Note: forwarded message attached. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Talk to your friends online with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com
29 October 99 -------------------------------------------------------------------------------- Topik: Perkahwinan Mengikut Syariat Islam Saudara-saudara Sidang Jumaat Rahimakumullah Setiap kali apabila tiba hari Jumaat, kita akan diperingatkan agar bertaqwa kepada Allah. Bertaqwa kepada Allah bukan sahaja bermakna kita meninggalkan segala laranganNya dan mengerjakan segala perintahNya, bahkan bertaqwa kepada Allah adalah lebih dari itu. Bertaqwa kepada Allah juga bermaksud agar kita memastikan anak isteri kita, adik beradik kita dan sekelian ahli keluarga kita agar tidak melanggar perintah Allah, agar mereka mejadi orang Islam yang baik. Sidang Jumaat sekelian, Antara perkara yang perlu kita beri perhatian adalah hidup berkeluarga yang bermula dengan perkahwinan. Dengan perkahwinan kita akan dapat melahirkan zuriat, anak-anak yang kita harap dapat menjadi orang Islam yang berguna untuk masyarakat dan negara. Oleh kerana itu, Islam amat menitik-beratkan tentang perkahwinan ini. Islam telah menggariskan panduan-panduan agar kita umat Islam dapat mempraktikannya. Agar kita dapat mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Agar kita dapat hidup bahagia dunia dan akhirat. Perkara pertama yang ditekankan oleh Islam adalah pemilihan calon suami atau isteri. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wanita itu dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana ugamanya. Maka pilihlah yang berugama nescaya kamu akan selamat." (Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi) Sidang Jumaat sekelian, Lihatlah, bagaimana Rasulullah s.a.w menekankan agar kita memilih wanita yang berugama, wanita yang solehah. Ini akan membantu kita membentuk keluarga yang bahagia dan anak-anak yang mengikut suruhan agama. Mereka akan menjadi pendinding kita dari melakukan maksiat. Dan mereka akan menjadi pendorong kita untuk melakukan ibadat. Selain dari memilih isteri yang baik, kita juga harus memastikan bahawa perkahwinan kita mengikut syara' dan lunas-lunas Islam. Perkahwinan kita mestilah tidak melanggar tatasusila dan peraturan Islam. Antara perkara yang mesti diberi perhatian adalah memastikan bahawa pasangan kita itu berugama Islam. Ini diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam firmannya yang berbunyi: Maksudnya : Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrikah sehingga mereka beriman. Sesungguhnya seorang hamba yang mukminah adalah lebih baik daripada wanita musyrikah walaupun ia menarik hati mu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik dengan wanita-wanita mukminah sehingga orang-orang musyrik itu beriman. Sesungguhnya hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik dari orang yang tidak beriman walaupun dia menarik hati mu. Orang-orang yang tidak beriman itu mengajak kamu ke Neraka, sedangkan Allah mengajak kamu ke syurga dan maghfirah dengan izinNya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat Nya kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran. Saudara-saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah Ayat yang dibacakan tadi jelas menerangkan bahawa pasangan kita mestilah yang beriman, bukan dari kalangan mereka yang kafir. Akan tetapi kita lihat kebelakangan ini, masih terdapat dari kalangan masyarakat Islam kita yang memilih pasangan hidup yang bukan beragama Islam. Mereka memilih untuk berkahwin secara sivil. Mereka mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat pernikahan sivil, tanpa melakukan pernikahan yang sah menurut Islam. Ini adalah salah satu masalah yang sedang kita hadapi sekarang ini. Perkahwinan sedemikian tidak diakui oleh agama Islam. Hukumnya adalah bathil dan haram. Jika seseorang itu berkahwin secara sivil, sesungguhnya dia telah melakukan suatu dosa besar, kerana dia akan mengerjakan perbuatan zina terus menerus, bukan hanya sekali tetapi berkali-kali. Mereka akan melahirkan anak di luar nikah. Mereka dikhuatiri akan mati dalam keadaan su'ul khatimah. Iaitu mati dalam keadaan buruk disebabkan terus-terusan melakukan perbuatan dosa besar. Adakah kita redha masyarakat Islam kita semakin hari ini semakin longgar ikatan keugamaan mereka? Kita juga dapati sebahagian besar dari kalangan mereka yang berkahwin secara sivil dengan pasangan yang bukan beragama Islam adalah dari kalangan wanita. Mengapa? Mengapa kita sebagai bapa, sebagai datuk, sebagai abang, tidak berdaya untuk menghalang mereka dari berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam? Dimanakah silapnya? Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Umumnya mereka yang berkahwin secara sivil mempunyai pendidikan rendah. Ini jelas menunjukkan bahawa ilmu memainkan peranan dalam membentuk persepsi dan pandangan seseorang. Orang yang berpendidikan tinggi akan dapat melihat keburukan dan bahaya perkahwin sivil. Mereka akan dapat lihat apakah akan terjadi kepada anak-anak mereka yang akan kebingungan, mana satukah ugama yang patut mereka anuti. Orang-orang yang berpendidikan tinggi juga akan dapat melihat bahawa perkahwinan bukan setakat atas dasar cinta. Tetapi perkahwinan merupakan perkongsian hidup sehingga akhir hayat. Adakah kita redha berkongsi hidup dengan mereka yang tidak mempercayai Allah ? Apabila seseorang itu membuat keputusan untuk berkahwin secara sivil, ini bereti beliau telah membuat keputusan untuk diletakkan dibawah undang - undang sivil dalam urusan kekeluargaan, ini termasuklah apabila mereka mati kelak, pasangan mereka yang bukan beragama Islam berkemungkinan menyelenggarakan jenazahnya menurut cara yang tidak beragama Islam . Ini ialah keranan menurut undang - undang sivil suami atau isteri berhak untuk menuntut mayat Orang-orang yang berpendidikan mengetahui bahawa sekiranya mereka berkahwin secara sivil, apabila mereka mati kelak, pasangan mereka yang bukan beragama Islam berhak untuk menuntut mayat pasangannya. Kita tidak mahu orang Islam ditanam di perkuburan orang kafir. Kita tidak rela melihat mayat orang Islam dibakar. Maka kita mesti memainkan peranan. Kita mesti memastikan bahawa anak-anak kita, adik beradik kita tidak berkahwin secara sivil. Pendidikan bermula dari kecil. Tanamkan aqidah dan pendidikan agama didalam jiwa anak-anak kita dari kecil. Tanamkan semangat cinta kepada Islam. Pendidikan Islam harus diteruskan apabila mereka meningkat remaja. Ajaklah mereka belajar ugama di masjid-masjid. Janganlah kita setakat menyuruh mereka belajar ugama sedangkan diri kita sendiri tidak melakukannya. Agama adalah pendinding. Kuatkan pendinding tersebut dengan ilmu Islam dan amal yang soleh. Nescaya kita akan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Baarakallah... -------------------------------------------------------------------------------- __________________________________________________ Do You Yahoo!? Talk to your friends online with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com ------------------------------------------------------------------------ To Post a message, send it to: [EMAIL PROTECTED] To Unsubscribe, send a blank message to: [EMAIL PROTECTED] ------------------------------------------------------------------------ Play Games, Have Fun, Win a Trip – at pogo.com! What’s the best game you have ever played? Chances are it’s at pogo.com. Visit today and enter our $25,000 Games for Everyone sweepstakes! Refer your friends & earn extra entries! http://click.egroups.com/1/1470/0/_/369883/_/950665898/ eGroups.com home: http://www.egroups.com/group/bujang_club http://www.egroups.com - Simplifying group communications