Webmaster Harakah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Date: Sat, 29 Jan 2000 04:37:20 -0800
From: "Webmaster Harakah" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: ~H~ Anwar tetap berhati waja

EDISI ISNIN
24 Syawal 1420
31 Januari 2000
-------------------------------------------


Anwar tetap berhati waja


KUALA LUMPUR: Anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar
Ibrahim, Nurul Izzah, memberitahu sikap ayahnya terhadap perjuangan
masih seperti dahulu.

Beliau berkata demikian selepas pelbagai pihak mempersoal dan bertanya
bagaimana pendirian Anwar terhadap perjuangan lebih-lebih lagi selepas
pilihan raya umum lalu di mana Parti Keadilan Nasional (KeADILan)
kurang menyerlah.

Nurul Izzah juga memberitahu, kelurganya menemui Anwar sempena hari
raya Aidilfitri lalu.

Bagaimanapun, pertemuan itu diadakan di ruang khas yang dipisahkan oleh
cermin.
"Makanan yang dimasak oleh nenek saya untuk diberi kepada ayah terpaksa
dibawa balik kerana pihak penjara tidak membenarkannya. Dalam pertemuan
ayah sentiasa ceria walaupun tubuhnya agak kurus," ujarnya.

Katanya, tekanan terhadap Anwar makin berterusan.

"Kalau dulu enam orang peguam dibenarkan menemui beliau, sebaliknya
sekarang dihadkan kepada tiga orang dengan alasan keselamatan."

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitri KeADILan Gombak di Pejabat KeADILan Gombak di sini, Khamis
lalu.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke