*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Benar sungguh apa yang diperkatakan dibawah. Teman pun
ada hantar 2 orang anak kesekolah sedemikian, itu pasal
teman tau. 

Namun teman simpati dan kagum dengan kesungguhan guru2
disekolah sedemikian yang ingin melahirkan insan soleh
wamusleh atau yang semaksud dengannya.

Dari pemerhatian teman, masaalah utama mereka ialah
sumber kewangan.  Yuran dan derma adalah sumber utama
mereka. Derma bukan tetap. Yuran pula ada ibubapa2 yang
tidak dapat membayar hutang tertunggak berpuluh ribu.

Masaalah kedua mereka ialah mendapat guru yang
berkualiti sedangkan gajinya tidak begitu kompetitif. 
Harapan pihak sekolah ialah guru2 benar Lillahita'ala.
Tapi dalam dunia materialistik ini, nak buang air pun
kena bayar, mahu tak mahu mereka perlu duit nak tampung
hidup anak isteri.

Persatuan ibubapa pun tidak semuanya aktif dalam 
mencari sumber kewangan - maklumlah semuanya terlalu
sibuk. Ada tabung derma pun, bukan semua ibu sanggup
keluarkan duit extra - maklumlah masing2 ada keperluan
masing2. 

Hartawan Islam pun, bukan ramai yang berminat nak salur
kan sejuta dua untuk membangunkan sekolah macam tu. Nak
harap gomen bantu, gomen lebih utamakan taman hollywood.
Pusat Pungutan Zakat dan baitulmal yang dapat kumpulkan
duit beratus juta, entah apa fatwanya dalam hal ini.  

Semoga Allah memberi kekuatan kepada guru2 disekolah
sedemikian. Semoga Allah melimpahkan ganjaran berlipat
ganda kepada mereka. Semoga Bulan Purnama dapat perintah
Malaysia supaya sekolah2 sedemikian dijadikan model 
untuk semua sekolah2 di Malaysia.  

Wassalam 



 

 
   


 ---- you wrote: 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Sekali lagi di beri peringatan kepada Salah sebuah
> Sekolah Swasta Islam di Selangor supaya mengambil 
> tindakan secepat mungkin dalam masalah di bawah, 
> setelah menerima komplen dari jiran dan kawan.
> a) Tolong selesai masalah PENGURUSAN Sekolah.
> b) Tolong selesai masalah KETIADAAN / KEKURANGAN GURU
> (Ustaz/Ustazah) mengajar.
> c) Tolong selesaikan masalah PAKAIAN murid-murid.
> d) Tolong selesaikan masalah KEBERSIHAN KELAS dan
> TANDAS.
> 
> Jika dalam minggu pertama Mac 2000 ini, maseh tidak
> ada perubahan, maka satu surat akan di hantar kepada 
> Pehak Berkuasa (terutama Kementerian Pendidikan).
> 
> 
> Sekian

> --- Forwarded mail ---
> From: "year2003" <[EMAIL PROTECTED]>
> Date: Tuesday February 15, 2000 at  9:10pm
> 
> Telah banyak komplen dari pehak Ibu Bapa pelajar yang
> di hantar ke Sekolah Agama (Islamic) Swasta. 
> Diantaranya:
> a) Masalah parking, semasa menghantar dan mengambil
> anak-anak.
> b) Masalah bebanan anak-anak membawa buku-buku.
> c) Masalah disiplin anak-anak yang datang lewat atau
> berkeliaran.
> d) Masalah guru tidak datang mengajar.
> e) Masalah kekurangan guru.
> f) Masalah kebersihan kelas.
> g) Masalah tandas yang kotor, tidak di bersihkan.
> h) Masalah tiada Jadual Waktu yang sempurna.
> 
> Terdapat 4 kes (komplen) yang di kira amat berat:
> a) Maseh ada sekolah dimana murid-muridnya tiada
> pakaian seragam sekolah, sehingga kini.
> b) Maseh ada sekolah dimana ada murid tanpa kehadiran
> guru (Ustaz / 
> Ustazah), dimana Jadual Waktu hanya tipu muslihat
> sahaja, malah kedapatan buku-buku kerja tidak di 
> periksa oleh guru-guru, ini menyebabkan murid 
> tersebut tertinggal dari segi pembelajaran berbanding
> sekolah lain.
> c) Ada sekolah mengiklankan Sekolah nya 2 dalam 1
> iaitu Akademik dan Agama.  Tetapi, adakah benar-benar
> menepati yang di janjikan.
> d) Ada sekolah mengiklankan Sekolahnya Sekolah
> Bestari.  Tetapi adakah sekolahnya menyediakan 
> Komputer untuk di ajar kepada murid-murid.
> 
> Masalah ini, mungkin tindakan akan di ambil ke atas
> sekolah tersebut, kerana murid-murid jadi mangsa, dan
> ibu-bapa di rasakan TERTIPU dengan pehak pengurusan 
> sekolah, sebab bukannya percuma, dan sebahagiannya 
> memindahkan dari sekolah lain samada kerajaan atau 
> swasta kepada sekolah tersebut.
> 
> Sebelum pehak berkuasa membuat "spot-check" dan 
> mengambil tindakan, diharap pehak pengurusan sekolah
> berkenaan, telah dan akan mengambil tindakan
> sewajarnya.
> 
> Sepatutnya Sekolah Agama / Islam, menunjukan Contoh
> dan Tauladan yang Baik kepada sekolah lain, seperti 
> AKHLAK, KEBERSIHAN, DISIPLIN, RAJIN, BIJAK, TERSUSUN
> dan bukan disebaliknya.  
> 
> Sekian.


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke