*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Melayari hidup di bumi tarbiyyah ini menuntut kita untuk memikul pelbagai 
amanah di samping menyempurnakan hadaf selaku penuntut ilmu.Biarpun kita 
sering ‘dimashghulkan’ dengan tanggungjawab yang tentunya menagih 
pengorbanan, janganlah kita lupa pada satu amalan kecil,namun memberi kesan 
yang besar pada diri kita, ZIKRULLAH ….
        Firman Allah Subhanahu Wataala yang bermaksud:

“Dan sebutlah nama tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan  rasa 
takut,dan dengan tidak mengeraskan suara,di waktu pagi dan petang dan     
janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai”  (Surah Al-A’raf 205)

         Betapa zikir mengingati Allah di tuntut dlm kehidupan kita 
lebih-lebih lagi mereka yang bergelar pejuang agama allah.Dalam kita 
berjuang menjunjung kalimah tauhid ini,kita tidak dapat lari dari rasa 
sempit dada ,tertekan,gelisah dan pelbagai lagi cabaran yang menyentuh 
naluri .Disinilah perlunya kita mengikat hati dan diri dengan Allah .Sranan 
ini termaktub dalam firman Allahdalam surah Ar-Ra’du ayat 28….

Maksudnya: " Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram 
dengan mengingati Allah.Ingatlah ,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi 
tenteram ”

Zikir merupakan penguat diri kita, malah turut menghiasi jalan pejuangan 
ini. Lihatlah bagaimana batu-bata dan simen yang mengukuhkan binaan, begitu 
juga bunga-bunga yang menghiasi serata alam. Begitu jualah diibaratkan 
zikrullah dalam hidup seseorang pejuang. Basahilah bibir-bibir kita dengan 
menyebut namaNya, suburkanlah hati dan jiwa kita dengan zikir padaNya. Bukan 
sekadar segala urusan kita seiring dengan ingatan tulus ikhlas pada 
Al-Khalik bahkan ucapan suci ini turut mengalir dalam tubuh kita bersama 
aliran darah dan seiring denga denyutan jantung yang berdenyut.

Ayuh sahabat!Rebutlah amalan ini agar nafsu dan akal tidak menguasai diri, 
malah syaitan merasa gentar untuk bertakhta di hati. Mulakan hidup kita 
seharian dengan tasbih, penuhilah hari-hari kita dengan berzikir dan 
akhirilah malam kita dengan menyebut namaNya. Semoga setiap detik dan saat 
dalam hidup kita diangkat kelangit sebagai ibadah dan berjaya menemui Allah 
tanpa sebarang hijab. Bahagianya hidup kita sahabat!!!

Marilah sama-sama kita amalkan doa yang di ajarkan oleh Rasulallah kepada 
Muaz bin Jabal untuk di amalkan setiap kali selepas solat.

Allhumainni a'la zikrika wasyukrika wahusni ibadatika

Mulakan dan teruskanlah menjejaki keredhaan Allah dan sama-samalah kita 
merenung firman Allah yang bermaksud:
          “Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan tuhannya maka 
hendaklah ia mengerjakan amalan yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan  
seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya




al fakhirah ila allah,
farafishah...
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "al Irsyad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke