*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Untuk memahami ayat alquran perlu mengikut syarat-syarat berikut:
1.lohat dan sarf nahu bahasa arab
2. sebab ayat diturunkan (asbabunuzul)
3.faktor sejarah
4.pengertian dari rasulullah sendiri.
5.pengertian ayat tidak bercanggah dengan ayat yang lain tetapi harus sokong 
menyokong antara satu dengan lain.

ayat alquran terbahagi kepada dua:
1.mutasyabihat - memerlukan penafsiran yang teliti
2.muqamat - mempunyai makna yang jelas dan tidak memerlukan tafsiran


mari kita teliti ayat 3:55, "izqallahu ya isa inni mutawaffika warafiuka 
ilayya...(ingatlah, ketika Allah berfirman: Hai Isa sesungguhnya aku akan 
mewafatkan engkau (mutawaffika) dan mengangkat engaku kepadaKu..)

'mutawaffika' tidak mempunyai makna selain "wafat" sila rujuk pada kamus 
bahasa arab.
'warafiuka' mempunyai akar kata yang sama dengan bacaan dalam solat semasa 
duduk diantara dua sujud iaitu "warfa'ni". apakah kita berdoa pada allah 
untuk diangkat ke langit? tentu tidak, kan? apa yang kita pinta ialah 
diangkat martabat/status kita. oleh itu  allah swt memelihara nabi Isa as 
dari penghinaan dari kaumnya.
selain daripada itu Allah swt tidak memiliki tempat/ruang. Allah berada di 
mana-mana.bagaimana kita dapat menentukan Allah berada di atas langit? dalam 
urutan ayat ini nabi isa as diwafatkan dulu dan kemudian diangkat. jika 
diertikan nabi isa diangkat tubuh kasarnya bermakna beliau as diangkat dalam 
keadaan tidak bernyawa.
jika diangkat ke langit seharusnya perkataan "warafiuka ilayya" diganti 
dengan "warfiuka ilassama (ke atas langit)".ayat ini adalah tergolong dalam 
ayat muqamat.

ayat almaidah : 116-117, allah swt menjelaskan kedudukan sebenarnya melalui 
perbualanNya di akhirat dengan nabi Isa as. allah berfirman, "hai Isa putera 
maryam. adakah kamu mengatakan kepada manusia: jadikanlah aku dan ibuku dua 
orang tuhan selain allah? Isa menjawab:Maha Suci Engkau, tidaklah patut 
bagiku mengatakan apa yang bukan hakku....adalah aku menjadi saksi terhadap 
mereka selama aku berada di antara mereka. maka setelah engkau wafatkan 
(falamma tawaffaitanii) aku Engkaulah yang mengawasi mereka...
dalam ayat ini terdapat perkataan wafat. nabi Isa as mengaku tidak 
mengetahui keadaan umatnya yang mengangkatnya sebagai tuhan ssperti mana 
hari ini berlaku dalam kepercayaan umat kristian sebab dia telah diwafatkan 
Allah. jika kita berkeyakinan bahawa nabi isa akan turun di akhir zaman 
sudah tentu dia dapat menyaksikan keadaan umat kristian hari mengatakan dia 
adalah tuhan, ini bermakna nabi Isa erbohong di depan  Allah swt 
(nauzubillah minzalik).

allah berfirman, "kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun 
sebelum kamu (Muhammad)maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal?" 
Rasulullah sudah wafat maka nabi isa juga sudah wafat.

MENGAPAKAH UMAT ISLAM TIDAK DAPAT MENERIMA KETERANGAN DARI ALQURAN YANG 
MENJELASKAN NABI ISA SUDAH WAFAT? APA UNTUNGNYA PADA ISLAM? kerana isu 
inilah ramai umat islam khasnya di indonesia memeluk agama kristian.

Ayat alahzab:40 "Muhammad itu bukanlah bapak dari seorang laki-laki di 
antara kamu, tetapi dia adalah rasullullah dan Khatamannabiyin".
dalam ayat ini terdapat perkataan "Khaman" yang memberi makna berikut:
1.Cincin
2.cop/mohor
3.mulia
4.afdhol
5.penutup

sebab ayat ini diturunkan adalah berikutan peristiwa  pekahwinan hz.Zaid bin 
haritsa dan Hz. Siti Zainab yang berakhir dengan perpisahan. hz. Zaid adalah 
anak angkat Rasulullah saw. menurut adat budaya bangsa arab pada masa itu, 
anak angkat sama haknya dengan anak kandung sendiri.
apabila hz. zaid dan hz. Zainab berpisah maka turunlah perintah allah swt. 
agar rasullullah saw menikahi hz. zainab. apabila ini terjadi maka bangsa 
arab yang membenci rasululah saw dengan menghina rasulullah yang kononya 
manikahi bekas anak menantu sendiri. maka turunlah ayat ini membersihkan 
rasulullah saw. dalam ayat menjelaskan bahawa rasululla tidak haram menikahi 
hz. zainab sebab hz. zaid bukanl;ah anak kandung cuma anak angkat rasulullah 
saw. beliau saw adalah semulia-mulia nabi.
rasulullah adalah sebagai 'cincin' pada jari adalah menggambarkan dengan 
diutusnya rasulullah saw maka lebih meyerlah akhlak dan kebenaran para nabi 
sebelumnya.
rasulullah saw sebagai cop/mohor menggambarkan betapa ajaran dan kebenaran 
yang di bawa oleh nabi-nabi yang diutus allah sebelumnya sesungguhnya benar.
Rasulullah sabagai mulia dan afdhol adalah menggambarkan bahawa rasulullah 
adalah makhluk yang paling sempurna di antara semua ciptaan Allah swt. dalam 
sebuah hadis qudsi di katakan allah berfirman, "tidakKu jadikan bumi dan 
langit kalau bukan kerana esngkau ya Muhammad". bayangkanlah betapa mulianya 
rasulullah di sisi allah swt.
rasulullah sabagai penutup adalah menggambarkan bahawa rasulullah adalah 
nabi yang terakhir membawa syariat iaitu agama islam.

dari segi "sarf nahu" bahasa arab, apabila perkataan khatam dirangkaikan 
dengan perkataan yang berbentuk "jamak" yakni seperti nabi-nabi, wali-wali 
dan sebagainya maka  tidak boleh diertikan sebagai penutup. dalam ayat 
adalah dirangkaikan dengan jamak, sila perhatikan "khatamannabiyyin". kalau 
diertikan sebagai penutup maka ayat ini perlu dirubah kepada 
"khatimunabiyyin" sila perhatikan perbezaan kedua-dua perkataan ini.
dalam alquran banyak ayat yang menjelaskan bahawa allah tetap mengutus para 
rasulnya bila diperlukan. misalnya ayat Al hajj:75, "Allahu yathofiiminal 
malaaikati rusulan wa minannas..." (Allah memilih utusan-utusannya dari 
manusia dan malaikat). dalam ayat ini terdapat perkataan "yasthofii"  dari 
sudut sarf nahu bahasa arab menunjukan "masa kini dan akan datang". banyak 
lahgi ayat-ayat seperti ini dalam alquran.

sifat allah swt adalah "rahman dan rahim". apakah sifat  allah ini hanya 
untuk umat yang terdahulu dan tidak ada pada umat islam? berdasarkan kepada 
sunnahtullah, apabila satu-satu kaum rosak maka pasti rasulnya diutus untuk 
memperbaiki umat yang rosak itu. adalah satu perkara mustahil jika umat 
rasulullah saw (umat Islam) tidak menerima sifat rahman dan rahim Allah. 
kerana sifat inilah nabi pasti diutus lagi untuk memperbaiki umat islam 
khasnya dan umat manusia amnya. Islam akan hanya berada di atas agama lain 
apabila seorang dari umat rasulullah saw bergelar sebagai nabi Isa diterima 
kelak sesuai dengan sabda rasulullah, "bagaimanakah keadaan kamu apabila 
ibnu maryam turun dikalanagan kamu dan menjadi imam kamu dari kamu sendiri". 
berdoalah kita pada Allah swt...

berhubung dengan hadis, kita hendaklah berhati-hati. meskipunhadis itu 
dikatakan sohih tetapi jika ianya bertentangan dengan alquran maka kita 
tidak boleh menemanya. alquran adalah terletak di atas segala-galanya.





: "Gina S. D" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* RASULULLAH SAW BUKAN PENUTUP KENABIAN
>Date: Thu, 17 Feb 2000 03:05:24 WST
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>very interesting this article. i hope i am not reading it incorrectly, as i
>tend to disagree with the writer. The writer said that:
>
>>nabi Isa hidup di atas langit dan akan turun
>>apabila dunia sudah hampir kiamat dan sementara itu pula nabi tidak akan
>>diutus lagi kerana rasulullah saw adalah penutup nabi-nabi. kedua-dua
>>fahaman ini salah sebab tidak ada nas dalam alq2uran bahawa nabi isa
>>diangkat ke langit masih hidup di sisi Allah swt. ini adalah fahaman umat
>>kristian. oleh itu uamt islam sejak sekian lama mendokong kepercayaan
>>ajaran
>>kristian. dalam alquran juga tidak ada nasnya bahawa nabi tidak diutus
>>lagi.
>
>The writer claims bahawa tak ada nas dalam alquran that says nabi isa was
>lifted up to the heavens alive. I beg to disagree. Surah Maryam, ayat 33-34
>says that...."And Salam (peace) be upon me the day I was born, and the day 
>I
>die, and the day I shall be raised alive!" Such is Jesus, son of Mary. (it
>is) a statement of truth, about which they doubt (or dispute).
>
>Also...the writer said that dalam alquran takdak nas which says nabi tak
>diutuskan lagi. Again. I disagree, because dalam surah Al-Ahzab, ayat 40
>says......Muhammad saw is not the father of any man among you, but he is 
>the
>Messenger of Allah, and the Last (end) of the Prophets, And Allah is Ever
>All-Aware of everything.
>
>(snipped)
>>Demikian juga
>>dalam alquran nabi isa as telah wafat(rujuk surah almaidah: 116-117 atau 
>>al
>>imran:55).
>
>In checking the above ayats above....Allah swt did not say nabi isa telah
>wafat but Allah "took nabi Isa up"(5:117) and "O Jesus! I will take you and
>raise you to Myself...."(3:55)
>
>>beriman kepada
>>nabi isa yang dijanjikan di akhir zaman adalah dari umat islam sendiri dan
>>rasulullah bukanlah penutup nabi-nabi.
>
>Again....the Quran says clearly in (33:40) that Nabi Muhammad is the "Last
>(end) of the Prophets."
>
>in Sahih Al-Bukhari, vol.4, hadith #735....nabi Muhammad claims that he is
>the last of the Prophets.
>
>     Narrated Abu Huraira:
>
>     Allah's Apostle said, "My similitude in comparison with the other
>prophets before me, is that of a man who has built a house nicely and
>beautifully, except for a place of one brick in a corner. The people go
>about it and wonder at its beauty, but say: 'Would that this brick be put 
>in
>its place!' So I am that brick, and I am the last of the Prophets."
>
>______________________________________________________
>Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Gina S. D" <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hanzala Abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke