*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Ingin pula rasa dihati untuk berkongsi pengalaman semasa bersekolah dahulu. Isu beg berat Yang pasti isu beg berat telah lama wujud semasa saya bersekolah rendah dan masuk sekolah menengah(lewat 80 an dan awal 90 an).Namun oleh kerana semasa bersekolah rendah,,saya berulang alik menaiki bas ke sekolah (bas bercat Oren),jadi saya tak berasa terasa akan beban beg tersebut,,segala macam buku dimasukkan .,.bagi matapelajaran alam dan manusia,,sudahla buku teksnya tebal.,,belum dicampur buku latihan. Setelah memasuki sekolah menengah,oleh kerana berulang alik ke sekolah berjalan kaki,,saya menghadapi cabaran sebenar memikul segala jenis buku yang berat lagi memberatkan,,satu hari berkilo kilo saya pikul,,mungkin sebab itu tumbesaran saya agak lambat ketika di awal remaja.Buku yang paling berat adalah buku teks bahasa Melayu (sahabat cina saya mengerat separuh dan membawa separuh bahagian sahaja ke sekolah),,manakala subjek pendidikan agama Islam saya membawa 3 jenis buku teks( dua buku teks tebal pinjaman dan satu buku rampaian) belum dicampur buku latihan.Oleh kerana tak tahan memikul saya sering bergilir gilir membawa buku teks agama tersebut dan satu hari nasib tidak baik didenda Oleh Ustazah kerana silap membawa buku teks yang sepatutnya dipakai hari tersebut.Saya sering mengadu kepada ibu bapa,,berat sungguh beg yang dibawa setiap hari..Mereka kata kenapa tak ikut jadual waktu? waktu tu belum wujud kot istilah jadual waktu anjal. Sembahyang di sekolah Waktu saya bersekolah menengah dahulu,,,semasa sessi petang,,kelas bermula pada pukul 1.45 petang tak silap saya,,tetapi Ustaz di sekolah mewajibkan pelajar Islam datang awal dan menunaikan sembahyang Zuhur secara berjemaah,,Saya kadangkala tersenyum sinis mengingatkan pada waktu tersebut,,Ustaz dengan rotannya menghambat bebudak yang tidak ke surau. Sembahyang Asar pula diperuntukkan beberapa minit untuk ke surau dan biasanya cikgu memberi keizinan terutamanya sessi selepas waktu rehat. Demikianlah serba sedikit pengalaman saya semasa bersekolah di Pahang dahulu.Sekadar coretan.. wassalam ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "story teller" <[EMAIL PROTECTED]>