*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jawapannya mudah saja, kerana puak-puak qadiani penyokong KERAJAAN...!
MACAM KASIM AHMAD


>From: "Ujang NS" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Kenapa Qadiani Tidak Diharamkan???
>Date: Thu, 24 Feb 2000 06:33:53 GMT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum.
>
>Kita dapati bahawa ajaran Qadiani adalah ajaran yang jauh menyimpang dari 
>ajaran Islam.
>Ramai diantara orang Islam yang telah sesat akan tetapi kenapa pihak yang 
>bertanggungjawab tidak mengambil sebarang tindakkan???
>
>Kenapa Al-Arqam boleh diambil tindakkan.
>Adakah kerana Qadiani tidak menganggu gugat sistem pemerintahan maka kita 
>harus biarkan kesesatan begitu sahaja???
>Apakah kita harus tunggu hingga ramai lagi orang Islam tersesat baru 
>diambil tindakkan??
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>>From: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* Mencari Kelainan di Rumah MB Terengganu
>>Date: Wed, 23 Feb 2000 21:38:35 -0800 (PST)
>>
>>
>>Penulis Tamu
>>
>>
>>Mencari Kelainan di Rumah MB Terengganu
>>
>>Oleh DINSMAN
>>
>>Jumaat 3 Disember 1999, itulah pertama kali saya menjejakkan kaki di salah 
>>satu laman atau dataran atau kampus yang paling ramai dan kerap dikunjungi 
>>orang di Malaysia, sejak beberapa tahun lalu.
>>
>>Sudah lama saya mendengar cerita bahawa setiap pagi Jumaat ribuan orang 
>>berkumpul di laman Masjid Rusila di Terengganu itu. Mereka berkumpul 
>>kerana hendak mendengar ceramah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ada yang 
>>datang dari luar Terengganu, dari Kedah atau dari Kuala Lumpur, 
>>semata-mata untuk mendengar kuliah Tuan Guru tokoh PAS yang terkenal itu.
>>
>>Setiap Jumaat, pukul 9.00 pagi, Abdul Hadi Awang menyampaikan kuliah 
>>agamanya. Tetap. Sejak beberapa tahun lalu. Begitulah. Tetapi saya belum 
>>pernah ke sana hinggalah pagi Jumaat pertama selepas Abdul Hadi Awang 
>>mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu, berjanji akan menjalankan 
>>pemerintahan yang adil sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
>>
>>Pagi itu saya tiba lewat. Terpaksa meletakkan kereta kira-kira 800 meter 
>>dari masjid tersebut, dan berjalan kaki. Suara Hadi Awang sedang 
>>menyampaikan kuliahnya dapat didengar dari jarak yang jauh, cuma agak 
>>kurang jelas.
>>
>>Kawan saya Abdul Latif dari Kuala Terengganu yang biasa ke situ, mengajak 
>>saya terus ke rumah Hadi. Memang saya beritahu dia saya hendak tengok 
>>rumah Hadi Awang, menteri besar yang kedua daripada parti PAS sejak 1990, 
>>iaitu selepas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.
>>
>>Kalau Nik Aziz terus tinggal di rumah dia sendiri walaupun setelah menjadi 
>>menteri besar, besar kemungkinannya Hadi Awang juga akan buat demikian. 
>>Itulah yang menyebabkan saya ingin tengok rumahnya.
>>
>>Orang memang ramai. Beribu-ribu. Tetapi mereka tidaklah duduk berasak-asak 
>>hingga sukar kita hendak berjalan. Mereka duduk merata-rata, dan duduk 
>>secara selesa, khusyuk mendengar kuliah. Saya dan kawan-kawan pun tidak 
>>sukar berjalan terus hingga ke hadapan tangga rumah Hadi, Menteri Besar di 
>>negeri yang terkenal dengan kekayaan hasil minyak dan gas itu.
>>
>>Sebelum pilihan raya 29 November 1999 Abdul Hadi Awang sudah dua penggal 
>>menjadi Ahli Parlimen Malaysia. Tetapi rumahnya tak ada beza apa-apa 
>>dengan rumah kebanyakan orang kampung yang sederhana. Bukan macam 
>>kebiasaan rumah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Rumah kayu biasa, 
>>yang sudah lama dibina. Tak ada apa-apa keistimewaan. Tangga pun tangga 
>>kayu.
>>
>>Ada beberapa orang sedang duduk di beranda rumah itu. Duduk mendengar 
>>kuliah, kerana di bahagian atas beranda itu ada dipasang sebuah pembesar 
>>suara. Jadi memang jelas mendengar kuliah dari situ. Saya pun turut naik 
>>ke beranda rumah Menteri Besar itu untuk meletakkan kaset rakaman, apabila 
>>diumumkan bahawa Menteri Besar akan menyampaikan ucapan sulungnya sebagai 
>>Menteri Besar, sebaik-baik sahaja selesai kuliah agama mingguannya.
>>
>>Selepas meletakkan kaset perakam di tepi pembesar suara, saya pun duduk di 
>>atas tangga. Sebelum itu tadi saya melihat memang ada orang duduk di atas 
>>tangga itu, sambil mendengar kuliah. Saya sengaja duduk di situ, untuk 
>>merasakan satu pengalaman unik: "duduk di atas tangga rumah seorang 
>>Menteri Besar sambil mendengar ucapan sulungnya yang disampaikan di masjid 
>>yang terletak bersebelahan rumah itu."
>>
>>Apakah ini bukan satu pengalaman yang unik? Bagi saya ia sungguh unik. 
>>Anda tidak mungkin menemui pengalaman yang sebegini dengan menteri-menteri 
>>atau menteri besar yang lain. Anda seperti sedang duduk di atas tangga 
>>sebuah rumah rakyat biasa di kampung, sambil mendengar orang berceramah. 
>>Padahal hakikatnya anda sedang duduk di atas tangga rumah seorang Menteri 
>>Besar bagi sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan hasil minyaknya.
>>
>>Walaupun waktu itu Hadi Awang belum lagi mengumumkan dia akan terus 
>>tinggal di rumahnya atau berpindah ke rumah rasmi menteri besar, saya 
>>seperti yakin dia akan terus tinggal di rumahnya itu.
>>
>>Dan saya cuba membayangkan bagaimanakah gaya hidup seorang menteri besar 
>>yang kerjanya mentadbir sebuah kerajaan negeri, dan dia tinggal di rumah 
>>kayu standard rakyat kampung biasa sahaja, yang barangkali juga nanti 
>>tidak ada pengawal pun yang akan mengawasi orang keluar masuk ke kawasan 
>>rumahnya.
>>
>>Saya berfikir-fikir, kalau Hadi memang mengikut jejak Nik Aziz, terus 
>>tinggal di rumahnya ini, dan rumah ini pun terus kekal dalam keadaan 
>>begini sahaja, tidak diubahsuai, wah … hebat! Bukan hebat rumahnya, tetapi 
>>hebat orangnya. Ia pasti akan membawa satu pembaharuan kepada imej menteri 
>>di Malaysia, memperkukuhkan lagi imej yang telah mula dibina oleh Nik 
>>Aziz.
>>
>>Ia akan mengubah tanggapan rakyat Malaysia terhadap menteri dan menteri 
>>besar. Bahawa menjadi menteri itu tidak semestinya duduk di rumah batu 
>>yang besar dan mewah, yang dipagari dengan tembok yang tebal bagi 
>>memisahkan mereka dengan rakyat, dan menimbulkan kesusahan kepada rakyat 
>>untuk memasuki rumah mereka.
>>
>>Kenapa mesti demikian? Nik Aziz telah membuktikan bahawa walaupun tinggal 
>>di rumah rakyat biasa, dia tetap dapat menjalankan tugasnya sebagai 
>>Menteri Besar, dan rakyat Kelantan berpuas hati dengan pemerintahannya. 
>>Setelah tamat dua penggal sejak 1990, dalam pilihan raya umum 29 November 
>>lalu rakyat Kelantan sekali lagi memilihnya menjadi Menteri Besar. Dan 
>>kali ini dengan kelebihan majoriti yang lebih besar.
>>
>>Rumah Hadi Awang terletak bersebelahan dengan bangunan masjid, yang sekali 
>>gus juga merupakan sekolahnya. Tingkat bawahnya sebagai masjid, iaitu 
>>tempat sembahyang dan tempat ceramah, manakala tiga tingkat di atas adalah 
>>sekolah dan asrama.
>>
>>Ada beberapa persamaan dengan rumah Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. 
>>Rumah Nik Aziz juga bersebelahan dengan masjid, lebih tepatnya di belakang 
>>masjid; dan bersebelahan juga dengan bangunan sekolahnya. Hanya bezanya 
>>Masjid Hadi Awang dengan sekolahnya dalam satu bangunan, sedangkan masjid 
>>Nik Aziz bangunan yang berasingan daripada bangunan sekolah.
>>
>>Ada pagar kayu yang sudah uzur memagari rumah Hadi. Tetapi pintu pagar itu 
>>yang terbuka di bahagian depan dan bahagian tepi yang menuju ke masjid, 
>>menyebabkan kita tidak terasa pun pagarnya.
>>
>>Malam itu, selepas maghrib, Hadi Awang mengadakan sidang media di 
>>rumahnya. Anjung rumah itu memang sangat sempit untuk sidang media seorang 
>>Menteri Besar, yang turut dihadiri juga oleh wartawan asing. Terasa 
>>seolah-olah akan runtuh lantai papan anjung dan beranda rumah itu, 
>>menampung kira-kira 25 orang yang hadir.
>>
>>Menjawab soalan seorang wartawan dalam sidang media itu, Hadi Awang 
>>mengesahkan dia tidak akan berpindah ke rumah rasmi Menteri Besar di Kuala 
>>Terengganu, sebaliknya akan terus menetap di rumahnya sendiri di Rusila, 
>>tempat sidang media itu diadakan.
>>
>>Kira-kira sebulan selepas itu, pada 30 Disember saya sekali lagi singgah 
>>di rumah Menteri Besar Terengganu ini. Saya memang teringin hendak melihat 
>>suasana pagi di rumah Menteri Besar yang tiada bezanya dengan rumah-rumah 
>>orang kampung di sekitarnya itu.
>>
>>Saya membayangkan di rumah-rumah orang kampung biasa kita boleh singgah 
>>untuk bertanya apa-apa begitu sahaja. Ertinya, siapa-siapa sahaja bebas 
>>untuk pergi atau singgah di rumah itu. Tak ada orang akan mengawal atau 
>>menyekat kita terlebih dahulu sebelum kita sampai ke tangga rumah.
>>
>>Apakah rumah Menteri Besar PAS ini juga demikian terbuka lepas seperti 
>>rumah-rumah rakyat kampung biasa?
>>
>>Kami tiba di Rusila agak awal pagi Khamis bulan Ramadan itu, belum pukul 
>>8.00. Harap-harap Menteri Besar belum lagi berlepas ke pejabat. Maka 
>>sampai sahaja di hadapan Masjid Rusila kami terus membelokkan kereta 
>>memasuki lorong ke rumah Hadi. Kelihatan beberapa orang sedang berdiri di 
>>depan rumah Menteri Besar itu. Kereta Mercedes biru pekat, kereta rasmi 
>>Menteri Besar, pun sedang menunggu di depan tangga rumah.
>>
>>Betul, setelah sebulan menjadi Menteri Besar, rumah Hadi Awang masih 
>>seperti dulu. Hanya pagar kayu yang sangat uzur itu sahaja yang sudah 
>>diganti. Yang lainnya masih kekal seperti dulu. Dan ketibaan kami pun 
>>tidak disekat oleh sesiapa. Memang rumah itu tidak ada pengawal 
>>keselamatan. Sama seperti rumah Nik Aziz Menteri Besar Kelantan itu juga.
>>
>>Mereka yang sedang berdiri di laman depan rumah itu, selain pemandu dan 
>>dua orang pegawai khas Menteri Besar, ialah dua tiga orang jiran sekampung 
>>yang saja-saja duduk berbual di situ, sambil meraikan Menteri Besar yang 
>>akan pergi ke pejabat. Hal seperti itu adalah satu kebiasaan bagi 
>>orang-orang kampung. Menunjukkan kemesraan dan kebebasan hubungan mereka 
>>sebagai jiran. Ternyata Hadi tidak mengubah gaya dan cara hidupnya, 
>>walaupun telah menjadi Menteri Besar.
>>
>>Sambil menunggu Hadi turun dari rumahnya, fikiran saya terlayang juga 
>>kepada kisah menteri-menteri dari Barisan Nasional, khasnya yang berkaitan 
>>dengan rumah kediaman. Teringat kepada heboh-heboh Menteri Besar Selangor 
>>apabila Datuk Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhamad Muhd Taib. 
>>Kerajaan Negeri Selangor meluluskan perbelanjaan mengubahsuai kediaman 
>>Menteri Besarnya sebanyak RM5 juta.
>>
>>RM5 juta untuk ubahsuai rumah sahaja. Dan sementara menanti rumah tersebut 
>>siap diubahsuai, Abu Hassan tinggal di hotel, yang belanjanya tentulah 
>>tidak kecil. Memang duit kerajaan. Tetapi duit kerajaan itu duit siapa 
>>kalau bukan duit rakyat? Bagi menteri-menteri Barisan Nasional hal seperti 
>>itu adalah perkara biasa. Itu sebahagian daripada budaya hidup membazir 
>>yang telah mereka jadikan seolah-olah satu kemestian apabila menjadi 
>>menteri.
>>
>>Demikian juga dengan mahligai terbaru Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad 
>>di Putrajaya. Lebih daripada RM200 juta duit rakyat dibelanjakan, bagi 
>>menyiapkan ‘istana’ mewah kebanggaannya itu. Dan Mahathir cuba meyakinkan 
>>(memperdaya) rakyat bahawa budaya hidup menteri dengan rumah mewah mereka 
>>itu adalah satu keperluan, dan bukannya membazir.
>>
>>Bersyukurlah kita kini tampil pula seorang lagi menteri (selepas Nik Aziz) 
>>yang membuktikan bahawa menjadi menteri tidak semestinya mengamalkan 
>>budaya hidup membazir.
>>
>>Tiba-tiba pintu depan rumah Hadi terbuka. Seorang perempuan bertudung 
>>litup keluar meletakkan sepasang kasut di beranda, dan menghilang semula 
>>ke dalam. Sebentar kemudian Hadi Awang Menteri Besar Terengganu pun 
>>keluar, dalam pakaian biasanya, jubah dan serban. Tiada kot dan tiada tali 
>>leher. Dia memakai kasut yang disediakan oleh isterinya tadi, lalu 
>>berjalan turun.
>>
>>Selepas bersalaman dengan kami dia pun memasuki kereta, bersama 
>>pegawai-pegawai yang sedia menunggunya tadi. Kemudian kereta pun bergerak 
>>membawanya ke Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Saya dan kawan-kawan 
>>meneruskan perbualan dengan jiran-jiran tadi, yang saja-saja datang 
>>melihat Menteri Besar mereka pergi kerja.
>>
>>
>>
>>
>>
>>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>>
>>---------------------------------
>>Do You Yahoo!?
>>Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
>
>______________________________________________________
>Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Ujang NS" <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tok Mo Rih" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke