*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ANGGOTA PAS DIGESA TUNAI NAZAR KOTA BAHARU, 28 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menggesa mana-mana anggota PAS yang membuat nazar semasa kempen pilihan raya umum lepas supaya menunaikannya. Beliau berkata, terdapat anggota PAS yang melafazkan nazar bahawa sekiranya parti itu terus berkuasa di negeri ini, mereka akan menyembelih kambing atau lembu. "Bagaimanapun ada di kalangan mereka yang masih tidak menunaikan nazar itu selepas PAS kembali berkuasa, sehingga sekarang walaupun ia wajib ditunaikan," kata beliau ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Pejabat PAS di sini. Nik Aziz yang juga Mursyid Am PAS berkata ada juga di kalangan mereka yang meragui lafaz yang dikeluarkan kerana tidak menyebut nama Allah, bagaimanapun mereka juga berdosa kerana berbohong, jika tidak menunaikan nazar itu. Katanya, terdapat juga anggota PAS yang memohon bantuan wang daripada beliau untuk menunaikan nazar. Ini bercanggah dengan kehendak Islam kerana mereka wajib menuaikan sendiri nazar yang dibuat tanpa bantuan orang lain, kata beliau. Sementara itu ketika berucap semasa menerima rombongan 150 anggota Parti Keadilan Nasional (Keadilan), DAP dan PAS dari Perak, Nik Aziz berkata PAS bersetuju dengan cadangan Keadilan untuk memboikot akhbar tertentu, radio dan televisyen di negara ini mulai 1 Feb depan. Beliau mencadangkan parti-parti dalam apa yang disebut sebagai barisan alternatif yang disertai PAS, DAP, Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), melakukan boikut itu selama tiga bulan berturut-turut. Nik Aziz berkata, cadangan itu wajar disebabkan media cetak dan elektronik sejak akhir-akhir ini banyak membuat pembohongan mengenai parti-parti berkenaan termasuk menuduh rakyat Kelantan kebuluran di bawah pemerintahan PAS. -- BERNAMA ===== COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM __________________________________________________ Do You Yahoo!? Talk to your friends online with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>