*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wa'alaikumussalam wrt wbt.

Di bawah ada beberapa hadis dari Shahih Bukhari mengenai Asyura.

(1) Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Kaum Quraisy 
    di zaman jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah s.a.w 
    juga berpuasa pada hari itu. Setelah berhijrah ke Madinah, baginda 
    tetap berpuasa dan memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada 
    hari itu. Setelah difardukan puasa bulan Ramadan, baginda bersabda: 
    Sesiapa yang ingin berpuasa pada hari itu berpuasalah dan sesiapa 
    yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan meninggalnya.

    (Riwayat Bukhari - Kitab Puasa, Hadis no: 1760, 1862)


(2) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Orang-orang 
    jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang 
    Islam sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan juga berpuasa pada 
    hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w
    bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa 
    yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin
    berpuasa, dibolehkan berbuka.

    (Riwayat Bukhari - Kitab Puasa, Hadis no: 1759, 1861)


(3) Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: al-Asy'as bin Qais datang 
    menemui Abdullah ketika beliau sedang makan. Abdullah berkata: Wahai 
    Abu Muhammad marilah kita makan bersama. Dia menjawab: Bukankah hari 
    ini adalah hari Asyura? Beliau kemudian bertanya: Kamu tahu apakah 
    hari Asyura itu? Dia menjawab: Apakah ia? Beliau menjelaskan: Ianya 
    merupakan hari di mana Rasulullah s.a.w berpuasa sebelum puasa bulan 
    Ramadan diwajibkan. Setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan, 
    ia ditinggalkan. 

    (Riwayat Bukhari - Kitab Tafsir Al-Quran, Hadis no: 4143)


(4) Hadis Muawiah bin Abu Sufian r.a: Diriwayatkan daripada Humaid 
    bin Abdul Rahman katanya: Dia pernah mendengar Muawiah bin Abu 
    Sufian r.a menyampaikan khutbah di Madinah pada hari Asyura ketika 
    beliau berkunjung ke kota tersebut, katanya: Di manakah ulama-ulama 
    kamu wahai sekalian penduduk Madinah? Ketahuilah aku pernah mendengar 
    Rasulullah s.a.w bersabda mengenai hari ini, iaitu hari Asyura: Pada 
    hari Asyura ini Allah tidak mewajibkan berpuasa kepada kamu. Tetapi 
    aku sendiri berpuasa pada hari ini. Sesiapa di antara kamu yang ingin 
    berpuasa, berpuasalah dan sesiapa ingin berbuka, berbukalah.

    (Riwayat Bukhari - Kitab Puasa, Hadis no: 1864)


(5) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w 
    tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada 
    hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: 
    Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada 
    Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu
    untuk  berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami 
    padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada
    kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para
    Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut.

    (Riwayat Bukhari - Kitab Puasa, Hadis no: 1865)


(6) Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Hari Asyura adalah hari 
    yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan menjadikannya sebagai 
    Hari Raya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah kamu pada 
    hari Asyura tersebut. 

    (Riwayat Bukhari - Kitab Puasa, Hadis no: 1866)


(7) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ibnu Abbas r.a pernah 
    ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: 
    Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari 
    Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadhilat yang tidak ada pada 
    hari-hari yang lain selain dari hari ini. Aku juga tidak pernah 
    melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan 
    ini, iaitu bulan Ramadan.

    (Riwayat Bukhari - Kitab Puasa, Hadis no: 1867)


(8) Diriwayatkan daripada Salamah bin al-Akwa' r.a katanya: Rasulullah 
    s.a.w pernah mengutuskan seorang lelaki dari Kaum Aslam pada hari 
    Asyura supaya melaungkan kepada orang ramai tentang sesiapa yang 
    tidak berpuasa, hendaklah dia berpuasa dan sesiapa yang telah 
    terlanjur makan, hendaklah dia menyempurnakan hari tersebut dengan 
    berpuasa sehingga menjelang malam .

    (Riwayat Bukhari - Kitab Puasa, Hadis no: 1798, 1868)


(9) Diriwayatkan daripada Ar-Rubaiyyi' binti Muawwiz bin Afra' r.a 
    katanya:  Pada hari Asyura, Rasulullah s.a.w telah mengirimkan 
    surat ke perkampungan-perkampungan Ansar di sekitar Madinah yang 
    berbunyi:  Sesiapa yang berpuasa pada pagi ini hendaklah 
    menyempurnakan puasanya dan sesiapa yang telah berbuka iaitu makan
    pada pagi ini hendaklah dia juga menyempurnakannya iaitu berpuasa 
    pada baki harinya. Selepas itu kami pun berpuasa serta menyuruh
    anak-anak kami yang masih kanak-kanak supaya ikut berpuasa, jika
    diizinkan Allah. Ketika kami berangkat menuju ke masjid, kami 
    buatkan suatu permainan untuk anak-anak kami yang diperbuat dari 
    bulu biri-biri. Jika ada di antara mereka yang menangis meminta
    makanan,  kami akan berikan mainan tersebut sehingga tiba 
    waktu berbuka.

    (Riwayat Bukhari - Kitab Puasa, Hadis no: 1824)


WASSALAM


------------------------------------------------------------
dari :
"Soutun Nahdhah" <[EMAIL PROTECTED]>,


Assalamu'alaikum Wrt Wbt!

Bolehkah sesiapa menerangkan kepada saya sedikit sebanyak tentang konsep 
'as-syura' dlm Islam ?

dan rujukan2nya.

Wassalam.
______________________________________________________


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Amin <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to