Webmaster Harakah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

EDISI JUMAAT
28 Syawal 1420
4 Februari 2000
-------------------------------------------


*** FIKRAH EDITOR ***
Keazaman kerajaan baru Terengganu


KESAN besar yang dapat diambil setelah mendengarkan jawapan dan
penegasan pimpinan Kerajaan PAS Terengganu di Majlis Makan Malam dan
Dialog anjuran Alumni Misna di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur
malam kelmarin, ialah bahawa kerajaan baru itu telah memperlihatkan
keazamannya yang sungguh-sungguh untuk memerintah Terengganu secara
telus, bersih, amanah dan cekap.

Ucaptama MB Terengganu, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, jawapan exco
kanannya - Haji Mustafa Ali, Ustaz Haji Harun Taib, Haji Wan Mutalib
Embong - sangat meyakinkan mereka yang hadir pada malam itu, yang
terdiri dari bukan saja kalangan intelektual, bahkan pelabur, golongan
profesional, pengamat politik, ahli ekonomi d! an lain-lain.

Mereka yakin, inilah sebuah kerajaan yang dinanti-nanti oleh rakyat
Terengganu yang telah lama menderita. Mereka juga yakin, kerajaan baru
Terengganu ini akan menjadi contoh terbaik bagaimana sebuah kerajaan
yang ditadbir secara Islam. Inilah bentuk sebuah kerajaan yang dikira
dapat memenuhi harapan rakyat - Islam dan bukan Islam.

Pandangan Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, dalam ucaptamanya di majlis
tersebut sangat tegas dan meyakinkan. Katanya, pengundi di Terengganu
telah memberikan mandat kepada PAS untuk memerintah negeri yang
dianggap 'Kuwit Malaysia' ini secara Islam dan ini, katanya, adalah
amanah rakyat yang mesti dilaksanakan. Lebih-lebih lagi memang menjadi
tanggungjawab pemimpin Islam yang memerintah supaya memerintah secara
Islam.

Sementara itu jawapan dari Haji Mustafa Ali, Haji Harun Taib dan Haji
Wan Mutalib Embong sangat mengesankan. Menyerlahkan ketegasan mereka
dalam menangani pelbagai isu ! yang menyangkut soal pendidikan,
pelaburan, kemiskinan rakyat Terengganu, dakwaan penyelewengan kerajaan
BN selama ini, program pembangunan dan pendidikan Terengganu dan
sebagainya.

Walaupun umur kerajaan baru Terengganu belum sampai dua bulan, namun
daripada jawapan Tuan Guru Haji Abd Hadi dan exco kanannya, nampaknya
sudah banyak usaha penting dilakukan. Umpamanya, penubuhan Suruhanjaya
Penyiasat Penyelewengan, menyusun program pembangunan, pembinaan insan,
menyusun semula struktur pentadbiran supaya lebih cekap dan telus,
mengembalikan semula fungsi masjid dan imam dan pelbagai lagi.

Pengumuman Menteri Besar bahawa Kerajaan Terengganu akan membuka
permohonan untuk penerokaan dan membuka semula tanah untuk rakyat tanpa
membezakan pandangan politik sebagai usaha menangani masalah kemiskinan
rakyat telah diberi tepukan gemuruh hadirin.

Malah beliau secara tegas menyatakan bahawa, Kerajaan PAS Terengganu
tidak mahu menggu! nakan kemiskinan rakyat untuk kepentingan politik
sebagaimana yang dilakukan oleh BN memberi tanah sementara kepada
rakyat apabila tiba musim pilihan raya.

Sementara itu pengumuman Tuan Haji Mustafa Ali bahawa Kerajaan PAS
Terengganu akan mengemukakan tender terbuka untuk semua projek
pembangunannya supaya sentiasa telus dan menghindarkan dari
penyelewengan juga disambut dengan penuh harapan oleh hadirin.

Ustaz Haji Harun Taib pula mengalu-galukan para pelabur dan usahawan
agar melabur di bidang pendidikan. Langkahnya ini menepati usaha untuk
membangun Terengganu dari segi jasmani dan rohani.

Pendeknya komitmen Kerajaan PAS Terengganu untuk menjalankan
pentadbiran mengikut manifesto pilihan rayanya tempoh hari perlu
diberikan sokongan dan kerjasama semua pihak. Dengan kejayaan PAS
Kelantan dan kini diharapkan menyusul Kerajaan Terengganu pula,
bermakna sudah ada dua model kerajaan beramanah yang dikemukakan oleh
PAS. Bag! i kita inilah ganjaran bagi rakyat yang memilih PAS memerintah
di dua negeri di Pantai Timur itu.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke