EDISI JUMAAT
5 Zulkaedah 1420
11 Februari 2000
-------------------------------------------


Fatwa hanya dari mufti
(Oleh Adi Putra)


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan menjelaskan PAS tidak pernah
mengeluarkan sebarang fatwa kerana menyedari perkara itu hanya boleh
ditentukan oleh mufti sahaja setelah diperkenankan oleh sultan di
sesebuah negeri.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, selain mufti sesuatu
perkara itu tidak boleh dipanggil fatwa dan ia hanya boleh dipanggil
pengajaran, tunjuk ajar atau tazkirah.

"Adakah orang Umno faham ataupun mengerti dengan fatwa. Apakah yang
dikatakan fatwa dan apakah yang dikatakan hukum. Kalau tak reti (tak
pandai) jangan mengaku pandai," katanya selepas mengadakan pertemuan
dengan Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Kelantan di pejabatnya,
Selasa lalu.

Menteri! di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Paduka Dr Hamid
Othman Selasa lalu dilaporkan mengakui mempunyai bukti penyelewengan
fatwa yang dibuat oleh PAS dan pihaknya dalam proses mengambil tindakan
mahkamah.

Menurutnya, PAS telah menyalahi peraturan negara dan kedaulatan Majlis
Raja-raja apabila mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan aqidah dan
syariat Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Umno tidak perlu
mengelirukan kenyataan itu kerana apa yang sering diperkatakan oleh
penyokong PAS ialah sesiapa yang menyokong perjuangan Islam akan
dibalas syurga oleh Allah.

"Sekarang kita dapat lihat parti yang bersungguh-sungguh memperjuangkan
Islam di Malaysia adalah PAS. Parti lain tidak pernah kisah dengan
perjuangan Islam," katanya.

Ditanyai hasrat Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian
Penerangan, yang juga bekas Adun Melor yang tewas pilihan raya umum
lalu, Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir u! ntuk berdebat berhubung isu
fitnah katanya, orang ramai tahu setakat mana ilmu yang ada pada orang
itu.

"Untuk menyelesaikan segala masalah itu hanya ada dua cara sahaja iaitu
pertama kita serah kepada rakyat dan keduanya serah kepada Sultan
menentukannya," tambahnya.

Dato' Zainal sebelum tewas pada pilihan raya lalu merupakan Ketua
Pembangkang di Dun Kelantan, dianggap oleh banyak pihak gagal memainkan
peranan berkesan untuk membangkitkan masalah rakyat.





COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke