*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Kalau benarlah berita dibawah ini maka teramatlah malang
keadaannya pasukan polis ni. Mereka sepatutnya adil kepada
semua rakyat. Orang PAS/BA pun rakyat malaysia yang bayar 
cukai.  Malaya ni bukan hak bapak orang UMNO/BN saja.  
Sudahlah Harakah di sekat2 sedemikian rupa, hak bersuara pun
hendak disekat juga. Mabuk ke orang yang buat keputusan
menghalang rakyat dari mendapat maklumat ni?

Polis patutnya tumpukan kepada hal2 yang lebih serius
sekarang seperti jenayah, kemalangan jalanraya, dan masaalah
sosial yang semakin tak terbendung. Pecah rumah merata2. 
Semakin ops statik semakin banyak yang mati. Salah guna
dadah semakin parah. Ertinya formula yang dicari belum lagi
dijumpai. Apa nak sibuk dengan ceramah politik yang banyak
memberi keinsafan pada semua.  Pemuda-pemudi yang pergi
ceramah Pas sekurang2 dapat juga dengar sepatah dua hadith
dan ayat Al-Quran. Bukankah gejala sosial muda-mudi semakin
menjadi2? Sambil tu dapat juga peniaga2 kecil melayu cari
rezeki. Sepatutnya Polis pun suruh keluarga mereka berniaga
sama diceramah2 BA. Juallah apa patut - cenderahati ke,
kaset ke, sup tulang ke....  Nak harapkan Umno buat majlis
untuk rakyat berkumpul, poooodah... Perayaan Mabuk menyambut
tahun 2000 tu kerja puak2 Umno/BN lah tu - freedom konon, 
piiirah.  

Oleh itu, orang2 Polis, fikir betul2. Jangan hanya ikut 
telunjuk pemimpin Umno yang sedang berebut kuasa sekarang. 
Mereka semakin senang lenang dengan kuasa. Polis2 semua
nak beli motor pun berhutang sana sini.

Sekian adanya.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.




counterbalance <[EMAIL PROTECTED]> wrote:


Webmaster Harakah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
EDISI JUMAAT
28 Syawal 1420
4 Februari 2000
-------------------------------------------


Melaka sekat ceramah PAS
(Oleh Othman Abdullah)


MELAKA: Polis negeri ini tidak lagi membenarkan ceramah PAS dibuat
secara terbuka kepada orang ramai kecuali membabitkan tiga tokoh parti
di peringkat Pusat, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Haji
Izutdin Hassan.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan pertemuan beberapa orang
pimpinan PAS negeri dengan Ketua Polis Negeri Melaka, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, PAS diwakili oleh Haji Izutdin sendiri; Timbalan
Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Minghat Mamut; Setiausaha kerja negeri,
Haji Hassan Mat Dahan; AJK PAS negeri, Haji Mat Diah Abdul dan Cikgu
Abd Samat Mamat.

Mereka berbincang dengan Ketua Polis Negeri, Dato' Haji Malik Abd Hamid
berkaitan penolakan beberapa permohonan mengadakan ceramah di negeri
ini.

Dalam pertemuan yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka
itu, polis negeri melalui ketuanya tidak akan lagi mengeluarkan
sebarang permit ceramah kecuali kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor dan
Timbalan Presidennya, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Haji Izutdin yang turut sama dalam pertemuan tersebut, menyatakan pihak
polis mengarahkan, selain tiga orang pimpinan PAS itu, ceramah lain
hendaklah dibuat di tempat tertutup seperti di markas PAS, hotel, dewan
dan sebagainya.

Polis negeri juga tidak memberi jangka masa peraturan tersebut perlu
dipatuhi.

Sebelum ini, PAS negeri tidak menghadapi banyak masalah berkaitan
permohonan permit ceramah di tiga daerah membabitkan Polis Alor Gajah,
Jasin dan Melaka Tengah.

"Hanya sejak akhir-akhir ini (selepas pilihan raya umum lalu), berlaku
penolakan permohonan mengadakan ceramah oleh polis negeri ini.

"Sebanyak enam permohonan permit untuk mengadakan ceramah di negeri ini
telah ditolak oleh polis," katanya.

Semasa ditanya mengapa polis tidak dibenarkan ceramah secara terbuka,
Ketua Polis Melaka menasihatkan PAS supaya bersabar berhubung perkara
tersebut.

Haji Izutdin berkata PAS negeri kesal atas sekatan baru ini sedangkan
program ceramah di negeri lain berjalan seperti biasa.

PAS negeri juga berharap polis membuat penyeragaman agar wibawanya
tidak dipertikai.

"Kita (PAS) berharap agar unsur politik tidak mempengaruhi bidang kuasa
polis, kerana bagi kita tiada cara lain untuk menyampaikan maklumat
selain ceramah dan Harakah.

"Pihak PAS negeri juga akan membawa perkara tersebut untuk dibincangkan
di peringkat PAS Pusat," katanya.






COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

---------------------------------
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: spy leman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke