pagar
> sekolah) bila dah naik bas kena tunggu pulak student
> lain naik bas kengkadang tu sampai 15 minit, waktu bas
> jalan dah dekat pukul 7:00, jem lagi sbb jalan sempit
> dan kenderaan yang datang lambat keluar masuk, sampai
> rumah kira-kira 10 minit. Nasib baik sbb stop pertama
> bas tu depan rumah saya. 7:10 kelam kabut masuk rumah
> mandi dan solat Asr. Habis solat Asr masuk maghrib
> 7:27pm sekarang, kira ngam-ngam dapat Asr. Kalau solat
> kat sekolah dulu sebelum balik, silap-silap kena
> tinggal bas. Macamana pulak student yang duduk jauh?
>
> Hari ini Jumaat pertama persekolahan, masuk waktu
> jumaat hari ni kat PJ pukul 1:30 pm. Student kena
> masuk kelas jam 2:00pm. Agak-agak sempat ke solat
> jumaat dalamasa 30 minit tu. Unless Bilal azan
> speeding, (normal speed azan antara 4.0 minit hingga
> 5.5 minit kali pulak dengan 2 kali azan dan sekali
> iqamat) khatib baca khutbah simple giler dan solat
> jumaat baca surah Al Kauthar dan Al Ikhlas dan lepas
> solat doa pendik habis rasanya ngam-ngam sempat dari
> mesjid terdekat ke sekolah kira-kira 10 minit not
> including nak lintas jalan besar.
>
> So mungkin para netters yang perihatin boleh bagi idea
> macamana nak bagi budak sekolah tunaikan kewajipan
> solat. Perlukah kita rujuk dengan pejabat ugama dulu,
> atau komplen kat PIBG atau komplen kat Pengarah
> Pendidikan negeri atau komplen kat menteri yang anti
> bahasa baku ataupun kita kena tukar government dulu
> baru solat masuk dalam time table?

solution SRI telah dilaksanakan melebihi sepuluh tahun.

solat zuhur di sekolah.. ( mesti ada dewan yang boleh muat paling kurang

separuh dari pelajar (solat dua shift) (solat adalah termasuk dalam
aktiviti
wajib sekolah.)

sekolah satu sessi. dari pagi hingga 2.30

hari jumaat habis kol 12 tengah hari..



tapikan paling best... orang yang cuti jumaat le.. bapa bapa pasti
boleh  bawa anak
anak ke mesjid untuk solat jumaat...


Malangnya SRI ni tak banyak.. mungkinkah boleh kita banyakkan?  itu
bergantung
kepada kita semua


wassalam





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: normi minora <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke