*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad di Masjid Kampung Rawa,P.Pinang. Muqaddimah. -------------------- Muslimin/muslimat mudah-mudahan dirahmati ALLAH SWT. 1) Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Abdillah bin Umar Al-Khatab r.a.,menceritakan bahwa Nabi s.a.w. bersabda,"Akan datang dikalangan ummat aku beberapa perbuatan seumpama perbuatan yang pernah dibuat oleh Bani Israil." [ Nabi s.a..w. memberi peringatan kepada kita bahwa ada beberapa benda yamg dulu dah jadi kepada Bani Israil; akan jadi pula kepada kita,yakni kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w. ini. ] Nabi kata,"Teruknya Bani Israil itu ialah sampai berlakunya dikalangan Bani Israil; anak berzina dengan emaknya secara terang-terangan." Kata Nabi lagi,"Tentu benda yang macam ni juga akan terjadi dikalangan ummat ku." [ Tuan-tuan kalau dah baca paper baru-baru ni; benda yang disebut oleh Nabi s.a.w. telah pun berlaku.Maka inilah yang cantiknya Al-Quran/hadis Nabi s.a.w.; kerana apa yang disebut,pasti jadi punya.Yakni kalau disebut dalam Al-Quran,benda tu tentu jadi.Begitu juga kalau Nabi s.a.w. sebut,tentu jadi juga.Kerana apa yang Nabi s.a.w. sebut itu,adalah ALLAH SWT yang suruh Nabi sebut.Maka kita sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w.,lebih-lebih lagi yang hidup di akhir zaman ni; sepatutnya kita buat satu senarai check list.Dimana dalam check list tu,kita senaraikan segala peristiwa yang dikhabarkan oleh Quran/Nabi s.a.w. yang akan berlaku di akhir zaman ini.Maka apabila kita dengar/lihat/diberitahu sesuatu perkhabaran; kita hanya perlu semak,adakah berita itu seperti yang ada di dalam senarai kita.Kalau ada,kita tanda.Dan kalaulah betul-betul kita buat check list itu sekarang ni,sudah pasti hampir semua apa yang Nabi s.a.w sebut,telah pun berlaku. Satu masa dulu,mungkin tak pernah tersangka oleh sapa-sapa pun yang mak dengan anak boleh berzina; tapi hari ini terpampang dalam suratkhabar.Itu hanya satu contoh yang ditemui; kita tak tau berapa banyak yang dok ada dah kes-kes seperti ini yang tak ditemui. ] Kata Nabi s.a.w. lagi,"Dulu,Bani Israil berpecah-belah kepada 72 puak." [ Bani Israil ni bergaduh sama-sama depa hingga ada yang putus hubungan adik beradik punah ranah,kepada 72 puak.Depa ni,bukan saja berpecah dengan melibatkan rumpun bangsa ataupun masyarakat; bahkan melarat sampai kepada perpecahan aqidah.Daripada aqidah Islam/tauhid yang dibawa oleh Nabi; mereka berpecah kepada aqidah yang berbagai-bagai. ] Nabi kata,"Kalau Bani Israil berpecah kepada 72 puak; ummat aku pula (yang Islam ini) akan berpecah kepada 73.Dengan semuanya ke neraka melainkan satu sahaja yang ALLAH SWT terima." Sahabat tanya Nabi,"Siapakah kumpulan yang satu itu?...Kata Nabi s.a.w.,"Tang satu yang selamat itu ialah jalan yang aku di atasnya dan sahabat-sahabat aku juga di atasnya." [ Cakap banyak tok sah; kalau tidak ikut Quran dan kalau tidak ikut hadis Nabi s.a.w.,maka itu sesat nama dia.Oleh itu,apa juga benda yang kita cakap/taja/ajak orang kepadanya; kalau tidak didasarkan ajakan itu kepada perintah Quran/hadis Nabi s.a.w.; pasti itu sesat.Jadi,kumpulan yang satu yang akan berada di syurga ialah kumpulan yang mengikut jalan yang Nabi s.a.w. di atasnya dan juga para sahabat di atasnya. ] (HR At-Tirmizi) 2) Dalam sebuah hadis lain,riwayat daripada Abu Ummamah r.a.; yang menceritakan bahwa ,"Seburuk-buruk orang yang mati di bawah langit ALLAH ini,dan sebaik-baik orang yang kena bunuh di atas mukabumi ini,ialah anjing-anjing kepada ahli neraka." [ Tiap-tiap hari ada mati tuan-tuan.Kalau tak dalam kampung kita,dalam negeri kita.Kalau tak dalam negeri kita,dalam negara kita.Kalau tak dalam negara kita,dalam kawasan Asia tenggara kita; pendekata memang tiap-tiap hari ada kematian. Dalam ramai-ramai orang yang mati tiap-tiap hari di atas dunia ni; yang paling buruk kematiannya ialah orang yang disifatkan sebagai 'khilap' kepada penghuni neraka.'Khilap' ni adalah plural bagi 'khalbun'.'Khalbun' bermakna sekok anjing,jadi 'khilap' bermakna banyak anjing.Status 'khilap' inilah yang paling jelek sekali di sisi ALLAH SWT.Siapakah depa ni? ] Abu Ummamah Al-Bahili kata,"Depa yang dipanggil sebagai anjing-anjing kepada ahli neraka ini,ialah mereka ni dulu pada asalnya adalah orang-orang Islam; kemudiannya mereka mati dalam keadaan kafir." [ Mereka ni adalah golongan murtad.Di sisi ugama,golongan murtad ni dipanggil 'khilap',yakni anjing-anjing kepada ahli neraka. ] Bila Abu Ummamah kata macam tu,maka seorang sahabat tanya pada Abu Ummamah,"Wahai Abu Ummamah; adakah berita ni,kamu yang kata?"...Lalu jawab Abu Ummamah,"Bukan aku yang kata,tapi aku dengar Nabi s.a.w. yang kata begitu." [ La ni kes-kes murtad banyak dah dok jadi.Ini terjadi dengan berbagai-bagai jalan; eg,dengan jalan perkahwinan/terpengaruh/terpedaya dan macam-macam lagi yang berlaku hari-hari dalam masyarakat kita; cuma kita tau atau kita tak tau saja. ] (HR Ibnu Majah) 3) Sedangkan dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a..Nabi s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya agama Islam adalah mudah." [ Islam ini sebenarnya tidaklah susah sangat untuk kita faham/ikut/implement dalam masyarakat kita. ] Kata Nabi,"Dan tidaklah orang yang buat bagi jadi susah Islam ini melainkan dia sebenarnya dikalahkan oleh syaitan/nafsu yang ada di dalam dirinya sendiri." [ Sebenarnya Islam bukanlah satu agama yang nak menyusahkan sapa-sapa.Sebaliknya,Islam bertujuan nak bagi senang kepada semua orang.Bukan saja senang untuk kita di akhirat,bahkan Islam menjanjikan keamanan/ketenteraman pada sapa-sapa yang ikut Islam di dunia ini. Oleh sebab itu,kalau tiba-tiba ada orang Islam sendiri yang mengatakan bahwa Islam ni sebagai penghalang kepada apa yang dia nak buat,maka menurut Nabi s.a.w. bahwa orang jenis ini sebenarnya telah dikalahkan oleh syaitan/iblis/nafsu. ] Kemudian,Nabi s.a.w. berpesan,"Bersederhanalah dalam Islam." [ Sederhana disini membawa maksud yang wajib kena buat; tapi untuk yang sunat,cuba-cubalah untuk buat.Kalau yang sunat tak daya nak buat,kira nanti sat dulu.Jangan sampai tak daya pun,nak paksa suruh buat jugak; walhal benda tu sunat sahaja.Ini yang dimaksudkan bersederhana dalam Islam. Kalau yang wajib; hang senang ka susah ka,hang kena buat juga.Kerana ada sesetengah orang yang pi paham kot lain.Bila kata Islam ni sederhana,dia pun kata,"Eh ! tak payah pakai tudung lah.Kepala saya ni,bukan boleh pakai tudung lama-lama,dia nanti mai lah satu macam punya nanti pusing pening kepala."...Kepala hotak dia punya fahaman.Ini adalah contoh fahaman yang tidak betul tentang Islam.Pasai dalam Islam,kalau satu benda itu diputuskan mesti buat,yakni wajib; maka tidak ada tolak ansur lagi,mesti kena buat.Contohnya; kalau sembahyang itu wajib/kalau puasa itu wajib/kalau menunaikan haji bagi orang yang mampu itu wajib; maka mau tak mau,hang kena buat.Bagi sembahyang sunat pula; kalau kita ada masa/tenaga untuk buat,maka kita dianjurkan untuk buat.Tapi kalau kita tidak mampu untuk buat atas sebab-sebab yang tertentu,maka tidak payah buat. ] Dan kata Nabi lagi,"Dan gembirakanlah." [ Bila kita ikut Islam; kita kena timbulkan dalam diri kita satu rasa gembira terhadap ugama Islam ini.Mau ka tak seronok; cuba tuan-tuan tengok di sekeliling kita,bukan sikit orang bukan Islam dok ada di sekeliling kita (lebih-lebih lagi bagi orang Pulau Pinang,yang kita ni adalah minoriti).Tapi tiba-tiba di celah-celah depa yang dok ada ramai-ramai ni,ALLAH pilih kita dengan memberi hidayah sebagai orang Islam.Tidakkah ini satu anugerah ALLAH yang bernilai? Yang orang ada duit pun tak boleh nak beli? Yang dikatakan hidayah ni,walaupun kita kaya,tapi kalau Tuhan tak mau bagi,maka tak dak la hidayah kat kita.Oleh itu,kita yang menerima hidayah Islam,yang sudah menerima iman dan sebagainya; kata Nabi s.a.w.,"Hendaklah gembirakan hati kamu di atas anugerah ALLAH SWT itu." ] Bahkan Nabi s.a.w. kata kepada orang-orang yang sudah dapat Islam/iman ini,"Tidak cukup dengan dapat Islam/iman tu sahaja; kamu kena minta tolong kepada ALLAH SWT untuk melaksanakan ugama yang ada dalam diri kamu itu; di waktu pagi dan pada waktu petang,dan sebahagian daripada malam." [ Bila kata dah dapat saja Islam/iman : Nabi kata, i) sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya minta kekalkan Islam/iman ini sampai kita mati. ii) minta tolong kat ALLAH supaya kita ni dijadikan sebagai manusia yang buat kerja untuk Islam. Nabi s.a.w. berdoa sampai menangis-nangis dan di ulang-ulangkannya doa ini sehingga mencemaskan para sahabat : "Rabba na la tu zi` khu lu ba na" - Ya ALLAH,janganlah Kau gelincirkan hati kami; yakni hati yang sudah terima Islam,hati yang sudah kenal iman,hati yang sudah sayang ALLAH,hati yang sudah cinta Nabi,hati yang rasa kasih sesama orang Islam ini; minta kepada ALLAH,jangan digelincirkan perasaan-perasaan ini, "Ba` da iz ha dai ta na" - Setelah Engkau beri hidayah kepada kami,janganlah Engkau gelincirkan perasaan hati kami ini, " Wa habla na min la dun ka rahmah" - Dan berikanlah kepada kami daripada sisi Mu Ya ALLAH; rahmat kasih sayang yang banyak, "Inna ka an tal wahhab". - Sesungguhnya Engkau Tuhan yang boleh memberi segala-galanya. ] (HR An-Nasa`i) Kesimpulan daripada muqaddimah ini; kita ambil iktibar.Sesungguhnya,ALLAH pilih untuk jadikan kita seorang Islam adalah satu anugerah besar,yang tak boleh kita dapat dengan wang ringgit/kuasa/apa jalan sekalipun; melainkan kita hanya boleh dapat petunjuk ALLAH ini dengan jalan anugerah ALLAH SWT kepada kita.Kita bersyukur kepada ALLAH banyak-banyak dan kita pertahankan anugerah iman/hidayah itu.Mudah-mudahan muqaddimah ini memberi manafaat kepada kita; Insya`ALLAH. Kita menggunakan Bahrul Mazi jilid 3 : Dalam bab yang datang pada menyatakan kelebihan sembahyang witir. .....Insya`ALLAH bersambung..... __________________________________________________ Do You Yahoo!? Talk to your friends online with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>