*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebelum menularnya berita macam ni, dan sebelum terpengaruh, sila baca
artikel di bawah:.......


KAEDAH NIAGA PLATINUM LAND SDN. BHD.
(Co. No.435565-A)
Platinum Lane Sdn. Bhd.(PLSB) ialah syarikat dagangan (trading) yang menjual
barangan/perkhidmatan pengguna untuk kegunaan harian melalui pasaraya PLSB
menurut Ordinan Jualan Barangan 1957 (Sek.9(1)&(2) dan dilaksanakan dibawah
Akta Kontrak 1950 (Pindaan 1974) Akta 136.

Setiap barangan/perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna yang melebihi nilai
RM1000.00 keatas akan diberi ganjaran hadiah berbentuk potongan harga
melalui baucer selaras dengan objektif M & A PLSB Klause 3(1) dibawah Akta
Syarikat 1965. Pengguna-pengguna yang memiliki hadiah baucer akan
didaftarkan sebagai ahli PLSB sama semacam konsep Makro dan untuk permulaan
PLSB hanya menerima ahli yang beragama Islam sahaja.

PLSB bukan syarikat pelaburan saham atau penerima deposit yang
bercanggah dengan BAFIA Acts dan PLSB tidak memberi
dividen kepada ahli. PLSB hanya berurusniaga dalam premis  syarikat dimana
barangan/perkhidmatan dipamerkan kepada ahli dan PLSB  bukan syarikat jualan
langsung. PLSB juga tidak melantik ejen atau orang tengah.Untuk menjadi ahli
mereka perlu mendapatkan 'introducer' daripada ahli berdaftar
PLSB atau datang terus ke Jabatan Perunding (PL - 2)
beralamat di Lot 192, Tingkat 1, Lorong Putra 1/9, Pusat Perniagaan Putra,
Jalan Kelang Lama, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia.

Sekian.


Komplot Untuk
Menjejas Perniagaan PLSB
*******
Suatu komplot telah dapat dikesan pada 5 Januari, 2000 yang cuba menjejaskan
perniagaan Platinum Lane Sdn.Bhd.(PLSB). Mereka cuba mengedarkan
risalah-risalah palsu yang mengaibkan nama-nama pengarah dan pengurusan
tertinggi PLSB bertujuan menghasut ahli-ahli PLSB yang berada diseluruh
Malaysia, kini lebih kurang bilangannya 10,000 orang.
Aktiviti mereka yang bertanggungjawab di dalam komplot ini telah dapat
dikesan dan pihak PLSB mempunyai bukti bertulis daripada kerjasama yang
telah diberikan ahli-ahli PLSB. Suatu tindakan undang-undang akan diambil
olih panel peguam PLSB. Pihak pengurusan PLSB juga telah melapurkan ke pihak
berkuasa polis dan telah mendapat kerjasama ejensi lain untuk membenteras
komplot tersebut.

Ahli-ahli PLSB dinasihatkan supaya jangan terpengaruh dengan
anasir-anasir yang tidak sihat ini dan sila rujuk kepada PLSB sekiranya
menerima atau mendapat apa-apa maklumat yang negatif mengenai PLSB
untuk tindakan selanjutnya.


Platinum Lane tumpu lima bidang baru
PLATINUM Lane Sdn Bhd (PLSB), syarikat milik penuh Bumiputera yang
mengendalikan perniagaan berkelompok berasaskan konsep Islam, akan
menumpukan lima bidang baru dalam usaha menyediakan lebih banyak faedah
tambahan untuk ahli.

Ini termasuk melaksanakan program bina usahawan, memfrancais perniagaan
sedia ada, menjalin lebih banyak usaha sama dengan firma besar, menubuhkan
kolej teknologi maklumat (IT) dan membuka kemudahan penginapan bertaraf
hotel tiga bintang.

Ketua Operasinya, Kamaruddin Mohamad berkata, menerusi program bina
usahawan, pihaknya akan menyediakan latihan kepada ahli PLSB yang sudah pun
menjadi usahawan sebelum menjadi ahli syarikat.

Menerusi program berkenaan, PLSB akan menyediakan latihan sistematik yang
antara lain menyediakan 'petua' bagaimana untuk lebih berjaya dalam
perniagaan yang diceburi.

"Program berkenaan yang akan dimulakan pada suku kedua tahun ini terbuka
kepada usahawan yang menjadi ahli PLSB," katanya dalam satu pertemuan di
Kulim, baru-baru ini.

PLSB yang diperbadankan pada 1997 dengan modal dibenar RM500,000 dan
berbayar RM250,000. Ia mengendalikan perniagaan berkonsepkan Islam yang
mementingkan kebajikan dan keuntungan secara berjemaah, dengan keuntungan
diberi kepada ahli dalam bentuk ganjaran.

Melalui konsep itu, seseorang yang ingin menjadi ahli PLSB perlu membayar
yuran RM50 yang membolehkan mereka membeli pelbagai barangan dan
perkhidmatan di kompleks perniagaan PLSB di Kulim, Kedah.

Ahli boleh membeli secara tunai atau melalui kontrak belian baucar pendahulu
an yang disediakan. Pembelian secara baucar membolehkan ahli mendapat
ganjaran 10 peratus sebulan daripada nilai baucar yang dibeli.

Kamaruddin berkata, PLSB juga akan meningkatkan usaha sama dengan lebih
banyak syarikat besar yang menawarkan pelbagai barangan, daripada produk
elektrik hinggalah kepada kenderaan.

Menerusi usaha sama terbabit, ahli yang membeli barangan daripada syarikat
terbabit dalam usaha sama itu boleh menggunakan resit belian untuk dilabur
dalam PLSB, dan berpeluang menerima ganjaran bulanan 10 peratus.

"Sebagai contoh, apabila ahli membeli barangan berharga RM2,000 dan membawa
resit belian kepada kami serta menambah RM2,000 lagi dalam bentuk tunai,
bermakna mereka memilik pelaburan RM4,000 dan layak menerima ganjaran RM400
(10 peratus) sebulan," katanya.

Berikutan sambutan menggalakkan yang mana ketika ini PLSB mempunyai 7,000
ahli meliputi sebahagian besar Semenanjung, syarikat merancang membuka
cawangan di beberapa bandar tertentu melalui konsep francais.

"Bagaimanapun, buat permulaan segala perbelanjaan penubuhan francais
termasuk gaji kakitangan akan ditanggung oleh PLSB. Ini bagi memastikan daya
maju francais terbabit," kata Kamaruddin sambil menegaskan francais hanya
berfungsi untuk menjual barangan manakala pendaftaran keahlian masih dibuat
di ibu pejabat di Kulim.

Pihaknya juga kini dalam peringkat akhir untuk memulakan kolej IT, dikenali
sebagai Kolej PLSB IT.

Menurutnya, kolej itu akan menawarkan program peringkat sijil dan diploma
dalam bidang IT secara usaha sama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Selain itu, syarikat juga akan membuka 'Villa PLSB', kemudahan penginapan
bertaraf hotel tiga bintang bagi kemudahan ahli dan mereka yang tinggal di
sekitar Kulim.

"Pembukaan villa itu bertujuan menampung keperluan penginapan berikutan
perkembangan pesat sektor industri di bandar ini," katanya sambil menambah
ketika ini hanya akan sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Kulim.



-----Original Message-----
From: Asynn <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Date: 01 Maret 2000 10:11
Subject: H-Net* Siti Nurhaliza....Jangan Terima Tawaran RM1 juta.


>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>---Maaf kerana mengganggu dengan email ini.  Sila baca luahan hati
>seorang sahabat kita ni.
>
>
>Siti Nurhaliza....Jangan Terima Tawaran RM1 juta.
>
>Terkejut besar saya dibuatnya apabila membaca artikel Berita Harian
>pada 28hb. Feb mengenai tawaran berlakon untuk Siti sebanyak 1 juta.
>Bertambah terkejut lagi apabila syarikat yang menawarkannya ialah PLSB
>Media Network Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat PLSB yanmg merupakan
>Syarikat beribupejabat di Kulim Kedah. Sebenarnya PLSB merupakan
>syarikat skim cepat kaya. Mengapa saya kata begitu ? Kalau tak percaya
>tanya mereka perniagaan apa yang mereka lakukan. Buka kedai, kilang dan
>lain-lain. Katanya halal tapi berapa sangat untungnya kerana setiap
>orang yang melabur akan diberi bonus setiap bulan 10-13 peratus. Setiap
>bulan bukan setiap tahun. Contohnya bila kita masuk 10 ribu maknanya
>kita akan dapat seribu tiap-tiap bulan. Memang ramai yang masuk skim
>ini dan sangat terkenal di utara semenanjung sehinggakan ada yang
>sanggup ambil pinjaman untuk masuk skim ini. Ada yang dah balik modal
>tapi sampai bila akan bertahan ? Sah ke lesen syarikat ini memungut
>wang dari orang ramai ? Setakat ni berjalan lancar tapi nanti kalau
>kerajaan korek sampai lubang cacing PLSB punya business baru le lintang
>pukang. Tolong siasat wahai pihak berkuasa sebab dah banyak pakcik-
>makcik kena kelentong dengan dia orang ni.
>
>Bertambah terkejut lagi apabila saya membaca dan melihat di dalam
>akhbar berita harian 29Feb Rahmat Zainal Pengurus Besar PLSB Media
>Network merupakan sahabat karib saya. Sebenarnya dia dah menipu hampir
>beratus orang di Kuala Lumpur ni dengan skim cepat kaya. Malahan dia
>menipu kawan-kawannya dengan jumlah wang yang banyak dengan cara
>meminjam dan membuka perniagaan yang lingkup. Kemudian menghilangkan
>diri balik kampung di Seberang Jaya. Hutang keliling pinggang. Bila mau
>bayar ? Tergerak hati saya untuk menceritakan hal ini bukan niat untuk
>memburuk-burukkan dia cuma sebagai tanggungjawab saya memberi
>peringatan supaya nanti tak di soal kelak sebab saya tahu perkara yang
>benar.
>
>Dalam Berita Harian 28Feb dia kata pelabur PLSB tak perlu risau tentang
>pelaburan mereka kerana tak akan di gunakan dalam membuat filem Siti
>tu. Sape nak kasi loan sampai berjuta-juta untuk buat filem tu.
>Tambahan pula Company pun baru setahun jagung. Satu filem pun tak buat
>lagi. Ini kan pula nak terbitkan filem juta-juta. Nak kelentong pun
>biar le logik sikit. Tawaran berlakon buat Siti Nurhaliza entah betul
>entah tidak dan mungkin untuk publisiti. Bapaknya pun dulu reporter
>berita harian. Tak heran le tiap-tiap hari masuk paper.
>
>Kalau Rahmat Zainal terbaca email ni tolong call kekawan di Damansara
>ni tempat kau berteduh dulu masa nak mencari sesuap nasik di K.L.
>Kekawan kat sini yang tolong kau tapi apa kau dah buat dulu memang
>menyakitkan hati kami dan sila pulangkan semua wang kekawan di sini.
>Jangan cuba cari simpati kekawan lagi sebab dah basi simpati kau tu
>sehinggakan nak cari simpati dengan Siti. Kelakar....kelakar.....
>
>Untuk sesiapa yang membaca email ini sebenarnya cerita ini adalah benar
>dan tidak terniat untuk memburukkan manusia lain cuba untuk peringatan
>kita semua. Sekian Wassalam.
>
>
>-Sahabat kecewa-
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Asynn" <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Adzman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke