*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamu'alaikum.

Saya tertarik dengan komen saudara Adam yang berikut....

>3. Semasa saya terperusuk di HRD disalah sebuah firma
>dulu, saya menginterbiu berbagai bagai jenis bakal
>employee yang berkelulusan dari segala ceruk rantau
>dunia. Terus terang saya nak habaq, saya langsung tak
>pandang candidate tu graduated dari ulu mana sekali
>pun. Apa yang penting ialah samada dia ni boleh
>menyumbang kepada gol dan objektif yang dikehendaki
>oleh kompeni tersebut? Dan juga samada hamba Allah ni
>boleh menjadi aset  yang baik untuk kompeni dan boleh
>menjadi manusia yang cemerlang. Sangatlah malang, bila
>ada depa depa yang graduated dari Top 25 US
>Universities dan Top 20 UK Schools yang membuatkan
>timbul rasa ragu ragu tentang kebolehan dan keupayaan
>depa ni semua.

Benar tuu ... saya sendiri pernah menginterbiu, dan pengalamannya lebih 
kurang begitulah. Amat menghampakan sekali apabila graduan universiti pun 
tidak mencapai tahap yang diharapkan.

Malah saya telah merancang untuk mengambil kakitangan (IT) dari kalangan 
graduan berbagai negara, seperti USA, UK, NZ, Jepun dan juga tempatan. 
Namun, kebanyakan graduan sekarang tidak menunjukkan "mutu" yang 
menyakinkan. Inilah yang saya cuba beritahu dalam komen-komen saya yang 
lepas.

Malah sekarang saya cuba juga cari graduan dari kalangan IPTS tempatan 
supaya dapat memberi peluang kepada mereka untuk diasuh dan di-'polish' 
kemahiran mereka. Masalah utama yang saya hadapi adalah sikap mereka.

Saya rasa, perbezaan ketara graduan sekarang dengan graduan zaman dahulu 
adalah dari sudut sikap. Kerana sikap, ia memberi kesan yang ketara kepada 
peribadi garduan tersebut. Allahuwalam.

Sejak beberapa tahun lepas, saya sering berfikir dimanakah silap sistem 
pendidikan kita? Adakah di peringkat IPT? Atau, disebabkan pengaruh zaman? 
Atau, disebabkan perkembangan sistem pendidikan yang bercelaru, longgar dan 
manja? Salah satu daripada sebab-sebab ini atau kombinasinya, dan mungkin 
ada juga sebab-sebab tambahan lain yang telah membentuk "sikap" generasi 
pelajar sekarang.

Langkah seterusnya, apakah peranan kita untuk memulihkan keadaan ini?

Sekian.




>From: Adam <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Lulusan UK versus USA...
>Date: Tue, 15 Feb 2000 10:57:04 -0800 (PST)
>
>
>Assalamualaikum
>
>Saya pun rasa terpanggil jugak la nak bagi pendapat
>tentang perbincangan ni. Mula mula nak dok diam saja,
>tapi sebab tengok dah jadik rancak perbincangan ni
>maka nak tumpang sekaki:-)
>
>Mula mula masa nak mai sini, kami pun tengok jugak
>antara UK dan US. Malah dah nak pi sangat sangat ke
>Warrick atau Nottingham kat negara Queen tu. Orang
>kampung pun dah tau kata kami nak ke UK. Cuma last
>minute tak tau lagu mana, entah apa mimpi....maka
>tercampak di US. :-)
>
>1. Kesemua pendapat yang dikemukakan oleh para netters
>adalah benar dan betoi belaka sebab benda ni sangatlah
>subjektif dan bergantung kepada diri masing masing.
>
>2. Perlulah diingatkan bahawa degree atau diploma
>hanya lah  lesen sahaja. Macam lesen memandu. Bila dah
>dapat lesen tu, maka terpulang pada kita nak buat apa.
>Jadinya tak jadi masalah nak pi mengaji dimana saja.
>Tak kiralah samada local univ, Indonesia, Ostrolia, EU
>( UK ),North America (US/Can), Timur Tengah, Jepung
>atau India sekali pun.
>Yang penting bila dah graduate, apa kita nak buat
>dengan degree tu ?...
>
>3. Semasa saya terperusuk di HRD disalah sebuah firma
>dulu, saya menginterbiu berbagai bagai jenis bakal
>employee yang berkelulusan dari segala ceruk rantau
>dunia. Terus terang saya nak habaq, saya langsung tak
>pandang candidate tu graduated dari ulu mana sekali
>pun. Apa yang penting ialah samada dia ni boleh
>menyumbang kepada gol dan objektif yang dikehendaki
>oleh kompeni tersebut? Dan juga samada hamba Allah ni
>boleh menjadi aset  yang baik untuk kompeni dan boleh
>menjadi manusia yang cemerlang. Sangatlah malang, bila
>ada depa depa yang graduated dari Top 25 US
>Universities dan Top 20 UK Schools yang membuatkan
>timbul rasa ragu ragu tentang kebolehan dan keupayaan
>depa ni semua.
>
>4. Apek- apek yang tak pi ke US atau UK ( atau mana
>mana U) tu pun malah lebih berjaya dari kebanyakan
>dari kita semua. Apakah rahasia apek ni semua ? Lagu
>mana depa ni semua tak ada degree sedangkan kita penuh
>degree/diploma/sijil di dinding tak boleh berjaya sama
>dengan
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke