*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ---Maaf kerana mengganggu dengan email ini. Sila baca luahan hati seorang sahabat kita ni. Siti Nurhaliza....Jangan Terima Tawaran RM1 juta. Terkejut besar saya dibuatnya apabila membaca artikel Berita Harian pada 28hb. Feb mengenai tawaran berlakon untuk Siti sebanyak 1 juta. Bertambah terkejut lagi apabila syarikat yang menawarkannya ialah PLSB Media Network Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat PLSB yanmg merupakan Syarikat beribupejabat di Kulim Kedah. Sebenarnya PLSB merupakan syarikat skim cepat kaya. Mengapa saya kata begitu ? Kalau tak percaya tanya mereka perniagaan apa yang mereka lakukan. Buka kedai, kilang dan lain-lain. Katanya halal tapi berapa sangat untungnya kerana setiap orang yang melabur akan diberi bonus setiap bulan 10-13 peratus. Setiap bulan bukan setiap tahun. Contohnya bila kita masuk 10 ribu maknanya kita akan dapat seribu tiap-tiap bulan. Memang ramai yang masuk skim ini dan sangat terkenal di utara semenanjung sehinggakan ada yang sanggup ambil pinjaman untuk masuk skim ini. Ada yang dah balik modal tapi sampai bila akan bertahan ? Sah ke lesen syarikat ini memungut wang dari orang ramai ? Setakat ni berjalan lancar tapi nanti kalau kerajaan korek sampai lubang cacing PLSB punya business baru le lintang pukang. Tolong siasat wahai pihak berkuasa sebab dah banyak pakcik- makcik kena kelentong dengan dia orang ni. Bertambah terkejut lagi apabila saya membaca dan melihat di dalam akhbar berita harian 29Feb Rahmat Zainal Pengurus Besar PLSB Media Network merupakan sahabat karib saya. Sebenarnya dia dah menipu hampir beratus orang di Kuala Lumpur ni dengan skim cepat kaya. Malahan dia menipu kawan-kawannya dengan jumlah wang yang banyak dengan cara meminjam dan membuka perniagaan yang lingkup. Kemudian menghilangkan diri balik kampung di Seberang Jaya. Hutang keliling pinggang. Bila mau bayar ? Tergerak hati saya untuk menceritakan hal ini bukan niat untuk memburuk-burukkan dia cuma sebagai tanggungjawab saya memberi peringatan supaya nanti tak di soal kelak sebab saya tahu perkara yang benar. Dalam Berita Harian 28Feb dia kata pelabur PLSB tak perlu risau tentang pelaburan mereka kerana tak akan di gunakan dalam membuat filem Siti tu. Sape nak kasi loan sampai berjuta-juta untuk buat filem tu. Tambahan pula Company pun baru setahun jagung. Satu filem pun tak buat lagi. Ini kan pula nak terbitkan filem juta-juta. Nak kelentong pun biar le logik sikit. Tawaran berlakon buat Siti Nurhaliza entah betul entah tidak dan mungkin untuk publisiti. Bapaknya pun dulu reporter berita harian. Tak heran le tiap-tiap hari masuk paper. Kalau Rahmat Zainal terbaca email ni tolong call kekawan di Damansara ni tempat kau berteduh dulu masa nak mencari sesuap nasik di K.L. Kekawan kat sini yang tolong kau tapi apa kau dah buat dulu memang menyakitkan hati kami dan sila pulangkan semua wang kekawan di sini. Jangan cuba cari simpati kekawan lagi sebab dah basi simpati kau tu sehinggakan nak cari simpati dengan Siti. Kelakar....kelakar..... Untuk sesiapa yang membaca email ini sebenarnya cerita ini adalah benar dan tidak terniat untuk memburukkan manusia lain cuba untuk peringatan kita semua. Sekian Wassalam. -Sahabat kecewa- ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Asynn" <[EMAIL PROTECTED]>