Webmaster Harakah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Date: Sat, 29 Jan 2000 04:49:13 -0800
From: "Webmaster Harakah" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: ~H~ Kegigihan umat Islam Chechnya

EDISI ISNIN
24 Syawal 1420
31 Januari 2000
-------------------------------------------


*** FIKRAH EDITOR ***
Kegigihan umat Islam Chechnya


PEPERANGAN di antara pejuang Islam Chechnya dengan Rusia yang terus
membara sekarang ini menyaksikan bagaimana kegigihan pejuang Chechnya
yang jumlahnya sekitar 6,000 orang melawan tentera kuffar Rusia seramai
120,000 orang.

Tetapi walaupun puluhan kali ganda banyaknya tentera Rusia berbanding
pejuang Islam Chechnya, namun hingga kini tentera Rusia belum lagi
dapat menewaskan mereka.

Malah begitu banyak tentera Rusia terbunuh, walaupun Rusia cuba
menyembunyikan angka kematian tenteranya.

Ini, pertamanya kerana pe! rtolongan Allah kepada pejuang Islam Chechnya
yang mahu membebaskan diri dari cengkaman Rusia, kedua mereka adalah
pejuang yang bukan saja gigih dan bersemangat waja, tetapi juga
mempunyai pengalaman berjuang di pergunungan dalam cuaca sejuk dan
panas di samping bijak mengatur strategi.

Rusia memerangi Chechnya sejak tahun 1994 hingga 1996. Oleh kerana
gagal menewaskan pejuang Chechnya itu mereka mengadakan rundingan dan
gencatan senjata yang berakhir dengan persetujuan Rusia memberikan
kuasa autonomi kepada Chechnya di mana askarnya berundur pada tahun
1996.

Malangnya ketika rakyat Chechnya sedang menikmati kuasa autonomi itu,
tentera Rusia kembali menyerang mereka.

Kini peperangan itu berterusan dengan mengorbankan banyak jiwa dan
tidak ada tanda akan berhenti segera. Amerika dan Eropah membisu seribu
bahasa dan membiarkan peperangan ini berlanjutan.

Bangsa-Bangsa Bersatu tidak berbuat apa-apa ketika tentera Rusiamelakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Islam Chechnya.

Berbeza dengan tindakan segeranya bersama kuasa Barat dan Australia
ketika menghadapi isu Timur Timor.

Mereka segera menyiasat apa yang dikatakan pembunuhan beramai-ramai
rakyat Timur Timor yang majoritinya beragama Kristian.

Fakta ini tidak boleh disembunyikan lagi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dan
kuasa Barat yang mendukung badan dunia itu, di mana mereka memberi
perhatian segera terhadap nasib penduduk Kristian seperti di Timur
Timor itu, tetapi membiarkan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat
Islam di Chechnya.

Lebih-lebih lagi negara umat Islam sendiri, termasuk Malaysia,
membisukan diri.

Barulah kelmarin Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan ke Moscow untuk
mengadakan tekanan kepada Rusia supaya menyelesaikan segera isu
Chechnya, selepas hampir setahun Rusia menyerang wilayah Islam itu.

Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) pula ba! ru menghantar
deligasi melawat Moscow menggesa kedua-dua pihak (Rusia dan Chechnya)
menghentikan operasi ketenteraan 'sebagai langkah memulakan proses
penyelesaian politik'.

Deligasi itu diketuai oleh Timbalan Menteri Luar Iran, Mohamad Javad
Zarif. Anggotanya terdiri dari wakil Maghribi, Burkina Faso, Qatar,
Turki dan sekretariat OIC.

Deligasi itu mendesak supaya semua tahanan dan tebusan dibebaskan,
manakala pelarian dihantar pulang dengan selamat dan pengampunan umum
diberikan.

OIC mahu penyelesaian politik yang adil, kekal dan dihormati di
Chechnya yang akan menjamin kestabilan wilayah itu. Badan Islam itu
menyatakan prihatin terhadap kehilangan nyawa umat Islam yang
berterusan di Chechnya.

Ini adalah kenyataan biasa OIC dan seperti biasa pula ia tidak akan
disusuli sebarang tindakan. Malah Amerika dan Eropah serta PBB biasanya
tidak mengambil perhatian terhadap kenyataan OIC seperti ini.

Demikianlah na! sib umat Islam Chechnya yang tidak diberi perhatian oleh
dunia. Bagaimanapun kegigihan mereka mempertahankan nyawa dan harga
diri serta wilayah mereka adalah bukti bahawa mereka, walaupun kecil
jumlahnya, tidak mudah dikalahkan oleh kuasa kuffar yang besar.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke