salam semua.

tuan telah tunjukkan beza Islam dgn Iman.
soalannya apa beza Islam dengan agama islam.?
ohya - mungkin saya rephrase semula:
apa beza Islam dan "deen" Islam.?
ok. anyone interested to respond?
over & out.

wassalam
 

Abu Az-Zuhri wrote:

minyak 7 sirih wrote:
salam,

Ini satu masaalah Aqidah besar Sheikh.!!!!

Tidak boleh di samakan Islam macam minyak.. atau Wahabians boleh samakan
seperti Jam. Boleh buka boleh pakai bila-bila masa suka... Shiekh ingat ini
Agama Islam macam pakai baju ka???  kalau ini lah pegangan ... banyak susah
laaa.
 

>"minyak 7 sirih" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

>  APAKAH APAKAH PERBEZAAN ANTARA UGAMA ISLAM DAN ISLAM ITU?
>
>  Sila jawab dengan jelas.
Pengirim: "minyak 7 sirih" <[EMAIL PROTECTED]>



Assalamualaikum warahmatullah,

Izinkan saya mencelah sikit je dlm hal ni.

Islam dari lughawi bermaksud selamat. Masdarnya ialah salama.

Firman Allah:
"Sesungguhnya hanya Islam agama di sisi ALlah..." (surah Ali Imran: ayat 19)

"Barangsiapa memilih agama selain Islam, maka agama itu tidak akan diterima daripadanya, dan di hari Akhirat dia tergolong dari org2 yg rugi." (Surah Ali Imran: ayat 85)

Rujuk kpd Hadith 40, riwayat Imam Muslim:
Dari Abu Ruqaiyah, Tamim bin Aus Ad-dari R.A bahawa baginda S.A.W bersabda: "Agama itu nasihat." Kami sekalian bertanya: "Utk siapa?" Rasulullah S.A.W bersabda: "Utk Allah, RasulNya, KitabNya, Imam dan kaum muslimin."

Dari Umar Al-Khattab R.A katanya: Tatkala kami duduk di majlis rasulullah S.A.W, tiba-tiba muncullah dimajlis itu seorang lelaki yg berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada tanda dia seorang musafir, dan tidak seorangpun dari kami mengenalinya. Lalu ia pun duduk di samping Rasulullah dan ditemukan kedua lututnya dgn kedua lutut rasulullah serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas paha rasulullah S.A.W seraya berkata:
"Khabarkanlah kpdku tentang Islam"
Baginda S.A.W bersabda: "Islam itu ialah mengucapkan syahadat bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, dan hendaklah mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadhan, dan menunaikan haji ke baitullah sekiranya mampu."
....Dan seterusnya sehingga ke akhir hadith..." (Hadith riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Amr bin Abasah R.A berkata bajawa ada seorang lelaki berkata Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah, apakah itu Islam?" Baginda menjawab: "Islam itu adalah penyerahan hatimu kpd Allah dan selamatnya kaum muslim daripada lidah dan tanganmu." Lelaki itu bertanya lagi: "Manakah Islam yg paling utama?" Rasulullah S.A.W menjawab: "Iman.".....Dan sehingga ke akhir hadith.....(hadith riwayat Imam Ahmad dgn isnad yg sahih dan at-tabarani dgn rijalul hadith yg sahih)

Semoga dalil-dalil di atas menjernihkan yg keruh dan menjernihkan supaya tidak menjadi keruh lagi.

Wallahua'lam.

Kirim email ke