*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
selepas kita melihat perkembangan psikologi di England,dalam siri 06 kita
akan singgah sekejap di Jerman untuk melihat kesan peninggalannya di sana.

(kenapa asyik ke negara-negara Barat. bila nak ke negara-negara
Islam......susah sikit tuuu..sebab nama mereka tak ada dalam psikologi, tak
ada orang yang berusaha bersungguh untuk dalam bidang psikologi, dan payah
untuk memasuki pasaran pemikiran ilmiah sekarang....saya akui memanglah
orang Islam yang mempelopori bidang ilmu, tapi itu dulu berabad-abad yang
lalu, saya setuju dengan satu pendapat...iaitu kita tidak boleh
berbangga-bangga dengan kejayaan lalu, tapi sekarang kita ketinggalan.
Orang Barat walaupun kafir tapi dia berusaha dan mengkaji.cuba perhatikan
maksud ayat ini,...: Itu adalah umat yang lalu; baginya apa yang telah
diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak
dimintai pertanggungjawaban tentang apa yang telah mereka kerjakan. (QS.
2:134)  , dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang
telah diusahakannya, (QS. 53:39).....kita bercakap tentang usaha????)


 4. Strukturalisme Jerman


Strukturalisme (STR) adalah aliran yang mengutamakan eksperimen (ujikaji
dalam makmal). Ia bermula dengan kajian fisiologi (hubungan antara badan
dan saraf) yang dilakukan oleh Helmholtz yang telah mengukur kelajuan
isyarat saraf dalam tubuh manusia. Kemudian diikuti dengan penemuan Gustav
Fecher(1820) , yang cuba menjelaskan perkaitan antara persamaan matematik
dengan tenaga kederiaan manusia, dengan cara melihat tindak balas selepas
tekena rangsangan seperti cahaya pada mata atau bunyi pada telinga. Pada
1879, Wilhelm Wundt menubuhkan makmal psikologi yang pertama  di Jerman.
Ini telah menyebabkan beliau digelar sebagai "bapa psikologi". 

(STR kalau kita lihat dari segi usaha yang dilakukan.....dapat disimpulkan
sebagai satu usaha untuk melihat manusia dari segi struktur (binaan) atau
kandungan, pergerakan dan perasaan kita ada kaitan dengan urat saraf. Yang
sepatutnya STR harus melihat ini sebagai satu kebesaran Allah taala. Kita
dapat melihat keterbatasan diri kita secara struktur. contohnya kenapa
kalau kita kena haba kita jadi panas, tak boleh ka rasa sejuk macam duduk
dalam, peti ais...tak boleh la.. sebab kita mempunyai kelemahan dari sudut
struktur,...jadi kita dapat rasailah bahawa kita ini lemah dan Allah Maha
Kuat. Namun disebalik kelemahan itu ada keajaiban yang kita perlu
fikir...iaitu teknologi penciptaan mata dan daya melihat adalah penciptaan
Allah yang maha Agong....dan kalau kita ada mata kita akan
mengakuinya....itupun kalau kita selalu bersyukur)

(Kenapa Wundt telah dikenali sebagai "bapa psikologi" ..kenapa tidak
disebut "anak psikologi',atau "ibu psikologi" atau "datuk
psikologi".........adalah sebabnya, sebabnya cuba rujuk semula siri 01 dan
siri 02....cuba perhatikan elemen penting dalam definisi psikologi..iaitu "
satu kajian saintifik....", maknanya Wundt lah orang yang telah membawa
unsur saintifik dalam psikologi dan menjadikan ia satu disiplin ilmu atau
sains.....begitulah, kalau kita tak setujupun...orang telah gelar ia
begitu....harap nak tunggu kita buat kajian psikologi...lambat)

STR cuba menganalisis struktur atau kandungan jiwa manusia, jiwa manusia
diananggap sebuah Gedung yang menyimpan sensasi serta perasaan yang
pelbagai. Jiwa ini diumpamakan sebagai bekas yang dipenuhi dengan bahan
kimia yang kompleks (pelbagai)

( seorang anak murid,wultd iaitu Titchener, menjelaskan tentang jiwa
sebagai...dunia psikologi sebenarnya penuh berisi wajah,(yang boleh
menjukkan senyum atau masam), suara,(tangisan atau ketawa) dan perasaan
(suka atau duka) ; sebuah alam gelap dan terang,ada suara di keheningan.
Ruangnya kadang- kadang luas, kadang sempit, kadang-kadang rasa singkat dan
kadang-kadang rasa lama............daripada ucapan ini kita dapat lihat
dalam diri manusia ada dua yang berbeza, dan berpasangan..lalu saya
teringat pada ayat :Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan
pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan
dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui. (QS.
36:36).........oleh kerana Titchener  pun tak tahu sangat tetang hal ini,
maka dia anggap ada alam yang sedar dan alam yang tak sedar.)

(Titchener telah pergi ke Amarika dan mengembangan aliran ini di
sana....kita akan pergi berjumpa dengan dia dalam siri yang akan datang)

Teknik yang telah digunakan oleh STR ialah introspeksi analitik (membuat
eksperiman terhadap diri sendiri kemudian analisis) Contoh kajian yang
telah dijalankan oleh Wundt dalam makmal (secara ringkas saja) Subjek
(orang yang jadi kaajian) akan perhati detik satu alat, kemudiaa dikaitkan
dengan perasaan, didapati persaan menjadi tegang apabila,detik bertambah
cepat dan lega bila detik berhenti.

pada masa ini juga Freud telah mengemukakan teori psikodinamik tentang
manusia, teori ini telah mengambil kira faktor alam tidak sedar. (Freud
adalah nama yang selalu keluar dalam perbincangan
psikologi,....namun....dikritik dan kontroversi....tapi ada yang
menyanjungnya...pelik sepelik teorinya )

Kelemahan-kelemahan STR
1. mengunakan satu kaedah kajian saja, iaitu introspeksi
2.kaedah ini tak boleh digunakan untuk kanak-kanak dan haiwan (terutamanya
untuk kanak-kanak dan haiwan yang tidak boleh membuat catatan atau laporan)
3. tidak boleh buat kajian terhadap bahasa, dan akhlak (silap-silap boleh
melahirkan generasi yang tidak berakhlak dan tak tahu bahasa, sebab tak ada
kajian terhadap akhlak dan bahasa....akibatnya tiap-tiap tahun buat pesta
minum arak untuk sambut tahun baru)
4. Tidak dapt disahkan oleh pengkaji lain. (hanya wuldt yang tahu perasaan
diri sendiri)


siri akan datang : Fungsionalisme Amerika 

(sila tempah tiket untuk ke USA, dan buat visa....visa umrah tidak
diterima, terutamanya dalam keadaan sekarang ini.....)


*********************************
Siri yang lepas rujuk pada 
http://www.onelist.com/community/psikologi-islam 

  
 




  

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke