Polis janji bebaskan saya - Sukma


KUALA LUMPUR: Adik angkat Anwar Ibrahim, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja
mendakwa beliau membuat pengakuan palsu mengenai hubungan homoseks
dengan Anwar kerana polis menjanjikan kebebasan sebagai tukaran.

Sukma memberitahu mahkamah, pengakuannya kepada majistret pada 1998
bahawa beliau mengadakan hubungan homoseks dengan Anwar dan pemandu
Anwar, Azizan Abu Bakar - tidak dibuat secara sukarela.

Sukma, apabila ditanya oleh penguamnya Gobind Singh Deo mengapa beliau
membuat kenyataan itu, berkata, "Saya mengikut apa yang dikehendaki
oleh polis. Saya memberikan kenyataan kerana polis menjanjikan bahawa
saya akan dibebaskan pada hari berikutnya."

Anwar, yang dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada 2 September tahun
lepas, didakwa bersam! a Sukma dalam perbicaraan ini.

Sukma juga menghadapi tuduhan lain iaitu membantu Anwar meliwat
pemandunya, Azizan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak April tahun
lepas kerana didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa. Jika
didapati bersalah dalam perbicaraan ini, Anwar boleh dihukum penjara
sehingga 20 tahun.

Peguam Anwar, Christopher Fernando memberitahu AFP peguambela akan
meneruskan cadangan mereka untuk memanggil Mahathir sebagai saksi.

Menurutnya, Menteri Kewangan, Daim Zainuddin juga kemungkinan besar
akan dipanggil sebagai saksi.

Sukma memberitahu Gobind bahwa tuduhan terhadapnya adalah tidak benar.
Menurutnya, beliau meminta Azizan membawa beberapa benda ke apartmennya
di Tivoli Villa pada Januari 1993 tetapi tidak mempunyai hubungan lain
dengan Azizan.

Apabila ditanya mengenai pengakuan beliau bahawa beliau pernah
berkongsi bilik dan katil dengan Anwar ketika Anwar tingg! al di Petaling
Jaya, Sukma menjelaskan, "Saya tidak pernah berkongsi bilik atau katil
dengan Anwar di rumah itu,".

Berbeza dengan pengakuanya sebelum ini bahawa beliau tinggal di Tivoli
Villa pada tahun 1991 dan 1992, Sukma berkata beliau hanya berpindah ke
apartmen itu pada April 1993.

Apabila ditanya kenapa beliau tinggal di pelbagai rumah Anwar di Subang
Jaya, Petaling Jaya dan Damansara, Sukma menjawab: "Anwar juga sibuk
dengan tugas-tugas rasmi di luar dan Wan Azizah juga sibuk dengan
kerja-kerjanya di hospital".

"Saya tinggal di sana untuk menjaga anak dan nenek," katanya. Pada
September 1998, Sukma bersama seorang lagi dipenjara selama enam bulan
dalam kes berlainan kerana membenarkan Anwar meliwat mereka. Mereka
kemudiannya merayu hukuman itu dengan menyatakan polis mendesak
pengakuan itu. -AFP.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke