*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Saudara sekalian,

Rasulullah SAW adalah seorang Rasul, manusia yang paling sempurna dan 
bersifat maksum yakni terpelihara. Baginda tidak berbuat sesuatu mengikut 
nafsu sendiri melainkan dengan wahyu.
Rasulullah SAW tidak menerima samasekali tawaran kekuasaan sewaktu awal 
Islam (masih dalam perjuangan membina aqidah dan keimanan di Mekah)kerana 
persyaratan baginda perlu meninggalkan seruan dakwah Islamiyah. Allah 
mendidik RasulNya dengan sebaik-baik didikan, dan ia juga untuk ikutan umat. 
Inilah politik Rasulullah. Islam bermula dengan dakwah.
Setelah hijrah ke Madinah, baginda membina sebuah masyarakat Islam gabungan 
Ansar dan Muhajirin. Ketika itu belum lagi mendapat kekuasaan negara yang 
mutlak, hanya negara kecil yang syumul terbina di kalangan orang-orang 
beriman. Jumlah mereka ketika Perang Badar (Tahun 2 Hijrah) hanya 313 orang. 
Ertinya negara kecil Madinah di awal hijrah hanya sekitar 1000 orang beriman 
sahaja.
Walaupun sedikit, oleh kerana Islam perlu diamalkan tidak kira sedikit atau 
ramai, praktik Islam itu berjalan di kalangan mereka. Keimanan dan ukhwah 
yang terbina mampu membuatkan mereka digeruni musuh walaupun sebelum tiba 
waktu untuk berperang. Tindakan Baginda Rasul mewujudkan Suqul Ansar di 
bawah pentadbiran Abdul Rahman Auf membuat Yahudi terpaksa gulung tikar. 
Setelah aqidah, ibadah (hanya perintah solat sahaja waktu itu), ukhwah dan 
masyarakat Islam terbina, maka Rasulullah membina kekuatan tambahan yang 
utama iaitu ekonomi. Inilah politik Rasulullah.
Apabila tiba perintah jihad, demi mempertahankan Agama Allah, mereka keluar 
berjuang walaupun dengan kelengkapan dan bilangan yang amat minima. Bacalah 
sejarah, bantuan kerajaan langit tiba untuk menghapuskan musuh Allah. Tanpa 
rasa takut dan gentar kepada musuh, mereka berperang hingga ada yang syahid. 
Korbankan jiwa setelah mereka berkorban segala-gala yang ada (masa, tenaga, 
harta benda dan keluarga). Oleh kerana tiada apa lagi yang hendak 
dikorbankan, maka mudahlah nyawa dikorbankan di jalan Allah.
Ertinya, berjihad bukan semberono, wang masih banyak di bank, masih mewah, 
masih  banyak masa dengan keluarga, masih cinta dengan dunia, hati masih 
berkarat dengan mazmumah, tiba-tiba nak diajak berjihad. Takut-takut mati 
sakit bukan mati syahid.
Inilah politik Rasulullah.
Apabila telah punya kekuatan, telah berperang mempertahankan serangan musuh, 
Rasulullah bergerak ke Mekah. Ditahan oleh musuh, tak boleh mengerjakan 
haji. Oleh kerana Rasulullah dipimpin Allah, baginda membuat perjanjian 
Hudaibiyah. (Walaupun tidak disenangi oleh beberapa sahabat. Biasalah, 
strategi tak boleh diberitahu, nanti jadi tragedi.)
Hasilnya di seluruh ceruk Mekah telah ada orang beriman yang bersedia 
menerima kedatangan Rasulullah ke Mekah. Mereka adalah orang-orang Mekah 
yang dipulangkan semula mengikut syarat perjanjian. Inilah politik 
Rasulullah.
Apabila tiba masanya, Allah wahyukan untuk masuk ke Mekah, ketika itu orang 
kafir di Mekah tidak boleh buat apa-apa. Abu Sufyan yang jadi kepala waktu 
itu juga duduk termenung memikir nasib diri. Menunggu apakah hukuman (nak 
kena pancunglah agaknya). Tetapi Rasul dan sahabat baginda masuk ke Mekah 
dengan berjalan perlahan-lahan sambil menundukkan kepala. Dengan penuh rasa 
syukur dan merasakan kemenangan itu milik Allah. Tidak angkuh dan tidak 
gopoh.
Tentulah mengambil masa yang lama. Ini lebih memberi tekanan psikologi 
kepada pembesar dan kafir Mekah. Hingga ada yang menyerahkan segala harta 
benda sebagai tukaran agar tidak diapa-apakan. Tetapi Rasulullah tidak 
terima. Inilah politik Rasulullah.
Apabila telah tiba di hadapan penduduk Mekah, Rasulullah menyeru, salah 
satunya, sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan, dia selamat. Dengan seruan 
itulah Abu Sufyan memeluk Islam, sedang ia musuh Allah ketika itu. Inilah 
politik Rasulullah.
Apabila suasana Mekah telah hening, yang ada hanya debaran jantung menunggu 
hukuman, Rasulullah bertanya,"Hari apakah ini?" Tiada yang dapat menjawab 
melainkan Rasulullah sendiri menjawab,"Hari ini hari kemaafan". 
Berbondong-bondonglah penduduk Mekah memeluk Islam. Inilah politik 
Rasulullah.
Demikanlah politik (strategi dan cara pentadbiran Rasulullah yang dipimpin 
Allah SWT). Yang tidak terpisah dalam apa jua sudut kehidupan. Demikianlah 
kesyumulan Islam, tidak tercaing-caing dan terpisah-pisah antara satu dengan 
yang lain. Walaupun kita sebut sebagai aqidah, ibadah, syariat, akhlak, 
jihad dan lain-lain, hakikatnya tidak pernah terpisah. Itulah Islam.
Mana mungkin kita berpolitik tanpa beraqidah, atau berdakwah tanpa akhlak, 
atau berakhlak tanpa jihad. Semuanya umpama satu badan. Demikianlah terjadi 
apabila Islam yang syumul itu diamalkan dalam masyarakat, maka masyarakat 
Islam itu pula menjadi satu badan, hingga ikatan yang amat kukuh itu 
menggerunkan musuh sekalipun tanpa senjata. Demikianlah kuasa Allah SWT.
Bila mendapat kekuasaan daulah (Mekah), sistem hidup yang terbina di dalam 
masyarakat Islam Madinah itu diperluaskan di peringkat negara. Barulah 
berjalan hukum-hukum Allah dengan sempurna, hasil masyarakat yang telah 
sedia terdidik untuk menerima dan mengamalkan hukum Allah. Inilah politik 
Rasulullah.

Sekadar buat renungan kita bersama, untuk praktik bersama.

Ampun maaf, kebenaran itu dari Allah SWT.

Wassalam,

Arjuna Armada


>From: nukman naufal <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Alias Mohd Yusof <[EMAIL PROTECTED]>, Sani Norku 
><[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: Re: H-Net* Politik Dakwah Dan Dakwah Politik (1)
>Date: Tue, 15 Feb 2000 06:19:10 -0800 (PST)
>
>Assalamu'alaikum Saudara Sani Norku dan Saudara Alias,
>
>Artikel yang dikemukakan oleh Sani Norku mengelirukan.
>Dari artikel itu dapat difahamkan, si penulis cuba
>menyampaikan message bahawa ugama dan politik tidak
>boleh dibawa bersama dan hendaklah dipisahkan. Beliau
>memahami bahawa Islam itu cuma berdakwah sahaja dan
>tidak ada kaitan dengan politik atau kekuasaan.
>Dalam contoh yang dibawa olehnya iaitu mengapa
>Rasulullah s.a.w tidak menerima tawaran yang
>ditawarkan oleh pembesar Quraisy iaitu wanita,harta
>dan jabatan/kuasa adalah kerana Rasulullah s.a.w bukan
>seorang yang cenderung kepada politik tetapi beliau
>adalah seorang da'ie.Hendaklah difahami peristiwa ini
>berlaku di Mekah iaitu diawal Islam dan dimana ummat
>Islam ketika itu tidak ramai dan juga hendaklah
>difahami tawaran pembesar Quraisy bukan terhenti
>setakat itu tetapi dengan syarat Rasulullah s.a.w
>hendaklah meninggalkan dakwah jika beliau menerima
>tawaran tersebut maka sudah tentu Rasulullah s.a.w
>dengan otomatis beliau menolak tawaran itu dan bukan
>kerana beliau bukan seorang politikus sebagaimana yang
>di tulis didalam artikel itu. Perkara ini haruslah
>difahami baik-baik dan halus-halus.
>
>Kalau seandainya Rasulullah s.a.w tidak berminat untuk
>mendapatkan kuasa mengapakah tatkala di Madinah beliau
>menubuhkan sebuah Negara Islam yang pertama dan beliau
>adalah ketua negara ? Mengapa ? Dan juga haruslah
>difahami setelah mendapat kuasa baharulah Islam
>tersebar luas. Bukankah begitu ? Dan juga haruslah
>difahami tatkala di Mekah pengikut Rasulullah s.a.w
>hanyalah sekadar 82 orang sahaja. Bukankah kuasa
>memudahkan untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar
>dan berdakwah ? Haruslah juga difahami tentang
>perkataan dakwah, rata-rata orang memahami dakwah ini
>hanyalah mengajak orang membuat kebaikan sahaja. Jika
>seandainya sekadar itu bagaimana pula dengan nahi
>mungkar? Saya ingin bertanya didlm. negara kita ini
>siapakah atau jemaah manakah yang melaksanakan nahi
>mungkar iaitu menegah/menegor akan kemungkaran yang
>berlaku disekeliling kita. Memadaikah dakwah itu cuma
>mengajak kpd. kebaikan sahaja dan membisu terhadap
>kemungkaran ?
>
>Seperkara lagi didalam artikel itu si penulis
>menggambarkan bahawa politik itu adalah kotor kerana
>tujuan politik itu cuma untuk merebut kuasa walau apa
>cara sekali pun. Ini adalah pandangan/kefahaman yang
>cukup sempit dan tandus. Bukankah Islam telah megajar
>kita semua tentang siasah kenegaraan dan cara-cara
>untuk berpolitik ?
>
>Oleh itu saya syorkan agar artikel ini dikemas kini
>agar para netters tidak mendapat kefahaman yang salah
>tentang Islam.
>
>* Jika seandainya Islam itu hanya berdakwah saja dan
>tiada mengajar cara berpolitik (dari sudut ilmu
>Tauhid)
>maka lemahlah Islam itu dan juga lemahlah Allah itu
>dan
>juga lemahlah sifat Qudrat Allah itu dan ini adalah
>MUSTAHIL bagi Allah s.w.t.( sila rujuk bab Tauhid).
>
>--- Alias Mohd Yusof <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > Terima kasih, satu artikel yang baik untuk
> > disebarkan, semuga kefahaman
> > masyarakat kita tentang Islam dan politik akan
> > bertambah matang.
> >
> > Sani Norku wrote:
> >>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Assalamualaikum wbt,
> > >
> > > Di sini saya sampaikan satu artikel dari sebuah
> > laman
> > > web yg saya rasakan amat baik utk
> > > ditimbang-timbangkan. Silakan membaca tapi dlm
> > bahasa
> > > Indonesia.
> > > Tak apa kan ...
> > >
> > > Politik Dakwah dan Dakwah Politik
> > >
> > > Antara dakwah dan politik terdapat daerah yang
> > saling
> > > bersinggungan, di samping banyak perbedaan.
> > Aktivitas
> > > dakwah sering berbau politik, demikian pula
> > > sebaliknya. Jika kurang jeli, sulit membedakannya.
> > >
> > > Politik oleh sebagian kalangan diartikan sebagai
> > > kemahiran untuk menghimpun kekuatan, meningkatkan
> > > kualitas dan kuantitasnya, mengawasi dan
> > > mengendalikan, dan menggunakannya untuk mencapai
> > > tujuan kekuasaan dalam negara dan lembaga-lembaga
> > > lainnya. Dari pengertian di atas telah nampak
> > jelas
> > > bahwa orientasi politik adalah kekuasaan.
> > >
> > > Adapun dakwah adalah seruan kepada segenap manusia
> > > untuk mengikuti jalan Allah lewat amar ma'ruf nahi
> > > munkar. Operasionalnya bisa menggunakan berbagai
> > > media, termasuk kekuasaan. Orientasi dakwah sangat
> > > nyata, yaitu sampainya pesan-pesan agama kepada
> > semua
> > > manusia. Kekuasaan bisa saja menjadi alatnya, tapi
> > > sekali-kali, kekuasaan bukan merupakan tujuan
> > dakwah.
> > >
> > > Suatu kali datang kepada Rasulullah para pembesar
> > > Quraisy. Mereka menyampaikan tawaran kepada Nabi
> > tiga
> > > hal, yaitu wanita, harta, dan jabatan. Jika
> > bersedia,
> > > Nabi bisa mendapatkan salah satu atau
> > ketiga-tiganya.
> > > Rasulullah menolak tawaran mereka. Beliau ingin
> > tetap
> > > menjadi da'i yang siap menyiarkan agama.
> > >
> > > Peristiwa ini menegaskan kepada kita bahwa Nabi
> > bukan
> > > seorang politikus an-sich. Andai saja Nabi itu
> > seorang
> > > politikus, maka tawaran itu diterimanya. Atau
> > dengan
> > > menerima tawaran jabatan atau kekuasaan,
> > > setidak-tidaknya Nabi bisa mendapatkan wanita,
> > juga
> > > harta. Dengan kekuasaan itu pula beliau masih
> > tetap
> > > bisa berdakwah. Tapi sekali lagi, Muhammad adalah
> > > Rasulullah. Beliau bukan sedang bermain politik
> > > praktis.
> > >
> > > Sebagai penyampai risalah Tuhan, beliau tidak
> > pernah
> > > berhitung soal jabatan atau kekuasaan. Ada atau
> > tidak
> > > adanya jabatan, dakwah akan jalan terus. Dalam
> > > berdakwah, beliau tetap menyampaikan apa saja yang
> > > datang dari Allah, baik yang mendukung kekuasaan
> > atau
> > > yang menentang. Beliau sampaikan apa adanya, tanpa
> > > ditutup-tutupi, biarpun hal itu menyinggung
> > perasaan
> > > sang penguasa.
> > >
> > > Itulah bedanya politikus dengan da'i. Seorang da'i
> > > yang benar tidak akan pernah berhenti memberikan
> > > peringatan kepada siapa saja yang melanggar
> > ketentuan
> > > Tuhan. Biarpun silih berganti kekuasaan berpindah
> > > tangan, mereka tetap konsisten. Bahkan seandainya
> > > kekuasaan itu telah beralih pada diri mereka
> > sendiri
> > > atau orang-orang yang didukung, tetap saja mereka
> > tak
> > > pernah berkompromi dalam hal-hal yang bertentangan
> > > dengan syari'at Allah. Itulah karakter da'i
> > sejati.
> > >
> > > Berbeda halnya dengan politikus. Semua hal yang
> > akan
> > > disampaikannya selalu dikalkulasi untung ruginya.
> > Bagi
> > > mereka ukuran untung rugi itu jelas, yaitu
> > seberapa
> > > besar dukungan yang bisa diperoleh untuk menggapai
> > > kursi. Tak segan-segan mereka memakai ayat
> > Al-Qur'an,
> > > jika perlu. Pada kesempatan yang lain mereka
> > relakan
> > > diri mereka berjoget ria di atas panggung, jika
> > > berhadapan dengan pendukungnya yang punya hoby
> > seperti
> > > itu. Semua bisa dilakukan asal tercapai tujuan.
> > Dalam
> > > batas-batas tertentu, mereka bisa sampai pada
> > taraf
> > > menghalalkan segala cara untuk mencapai tujuannya.
> > >
> > > Jika mengeritik sesuatu, tujuannya tidak beranjak
> > dari
> > > keiinginannya untuk memperbesar pengaruh.
> > > Dicari-carinya celah yang memungkinkan bagi mereka
> > > untuk melontarkan kritikan yang bisa menjatuhkan
> > > lawan-lawannya. Sulit diharapkan dari mereka suatu
> > > perjuangan yang tulus.
> > >
> > > Ketika Islam masih belum bercampur dengan
> > > interes-unteres jabatan dan kekuasaan sebagaimana
> > pada
> > > jaman Rasulullah, agama itu nampak indah sekali.
> > > Masyarakat yang bersuku-suku dan berfirqah-firqah,
> > > yang satu dengan yang lain saling bermusuhan, bisa
> > > disatukan dengan Islam. Mereka hidup dalam suasana
> > > ukhuwah yang penuh barakah dan rahmah. Akan
> > tetapi,
> > > setelah interes-interes kekuasaan itu mulai
> > menonjol,
> > > ukhuwwah Islamiyah sekadar menjadi slogan. Antara
> > yang
> > > satu dengan yang lain saling adu mulut, bahkan adu
> > > kekuatan.
> > >
> > > ...bersambung.
> >
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to