*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

Bila saya baca kisah Pak Din tsb saya rasa tepanggil  sangat nak bagi komen 
. Actually ini adalah pandangan dari saya (my personal opinion ). Ialah 
sebagai pompuan bukanlah saya nak menyalahkan pakdin 100%. Tapi bila saya 
baca baca betul - betul kisah tersebut saya rasa Pak Din dan dan isteri 
dua-dua bersalah ialahlah masing-masing  ego tak nak beralah .Dua-dua keras 
. Pertama biar saya komen sikap Pakdin yang menyebabkan isteri pakdin marah

i) Pak Din balik rumah lambat hingga sembahyang mahgrib  nak melanggar waktu 
insyak . (sedangkan saya rasa isteri pakdin ni seorang yang alim sudah tentu 
dia tak suka suami dia bersikap begitu. Pulak tu lepas main sempat berborak 
pulak . Kalau nak bersukan boleh tapi jangan lah balik hingga nak habis 
waktu maghrib.Fikirlah isteri tu pun kerja juga. Dia pun penat mana nak 
masak nak mengemas, nak membasuh, nak tengok anak. Sapa tak marah.
conclusionnya saya rasa eloklah Pak Din balik awal sikit lepas bersukan 
dimana bila masuk maghrib sudah ada dirumah dan terus ke surau. Saya rasa 
isteri pakdin tak marah kalau waktu pak din banyak dihabiskan ke surau . 
Bukan nak marah berborak tapi saya rasa waktu habis kerja biarlah bersama 
isteri dan anak-anak pulak.

ii) Cubalah pak Din pujuk isteri pak din tu baik-baik ialah tegur dia masak 
apa hari ini , ajak pergi makan luar ke saya rasa orang perempuan ni memang 
keras hati  tapi kalau dipujuk dia akan lembut dimana hati dia akan cepat 
cair.Saya rasa masalah ni disebabkan  pak din keras dia lagilah keras.( kan 
orang perempuan di jadikan dari tulang rusuk orang lelaki jadi kalau pandai  
pak din bentuk kan okeylah dia kalau keras atau kasar alamat hancurlah dia )

iii) Pak Din janganlah asyik meghindari dengan cara keluar dari rumah itu 
bukan penyelesaian . Cuba lah berbincang baik-baik. suruh dia cakap apa yang 
dia tak puashati pada pak din dan pakdin cakap pada dia apa yang pak din tak 
puashati pada dia pulak  saya rasa dia tension  tu, tapi pak din buat tak 
peduli itulah jadinya .Cuba Pak din chekck balik ada tak kerja - kerja rumah 
yang pak din tolong dia buat seperti basuh kain ke sidai kain ke jaga anak 
ke kalau satu pun kerja- rumah pak din tak tolong memang pun dia tension. 
Sebab kita suami isteri ni kena give and take kalau isteri aje asyik give 
memang lah tak betul tu.kalau saya pun marah.

Last sekali saya rasa isteri pak din ni bukanlah seorang isteri yang tak 
baik tapi saya rasa dia cuma mahu pak din berikan lebih sikit perhatian pada 
rumahtangga dan dia rasa tension kerana suasana tidak bertegur sapa antara 
dia dan Pak din. Cubalah Pak Din demi anak-anak cuba lah bawa berbincang 
baik-baik .

Ini hanyalah pandangan peribadi sebagi seorang perempuan....



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sheda shah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke