*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.
Mungkin kita ni dok pikiaq masa tak berubah.  Kita dok nilai graduan 
sekarang dengan zaman kita.
Zaman dah berubah; maka qualiti graduan pun berubah.
Bottom line nye; la ni graduan yang keluaq dari universiti jenis qualiti 
yang kita sebutkan itu.
Jadik tugas kita lah nak jadik kan mereka jenis yang kita kehendaki.
Kalau tak menjadik, camna kalau kita salahkan kita pulak kerana tak pandai 
mendidik ?
Kita pun dulu kena didik jugak.
Amacam ?



>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Assalamu'alaikum.
>
>Saya tertarik dengan komen saudara Adam yang berikut....
>
>>3. Semasa saya terperusuk di HRD disalah sebuah firma
>>dulu, saya menginterbiu berbagai bagai jenis bakal
>>employee yang berkelulusan dari segala ceruk rantau
>>dunia. Terus terang saya nak habaq, saya langsung tak
>>pandang candidate tu graduated dari ulu mana sekali
>>pun. Apa yang penting ialah samada dia ni boleh
>>menyumbang kepada gol dan objektif yang dikehendaki
>>oleh kompeni tersebut? Dan juga samada hamba Allah ni
>>boleh menjadi aset  yang baik untuk kompeni dan boleh
>>menjadi manusia yang cemerlang. Sangatlah malang, bila
>>ada depa depa yang graduated dari Top 25 US
>>Universities dan Top 20 UK Schools yang membuatkan
>>timbul rasa ragu ragu tentang kebolehan dan keupayaan
>>depa ni semua.
>
>Benar tuu ... saya sendiri pernah menginterbiu, dan pengalamannya lebih
>kurang begitulah. Amat menghampakan sekali apabila graduan universiti pun
>tidak mencapai tahap yang diharapkan.
>
>Malah saya telah merancang untuk mengambil kakitangan (IT) dari kalangan
>graduan berbagai negara, seperti USA, UK, NZ, Jepun dan juga tempatan.
>Namun, kebanyakan graduan sekarang tidak menunjukkan "mutu" yang
>menyakinkan. Inilah yang saya cuba beritahu dalam komen-komen saya yang
>lepas.
>
>Malah sekarang saya cuba juga cari graduan dari kalangan IPTS tempatan
>supaya dapat memberi peluang kepada mereka untuk diasuh dan di-'polish'
>kemahiran mereka. Masalah utama yang saya hadapi adalah sikap mereka.
>
>Saya rasa, perbezaan ketara graduan sekarang dengan graduan zaman dahulu
>adalah dari sudut sikap. Kerana sikap, ia memberi kesan yang ketara kepada
>peribadi garduan tersebut. Allahuwalam.
>
>Sejak beberapa tahun lepas, saya sering berfikir dimanakah silap sistem
>pendidikan kita? Adakah di peringkat IPT? Atau, disebabkan pengaruh zaman?
>Atau, disebabkan perkembangan sistem pendidikan yang bercelaru, longgar dan
>manja? Salah satu daripada sebab-sebab ini atau kombinasinya, dan mungkin
>ada juga sebab-sebab tambahan lain yang telah membentuk "sikap" generasi
>pelajar sekarang.
>
>Langkah seterusnya, apakah peranan kita untuk memulihkan keadaan ini?
>
>Sekian.

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tad deBoar" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke