*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Semua fokus sekarang tertumpu kepada perhimpunan Agong UMNO yang akan datang. 
Persoalan yang menarik minat ialah
apakah pemilihan sekali ini akan menyaksikan pertandingan jawatan tertinggi parti atau 
tidak. 

Walaupun MT UMNO nampaknya berulangkali menasihati ahli-ahli UMNO supaya memastikan 
tidak ada pertandingan bagi
jawatan presiden dan timbalan, namun tidak ada yang berani meramalkan arahan itu akan 
dipatuhi 100%. Banyak juga
bahagian yang berura-ura mencadangkan orang lain khususnya Ku Li untuk bersaing nasib 
dalam salah satu jawatan tertinggi
itu. 

Sekiranya Ku Li layak bertanding sahaja, ia sudah dikira suatu kekalahan awal Dr.M dan 
Pak Lah B. Dilengkapi dengan segala
kekuatan, kalau ahli UMNO masih mahu mengengkari  nasihat bermakna suatu signal buat 
Dr M. Sekiranya Dr M tidak
menggunakan strategi penipu, saya percaya Ku Li akan menang dalam pertembungan kali 
kedua ini. 

Hujah saya senang sahaja, dengan penekanan oleh MT dan penegasan yang begitu serius 
oleh Dr M sendiri, kalau Ku Li masih
mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi, ertinya perwakilan UMNO memang ingin 
menolak Dr M. Jumlah undi Ku Li
tentu akan lebih banyak berbanding pencalonannya kerana ada ramai perwakilan yang 
biasanya mengambil sikap berpura-pura.

Banyak implikasi yang boleh ditelaah sekiranya senario di atas menjadi kenyataan. 
Antaranya tentulah orang akan kata itu
baru Ku Li yang telah banyak kudis, kalau Anwar lawan, entah-entah hilang deposit 
!.. 

Tetapi yang lebih menarik dianalisa ialah bagaimanakah seterusnya sepak terajang Dr M 
kalau beliau benar-benar kalah.
Menurut kelaziman, presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri. Tetapi itu hanyalah 
kelaziman yang tiada status
undang-undang. Mahukah Dr M berundur? 

Saya berpendapat Dr M tidak akan berundur walaupun sudah tidak lagi menyandang jawatan 
Presiden UMNO. Dia akan kata
presiden UMNO tidak semestinya menjadi Perdana Menteri. Dia akan kata lagi, yang tolak 
dia hanyalah segelintir ahli UMNO
yang berpeluang menjadi perwakilan, ada berpuluh juta lagi rakyat yang ahli dan bukan 
ahli UMNO, yang mahukannya terus
memimpin. 

Dr M tidak akan berundur kerana dia tidak sanggup dihadapkan ke muka pengadilan. 
Skandal penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa beliau terlalu terdedah untuk dilupakan begitu sahaja. Semua 
skandal yang dia tuduh terhadap DSAI ada
pada Dr M, itu sebabnya beliau amat takut menghadapi pertandingan!!! 

Habis apa akan berlaku seterusnya? Takkan Ku Li berdiam diri. Ketika itulah kita akan 
dapat menyaksikan suatu episode
menarik dalam sejarah kepimpinan UMNO dan Malaysia. Kekacauan sukar sekali dielakkan 
ketika itu. Ku Li dan Dr M
nampak seimbang dalam banyak aspek. Sama-sama banyak duit, sama-sama ada rekod buruk, 
sama-sama licik, sama-sama
ada pengikut. Kalau Dr M punya kelebihan masih memegang jawatan Perdana Menteri, 
jangan lupa Ku Li punya hubungan
baik dengan para sultan dan raja. 

Mungkin YDPA akan campur tangan dan akan memecat PM, atau Dr M akan terusir dari 
jawatan melalui undi tidak percaya
oleh ahli dewan. Akhirnya Dr M tersingkir dari jawatan secara terpaksa seperti mana 
yang dilakukannya ke atas DSAI. Ketika
itu credibility Dr M hancur sama sekali. Beliau akan dipandang begitu hina!!! 

Tak payah upah penulis buku, tak payah cipta cerita sensasi, tak payah sogok rakyat 
dengan cerita pelik-pelik, Dr M akan
tetap dipandang sehina-hinanya bukan sahaja oleh rakyat Malaysia bahkan oleh seluruh 
warga dunia. Selepas itu hukuman akan
dijatuhkan, jenayahnya pula cukup banyak, bukti amat terang, saksi tidak diragui, tak 
payah siasat  lama, semuanya akan
terkeluar. 

Dr M akan menangis, dia akan pukul dirinya sendiri supaya mati cepat di dalam tahanan  









Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke