*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ALANGKAH TIDAK SEIMBANGNYA PEMBANGUNAN INI!!!

Kemampuan yang Tuhan anugerahkan kepada manusia sungguh luar biasa
Negara maju, membangun dan sangat cantik dibuatNya
Di masa yang sama akhlak runtuh, punah ranah separas bumi
Bangunan-bangunan yang dibina pencakar-pencakar langit, tapi ego dan
kesombongan manusia setinggi langit
Jalan-jalan raya berselirat, luas bertaraf super highway tapi jiwa-jiwa
manusia telah sempit
Berjalanlah manusia diatas himpit-menhimpit, ramai yang hatinya sakit
Manusia sudah terlalu pandai, berbagai-bagai alat kemudahan hidup yang
canggih-canggih yang diciptanya
Berlakulah keselesaan hidup yang luar biasa
Tapi dimasa yang sama budi bahasa sudah tiada, satu sama lain mencuriga
Dengan alat-alat perhubungan yang canggih dunia sudah dekat dan sempit
Semua golongan boleh bertemu dimana-mana sahaja di negara di dunia ini
dengan cepatnya
Tapi dengan kemudahan bertemu ini, kemungkaran dan maksiat amat cepat
Penyakit-penyakit yang menakutkan seperti AIDS menyerang dan membunuh
manusia dengan dahsyatnya
Kemajuan ilmu di berbagai-bagai bidangnya amat menonjol
Ahli-ahli ilmuan sungguh ramai, cerdik pandai tidak berbilang
Tapi diwaktu inilah manusia khianat, curang, penipu dan pembohong
Hingga susah hendak percaya pada seseorang
Makin seseorang itu pandai semakin kita bimbang dan hilang keyakinan
Tamadun kebendaan sungguh mengkagumkan
Tapi tamadun insaniah sangat rendah bahkan telah punah ranah
Kerana itulah manusia semua golongan sudah hidup di dalam ketakutan
Di mana pergi sudah tidak ada keselamatan dan keamanan
Berlaku rompak, samun, kidnap setiap hari
Rogol, pukul, zina, bunuh sudah jadi budaya manusia
Ditambah lagi dengan tuduh menuduh, kata mengata, fitnah memfitnah lumrah
berlaku
Serang menyerang, peperangan sudah jadi budaya antarabangsa
Kaum wanitanya sudah berpelajaran, sama-sama menyumbang membuat kemajuan
Tapi di masa yang sama sifat malunya punah ranah
Benteng kewanitaannya sudah rebah dan terdedah
Lahirlah budaya bebas, budaya zina, budaya lepak melepak
Dunia sungguh indah dan cantik, tapi penyakit masyarakat sudah
kronik.........





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke