MT LULUSKAN KOD ETIKA PEMILIHAN UMNO

 


KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Majlis Tertinggi (MT) UMNO meluluskan Kod Etika bagi pemilihan parti itu Mei ini pada mesyuaratnya di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata antara perkara yang terkandung dalam Kod Etika itu ialah larangan terhadap calon-calon daripada menggunakan wang untuk membeli undi dan memberi derma bagi tujuan mendapatkan pencalonan.

Mereka yang melanggari Kod Etika itu akan dilarang daripada bertanding, kata Dr Mahathir yang juga Presiden Umno, kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Calon-calon boleh berkempen tetapi mereka terikat dan perlu mematuhi Kod Etika parti, katanya.

Dr Mahathir berkata bahagian dan cawangan ditegah daripada menganjur sesuatu majlis atau pertemuan antara calon dengan perwakilan, dan tidak boleh meminta wang untuk menaja sesuatu program anjuran bahagian untuk kepentingan calon. "Sesiapa juga tidak boleh menyalahgunakan kuasa ! bagi mendapatkan undi," katanya.

"Jika seseorang calon itu seorang pengerusi sebuah perbadanan ekonomi, dia tidak boleh gunakan kuasa menggunakan bas yang dimiliki perbadanan itu bagi tujuan membawa perwakilan ke mesyuarat pemilihan," katanya.

Mereka juga dlarang daripada memberi hadiah kepada orang lain bagi tujuan memancing undi untuk diri sendiri.

Ditanya adakah kod etika ini menyekat kebebasan ahli, Dr Mahathir berkata tidak tetapi ia bertujuan mahu mendispilinkan ahli.

"Mana-manapun ada kod etika, manusia ni hidup tanpa satu budaya dan pegangan nilai hidup dia jadi manusia yang tidak berguna. Kita nak dalam Umno terdapat kesedaran tentang perlunya masing-masing mendisplinkan diri dan jangan sampai teralu sangat pergi sanasini ... kalau tak beri duit tak bebas," katanya.

Bagaimanapun, katanya mereka yang mahu membuat perkara yang bertentangan dengan kod etika itu harus berani menghadapi tindakan.

Ditanya mengenai anggota atau! calon yang melanggari kod etika itu, Dr Mahathir berkata:"Kita percaya penuh mereka tidak akan salah guna kuasa atau terbabit dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan parti demi memelihara imej parti.

Mengenai penarikan semula larangan berkempen, beliau berkata keputusan itu diambil berikutan permintaan setiausaha-setiausaha Umno bahagian supaya parti tidak mengadakan peraturan yang terlalu ketat berhubung pemilihan itu kerana mungkin ada calon-calon yang mahu memperkenalkan diri.

Umno melaksanakan larangan berkempen semasa perhimpunan permilihan parti 1996 yang bertujuan mengelak perpecahan dikalangan ahli.

Ditanya adakah kebenaran berkempen akan menghangatkan lagi keadaan, Dr Mahathir berkata:"mana kita nak tahu hangat.",

Ketika ditanya adakah penarikan larangan berkempen itu bertujuan memulihkan imej Umno, Dr Mahathir berkata:" Umno bebas, hari itu nasihat (nasihat MT supaya jawatan presiden dan timbalan presiden) sahaja, kal! au tak nak dengar buatlah apa sahaja. Kita nasihat sebab kepentingan parti. Janganlah terlalu ghairah untuk menjadi pemimpin." -- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Reply via email to