*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari laman suluk98, semuga dapat direnungkan hal
keadaan diri kita yg penuh dgn hijab nafsu dan dosa
khasnya kpd mereka yg menolak faham ilham dan kasyaf
para wali.


SEPERTI LEMBAGA BAYI DALAM RAHIM IBU 


--------------------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda berkata kepada lembaga dalam rahim ibu,
 "Di luar tempatmu ini ada dunia yang luas,  bumi yang
indah,  penuh dengan berbagai perkara.  Ada lautan, 
ada gunung-ganang,  ada lembah,  ada lurah.  Banyak
barang yang boleh dimakan,  enak dan sedap rasanya. 
Ada taman,  kebun dan ladang,  banyak kota dan
kampung.  Langit yang tinggi,  penuh dengan bintang, 
matahari dan bulan.  Ramai orang dan binatang dan
berbagai-bagai lagi.  Hairan juga!!!  Kenapa anda
tinggal dalam rahim yang sempit ini?.  Anda puas hati
dengan tempat yang kotor ini?!!". 
Lembaga dalam rahim itu akan memalingkan mukanya
dengan cemuhan serta tidak percaya;  kerana orang yang
buta itu tidak ada pandangan. 

Begitu jugalah sekiranya dalam dunia ini,  apabila
seseorang Wali Allah menceritakan ada alam tanpa bau
dan warna;  tidak akan ada orang biasa yang akan
percaya kepadanya.  Hawa nafsu mereka itu ibarat
dinding yang tebal dan kuat.  Itu menyebabkan mereka
tidak percaya.  Sebagaimana juga lembaga dalam rahim
itu memakan darah yang jadi makanannya dalam tempat
yang rendah itu,  yang mendiindingnya dari memandang
ke dunia luar,  oleh kerena ia tidak mengenal makanan
lain kecuali darah. 

Demikianlah pengucapan berhikmah dan penuh bermakna
dari seorang Sufi yang tersohor,  Jalaluddin Al-Rumi
yang cuba memperikan hal-ahwal kebanyakan orang-orang
yang buta dalam memandang sesuatu hakikat atau yang
haq.  Memang payahlah,  bila adat dan tabiat yang
menguasai diri ini mendindinginya.  Mereka makan
makanan yang enak dan lazat tetapi untuk dimuatkan
dalam tong najis.  Mereka membina rumah yang besar dan
gah tetapi untuk ditinggalkan.  Mengejar pangkat dan
kedudukan tetapi untuk diisi dengan mazmumah. 

"Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta;
dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada
kebenaran).(Al-Baqarah:2) 

Kita katakan ada satu makanan yang lebih lazat dan
enak lagi siap tersedia di alam yang lagi satu ini. 
Mereka mencemuh dengan mengejek  mana bau dan
aromanya?  Kita katakan di alam yang tinggi itu, 
kebun dan ladangnya terlebih luas sehingga tidak cukup
dengan usia kita yang ada ini untuk mencari
sempadannya,  mereka tersengih lucu dengan mengejek, 
orang yang berkata tidak punya pun satu keping tanah
pun hatta rumahnya hampir nak roboh.  Kita katakan di
sini pangkat dan kedudukan adalah lebih mulia dan
bermakna,  mereka ketawa berdekah-dekah sambil
menyindir,  pangkat "Datuk" adalah dari panggilan
cucu-cucunya.  Pendek kata,  katalah apa sahaja;  
terus sahaja mereka akan mencemuhnya malah
mengingkarinya.  Benarlah firman Allah Taala; 

Pada hal mereka telah mengingkarinya sebelum itu, dan
mereka pula selalu melemparkan tuduhan-tuduhan buta
terhadap kebenaran itu dari tempat yang jauh?
(Saba:53) 

Makanan yang paling bagus dalam dunia ini ialah
Mengingati Allah.  Demikianlah kata Al-Wasti bila
mengisyaratkan sesuatu kelazatan dan keindahan dalam
Mengenang Allah.  Mereka tidak faham isyarat ini, 
malah mengatakan apakah dengan semata-mata mengingati
Allah apakah kita akan kenyang?  Apakah badan kita
akan bertenaga untuk terus hidup? Bila dah sampai ke
tahap ini payahlah kita bukakan lagi perkara-perkara
mengenai keruhanian ini.  Untuk orang ini bolehlah
kita bacakan firman Allah Taala ini; 
  
 Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang
buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu
berfikir?"(Al-An'am:50) 

Bandingan dua golongan  itu samalah seperti orang yang
buta serta pekak, dengan orang yang celik serta
mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama
keadaannya. Maka tidakkah kamu mahu mengambil
peringatan dan insaf?(Hud:24) 

" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta
dengan orang yang celik? Atau adakah sama,
gelap-gelita dengan terang? .(Al-Rad:16) 

Jika demikian,  merekalah sendiri yang akan menanggung
beban hasil kebebalan mereka,  kejahilan mereka dan
kesombongan mereka. 

Dan  sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan)
buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan
lebih sesat lagi jalannya.(Al-Israa':72) 

Sebagai renungan,   hayatilah kata-kata Sheikh Junaid
Al-Bagdadi ini; 

"Satu hari,  sedang aku memberi syarahan dihadapan
orang ramai,  seseorang daripada mereka berkata dia
tidak faham syarahan itu.  Aku katakan kepadanya
supaya meletakkan amal ibadatnya selama tujuh puluh
tahun (umurnya lebih daripada 70 tahun) itu dan tunduk
dengan merendah diri,  maka dapatlah faham." 

Wallahu A'lam 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke