*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualikum w.r.t..

Isu isteri boring dah masuk  minggu
ketiga. Dah naik boring tengok tajuk
nya. Namun dek sebab saya ini juga
beristeri, jadi saya nak beri pandangan
sebagai seorang suami untuk Pak Din 
(bukan dari PAS Penang kot?)dan pada 
warga Hizbi yang lain. Saya percaya
apa yang saya katakan tidak dapat 
menyelamatkam perkahwinan Pak Din, 
tapi silalah fikirkan apa yang akan 
saya perkatakan:

1. Kalaulah lelaki bujang (yang teringin 
nak menikah) tahu perangai perempuan, 
nescaya sampai ke tualah dia tidak akan 
berkahwin. Agaknya perempuan juga begitu 
tak akan kahwin kerana perangai lelaki 
yang tidak disukai mereka).

Oleh kerana daya tarikan perempuan terhadap 
lelaki (sifat lemah lembut, ayu dan terutama
nya seks), maka sukar bagi lelaki yang cukup 
sifatnya dan islamnya untuk tidak mengahwini 
seorang perempuan. 

2. Perlulah diingat bahawa lelaki mengahwini 
perempuan atas asas tanggungjawab. Dalam pada 
berusaha untuk membina rumahtangga (atau 
istana...ikut kemampuan masing-masing; semua 
ini kerana Allah Ta'ala), lelaki akan melalui 
dengan pelbagai kemanisan dan pahit maung.
Manisnya: berkasih-sayang, berkeluarga, seks
(ini bonus!!). Pahit: tak perlu sebut, tak sah
kahwin kalau tak ada pahitnya.

3. Perempuan tidak dijadikan Allah Ta'ala sebagai
pemimpin sebab mereka banyak kelemahan (ada juga
yang terror tapi puratanya mereka lebih dipenga-
ruhi perasaan dari kenyataan). Sebagai lelaki, yang
melebihi mereka, hendaklah kita ambil ingatan 
tentang ini. Mereka yang tidak ingat ini nescaya
lebih rendah mertabatnya dari perempuan. 

4. Apabila kita sedar dan faham tentang perempuan,
maka mudahlah sedikit untuk kita mengurus mereka.
Dalam pada itu, kita juga perlu sedar akan diri
kita sendiri dan tahu kelemahan kita dan jangan 
ego tak bertempat.

5. Perempuan, seperti juga anak-anak kita, kalau 
diberi muka, maka akan lemaklah mereka. Siapa
yang bagi lemak kalau tidak kita juga. Jadi 
kalau sesiapa nak berkahwin tu, janganlah bagi 
muka sangat pada bakal isteri tu. Sikap bertolak
ansur tu penting. Kalau sebelum kahwin sudah tidak
boleh bertolak ansur, biarlah jangan kahwin.

6. Kekadang dan kerap juga perempuan ini moody.
Jadi waktu sebegini, cuba jauhi medan perteng-
karan. Kekadang dan kerap juga perempuan buat
salah. Kita pun sama juga, jadi jangan diambil-
kira sangat. Kalau rasa hati tidak suka, fikirkan
segala kebaikannya kepada kita. Tentu dacingnya
berat sebelah kebaikan perempuan itu (lainlah 
kalau perempuan itu memang jenis perempuan jahat).

7. Perempuan biasanya marahkan suami kerana 
beberapa perkara seperti berikut: 
a. suaminya tak berapa cerdik (selalu ditipu
atau dimainkan orang lain) atau suaminya
suka menipunya.
b. Suaminya tidak dapat mengadakan keperluan
penting (walaupun tidak mahal) dalam rumahtangga.
c. suaminya tidak ambil berat hal-hal rumah tangga
dan anak-anak.
d. suaminya tidak tulongnya membuat kerja rumah.
e. suaminya miang.
f. suaminya tidak penyayang (kalau sayang pun tapi
tidak ditunjuk).

(Pak Din tergulong dari kumpulan mana?)    

8. Bila sesaorang lelaki berkahwin, dia juga
menjawat jawatan guru, yakni pengajar kepada 
isterinya. Lelaki perlu mengajar isteri pelbagai
perkara terutama perihal agama dan keimanan.
Hairan saya bagaimana isteri Pak Din yang boleh
bangun malam untuk solat sunnat tapi mampu 
mendidik anak dengan pekik herdik dan tidak
dengan penuh kasih sayang. Ada yang tidak
kena dengan keduanya: Pak Din dan isterinya.

9. Kekusutan fikiran yang mendatangkan boring
itu boleh direda dan dimatikan dengan banyak
beribadat dan berdoa kepada Allah Ta'ala. 
Sudahkah Pak Din buat sedemikian?

10. Allah memberi kita akal untuk berfikir
bagi menyelesaikan masalah. Gunakan fikiran 
sesudah ianya tidak kusut. Macam-macam cara
boleh dibuatkan. Ingat, lelaki lebih cerdik 
dari perempuan (maaf ya kaum Hawa yang baca 
ini!). Gunalah ayat-ayat yang sesuai untuk
menundukkan perempuan. Kalau tak pandai,
berdramalah.....nescaya...lembutlah hati
perempuan yang keras itu.......

11. Lain-lain: Pak Din (original) atau Pak
Engku boleh tambah...     




=====
^`~^`~^`~^`~^`~
^~`^~`^~^~`^~`^
>>=[Dr R.A.]=>>
>>=[B a t u]=>> 
>>=[B a r a]=>> 
^`~^`~^`~^`~^`~
^~`^~`^~^~`^~`^
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: RA Batubara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke