Webmaster Harakah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

EDISI JUMAAT
28 Syawal 1420
4 Februari 2000
-------------------------------------------


Dakwaan PAS sebar fatwa bercanggah akidah Islam
BUKTIKAN TUDUHAN
(Oleh Adnan Ibrahim)


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor meminta
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membuktikan
tuduhan beliau mengatakan parti pembangkang khususnya PAS menyebarkan
fatwa serta pandangan yang bercanggah dengan akidah Islam.

"PAS menyifatkan bahawa tuduhan tersebut sebagai melampau dan
keterlaluan kerana ia dibuat bukan berdasarkan kepada bukti dan asas
yang kukuh untuk membolehkan seseorang itu dituduh menyeleweng daripada
akidah Islam," ujarnya.

Sehubungan itu beliau juga menyarankan kepada pihak Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) agar meneliti dan menyiasat ucapan para pemimpin
Umno yang secara teran! gan menolak pelaksanaan hukum hudud, menghina
sunnah nabi s.a.w. dan menghina para ulama yang sebenarnya jelas
bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya yang dihantarkan ke
sini, Isnin lalu yang merasa kesal berhubung kenyataan Abdullah, Isnin
lalu yang menuduh parti pembangkang khususnya PAS menyebarkan fatwa
serta pandangan yang boleh bercanggah dengan akidah Islam.

"Sebagai seorang yang dikatakan bakal mewarisi jawatan Perdana Menteri,
beliau perlu lebih bertanggungjawab terhadap perasaan segolongan besar
rakyat yang menyokong PAS dan Barisan Alternatif (BA)," katanya.

Menurut beliau, pihak PAS juga bersikap terbuka dan bersedia untuk
berdialog dengan mana-mana pihak khususnya pihak parti pemerintah bagi
menjelaskan tentang kebaikan dan keadilan sistem Islam untuk mencari
kebenaran.

Katanya, PAS akan sentiasa menyeru rakyat ke arah kebaikan dan
perpaduan serta mendedahkan p! enyelewengan dan kezaliman yang dilakukan
oleh parti pemerintah agar rakyat akan bangun untuk melakukan perubahan.









------------------------------------------------------------------------
To Post a message, send it to: [EMAIL PROTECTED]
To Unsubscribe, send a blank message to: [EMAIL PROTECTED]

------------------------------------------------------------------------
GET A NEXTCARD VISA, in 30 seconds! Get rates
as low as 0.0% Intro APR and no hidden fees.
Apply NOW!
http://click.egroups.com/1/967/5/_/172208/_/949559300/

-- Easily schedule meetings and events using the group calendar!
-- http://www.egroups.com/cal?listname=harakah&m=1




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke