*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.

Kita dapati bahawa ajaran Qadiani adalah ajaran yang jauh menyimpang dari 
ajaran Islam.
Ramai diantara orang Islam yang telah sesat akan tetapi kenapa pihak yang 
bertanggungjawab tidak mengambil sebarang tindakkan???

Kenapa Al-Arqam boleh diambil tindakkan.
Adakah kerana Qadiani tidak menganggu gugat sistem pemerintahan maka kita 
harus biarkan kesesatan begitu sahaja???
Apakah kita harus tunggu hingga ramai lagi orang Islam tersesat baru diambil 
tindakkan??









>From: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Mencari Kelainan di Rumah MB Terengganu
>Date: Wed, 23 Feb 2000 21:38:35 -0800 (PST)
>
>
>Penulis Tamu
>
>
>Mencari Kelainan di Rumah MB Terengganu
>
>Oleh DINSMAN
>
>Jumaat 3 Disember 1999, itulah pertama kali saya menjejakkan kaki di salah 
>satu laman atau dataran atau kampus yang paling ramai dan kerap dikunjungi 
>orang di Malaysia, sejak beberapa tahun lalu.
>
>Sudah lama saya mendengar cerita bahawa setiap pagi Jumaat ribuan orang 
>berkumpul di laman Masjid Rusila di Terengganu itu. Mereka berkumpul kerana 
>hendak mendengar ceramah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ada yang datang 
>dari luar Terengganu, dari Kedah atau dari Kuala Lumpur, semata-mata untuk 
>mendengar kuliah Tuan Guru tokoh PAS yang terkenal itu.
>
>Setiap Jumaat, pukul 9.00 pagi, Abdul Hadi Awang menyampaikan kuliah 
>agamanya. Tetap. Sejak beberapa tahun lalu. Begitulah. Tetapi saya belum 
>pernah ke sana hinggalah pagi Jumaat pertama selepas Abdul Hadi Awang 
>mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu, berjanji akan menjalankan 
>pemerintahan yang adil sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
>
>Pagi itu saya tiba lewat. Terpaksa meletakkan kereta kira-kira 800 meter 
>dari masjid tersebut, dan berjalan kaki. Suara Hadi Awang sedang 
>menyampaikan kuliahnya dapat didengar dari jarak yang jauh, cuma agak 
>kurang jelas.
>
>Kawan saya Abdul Latif dari Kuala Terengganu yang biasa ke situ, mengajak 
>saya terus ke rumah Hadi. Memang saya beritahu dia saya hendak tengok rumah 
>Hadi Awang, menteri besar yang kedua daripada parti PAS sejak 1990, iaitu 
>selepas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.
>
>Kalau Nik Aziz terus tinggal di rumah dia sendiri walaupun setelah menjadi 
>menteri besar, besar kemungkinannya Hadi Awang juga akan buat demikian. 
>Itulah yang menyebabkan saya ingin tengok rumahnya.
>
>Orang memang ramai. Beribu-ribu. Tetapi mereka tidaklah duduk berasak-asak 
>hingga sukar kita hendak berjalan. Mereka duduk merata-rata, dan duduk 
>secara selesa, khusyuk mendengar kuliah. Saya dan kawan-kawan pun tidak 
>sukar berjalan terus hingga ke hadapan tangga rumah Hadi, Menteri Besar di 
>negeri yang terkenal dengan kekayaan hasil minyak dan gas itu.
>
>Sebelum pilihan raya 29 November 1999 Abdul Hadi Awang sudah dua penggal 
>menjadi Ahli Parlimen Malaysia. Tetapi rumahnya tak ada beza apa-apa dengan 
>rumah kebanyakan orang kampung yang sederhana. Bukan macam kebiasaan rumah 
>Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Rumah kayu biasa, yang sudah lama 
>dibina. Tak ada apa-apa keistimewaan. Tangga pun tangga kayu.
>
>Ada beberapa orang sedang duduk di beranda rumah itu. Duduk mendengar 
>kuliah, kerana di bahagian atas beranda itu ada dipasang sebuah pembesar 
>suara. Jadi memang jelas mendengar kuliah dari situ. Saya pun turut naik ke 
>beranda rumah Menteri Besar itu untuk meletakkan kaset rakaman, apabila 
>diumumkan bahawa Menteri Besar akan menyampaikan ucapan sulungnya sebagai 
>Menteri Besar, sebaik-baik sahaja selesai kuliah agama mingguannya.
>
>Selepas meletakkan kaset perakam di tepi pembesar suara, saya pun duduk di 
>atas tangga. Sebelum itu tadi saya melihat memang ada orang duduk di atas 
>tangga itu, sambil mendengar kuliah. Saya sengaja duduk di situ, untuk 
>merasakan satu pengalaman unik: "duduk di atas tangga rumah seorang Menteri 
>Besar sambil mendengar ucapan sulungnya yang disampaikan di masjid yang 
>terletak bersebelahan rumah itu."
>
>Apakah ini bukan satu pengalaman yang unik? Bagi saya ia sungguh unik. Anda 
>tidak mungkin menemui pengalaman yang sebegini dengan menteri-menteri atau 
>menteri besar yang lain. Anda seperti sedang duduk di atas tangga sebuah 
>rumah rakyat biasa di kampung, sambil mendengar orang berceramah. Padahal 
>hakikatnya anda sedang duduk di atas tangga rumah seorang Menteri Besar 
>bagi sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan hasil minyaknya.
>
>Walaupun waktu itu Hadi Awang belum lagi mengumumkan dia akan terus tinggal 
>di rumahnya atau berpindah ke rumah rasmi menteri besar, saya seperti yakin 
>dia akan terus tinggal di rumahnya itu.
>
>Dan saya cuba membayangkan bagaimanakah gaya hidup seorang menteri besar 
>yang kerjanya mentadbir sebuah kerajaan negeri, dan dia tinggal di rumah 
>kayu standard rakyat kampung biasa sahaja, yang barangkali juga nanti tidak 
>ada pengawal pun yang akan mengawasi orang keluar masuk ke kawasan 
>rumahnya.
>
>Saya berfikir-fikir, kalau Hadi memang mengikut jejak Nik Aziz, terus 
>tinggal di rumahnya ini, dan rumah ini pun terus kekal dalam keadaan begini 
>sahaja, tidak diubahsuai, wah … hebat! Bukan hebat rumahnya, tetapi hebat 
>orangnya. Ia pasti akan membawa satu pembaharuan kepada imej menteri di 
>Malaysia, memperkukuhkan lagi imej yang telah mula dibina oleh Nik Aziz.
>
>Ia akan mengubah tanggapan rakyat Malaysia terhadap menteri dan menteri 
>besar. Bahawa menjadi menteri itu tidak semestinya duduk di rumah batu yang 
>besar dan mewah, yang dipagari dengan tembok yang tebal bagi memisahkan 
>mereka dengan rakyat, dan menimbulkan kesusahan kepada rakyat untuk 
>memasuki rumah mereka.
>
>Kenapa mesti demikian? Nik Aziz telah membuktikan bahawa walaupun tinggal 
>di rumah rakyat biasa, dia tetap dapat menjalankan tugasnya sebagai Menteri 
>Besar, dan rakyat Kelantan berpuas hati dengan pemerintahannya. Setelah 
>tamat dua penggal sejak 1990, dalam pilihan raya umum 29 November lalu 
>rakyat Kelantan sekali lagi memilihnya menjadi Menteri Besar. Dan kali ini 
>dengan kelebihan majoriti yang lebih besar.
>
>Rumah Hadi Awang terletak bersebelahan dengan bangunan masjid, yang sekali 
>gus juga merupakan sekolahnya. Tingkat bawahnya sebagai masjid, iaitu 
>tempat sembahyang dan tempat ceramah, manakala tiga tingkat di atas adalah 
>sekolah dan asrama.
>
>Ada beberapa persamaan dengan rumah Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Rumah 
>Nik Aziz juga bersebelahan dengan masjid, lebih tepatnya di belakang 
>masjid; dan bersebelahan juga dengan bangunan sekolahnya. Hanya bezanya 
>Masjid Hadi Awang dengan sekolahnya dalam satu bangunan, sedangkan masjid 
>Nik Aziz bangunan yang berasingan daripada bangunan sekolah.
>
>Ada pagar kayu yang sudah uzur memagari rumah Hadi. Tetapi pintu pagar itu 
>yang terbuka di bahagian depan dan bahagian tepi yang menuju ke masjid, 
>menyebabkan kita tidak terasa pun pagarnya.
>
>Malam itu, selepas maghrib, Hadi Awang mengadakan sidang media di rumahnya. 
>Anjung rumah itu memang sangat sempit untuk sidang media seorang Menteri 
>Besar, yang turut dihadiri juga oleh wartawan asing. Terasa seolah-olah 
>akan runtuh lantai papan anjung dan beranda rumah itu, menampung kira-kira 
>25 orang yang hadir.
>
>Menjawab soalan seorang wartawan dalam sidang media itu, Hadi Awang 
>mengesahkan dia tidak akan berpindah ke rumah rasmi Menteri Besar di Kuala 
>Terengganu, sebaliknya akan terus menetap di rumahnya sendiri di Rusila, 
>tempat sidang media itu diadakan.
>
>Kira-kira sebulan selepas itu, pada 30 Disember saya sekali lagi singgah di 
>rumah Menteri Besar Terengganu ini. Saya memang teringin hendak melihat 
>suasana pagi di rumah Menteri Besar yang tiada bezanya dengan rumah-rumah 
>orang kampung di sekitarnya itu.
>
>Saya membayangkan di rumah-rumah orang kampung biasa kita boleh singgah 
>untuk bertanya apa-apa begitu sahaja. Ertinya, siapa-siapa sahaja bebas 
>untuk pergi atau singgah di rumah itu. Tak ada orang akan mengawal atau 
>menyekat kita terlebih dahulu sebelum kita sampai ke tangga rumah.
>
>Apakah rumah Menteri Besar PAS ini juga demikian terbuka lepas seperti 
>rumah-rumah rakyat kampung biasa?
>
>Kami tiba di Rusila agak awal pagi Khamis bulan Ramadan itu, belum pukul 
>8.00. Harap-harap Menteri Besar belum lagi berlepas ke pejabat. Maka sampai 
>sahaja di hadapan Masjid Rusila kami terus membelokkan kereta memasuki 
>lorong ke rumah Hadi. Kelihatan beberapa orang sedang berdiri di depan 
>rumah Menteri Besar itu. Kereta Mercedes biru pekat, kereta rasmi Menteri 
>Besar, pun sedang menunggu di depan tangga rumah.
>
>Betul, setelah sebulan menjadi Menteri Besar, rumah Hadi Awang masih 
>seperti dulu. Hanya pagar kayu yang sangat uzur itu sahaja yang sudah 
>diganti. Yang lainnya masih kekal seperti dulu. Dan ketibaan kami pun tidak 
>disekat oleh sesiapa. Memang rumah itu tidak ada pengawal keselamatan. Sama 
>seperti rumah Nik Aziz Menteri Besar Kelantan itu juga.
>
>Mereka yang sedang berdiri di laman depan rumah itu, selain pemandu dan dua 
>orang pegawai khas Menteri Besar, ialah dua tiga orang jiran sekampung yang 
>saja-saja duduk berbual di situ, sambil meraikan Menteri Besar yang akan 
>pergi ke pejabat. Hal seperti itu adalah satu kebiasaan bagi orang-orang 
>kampung. Menunjukkan kemesraan dan kebebasan hubungan mereka sebagai jiran. 
>Ternyata Hadi tidak mengubah gaya dan cara hidupnya, walaupun telah menjadi 
>Menteri Besar.
>
>Sambil menunggu Hadi turun dari rumahnya, fikiran saya terlayang juga 
>kepada kisah menteri-menteri dari Barisan Nasional, khasnya yang berkaitan 
>dengan rumah kediaman. Teringat kepada heboh-heboh Menteri Besar Selangor 
>apabila Datuk Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhamad Muhd Taib. 
>Kerajaan Negeri Selangor meluluskan perbelanjaan mengubahsuai kediaman 
>Menteri Besarnya sebanyak RM5 juta.
>
>RM5 juta untuk ubahsuai rumah sahaja. Dan sementara menanti rumah tersebut 
>siap diubahsuai, Abu Hassan tinggal di hotel, yang belanjanya tentulah 
>tidak kecil. Memang duit kerajaan. Tetapi duit kerajaan itu duit siapa 
>kalau bukan duit rakyat? Bagi menteri-menteri Barisan Nasional hal seperti 
>itu adalah perkara biasa. Itu sebahagian daripada budaya hidup membazir 
>yang telah mereka jadikan seolah-olah satu kemestian apabila menjadi 
>menteri.
>
>Demikian juga dengan mahligai terbaru Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad 
>di Putrajaya. Lebih daripada RM200 juta duit rakyat dibelanjakan, bagi 
>menyiapkan ‘istana’ mewah kebanggaannya itu. Dan Mahathir cuba meyakinkan 
>(memperdaya) rakyat bahawa budaya hidup menteri dengan rumah mewah mereka 
>itu adalah satu keperluan, dan bukannya membazir.
>
>Bersyukurlah kita kini tampil pula seorang lagi menteri (selepas Nik Aziz) 
>yang membuktikan bahawa menjadi menteri tidak semestinya mengamalkan budaya 
>hidup membazir.
>
>Tiba-tiba pintu depan rumah Hadi terbuka. Seorang perempuan bertudung litup 
>keluar meletakkan sepasang kasut di beranda, dan menghilang semula ke 
>dalam. Sebentar kemudian Hadi Awang Menteri Besar Terengganu pun keluar, 
>dalam pakaian biasanya, jubah dan serban. Tiada kot dan tiada tali leher. 
>Dia memakai kasut yang disediakan oleh isterinya tadi, lalu berjalan turun.
>
>Selepas bersalaman dengan kami dia pun memasuki kereta, bersama 
>pegawai-pegawai yang sedia menunggunya tadi. Kemudian kereta pun bergerak 
>membawanya ke Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Saya dan kawan-kawan 
>meneruskan perbualan dengan jiran-jiran tadi, yang saja-saja datang melihat 
>Menteri Besar mereka pergi kerja.
>
>
>
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ujang NS" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke