*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:  Alaf baru menuju Daulah

Sesungguhnya jika kita mengharap wujudnya pemerintahan Islam yang bernama
kerajaan Islam, jelas ia tidak ada. DiIndonesia walaupun umat Islam
sebanyak 80%-90% namum pemerintahannya  adalah demokrasi pancasila. Di
Brunei walaupun negaranya bergelar DarulSalam,namum pemerintahannya
bukanlah pemerintahan Islam. Brunei adalah negara beraja seperti Arab
Saudi. Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen, Bukan negara yang
berperlembagaan Islam. Tetapi kekuatan Islam yang semakin ketara di
Malaysia, dan sudah semakin berpengaruh di Asia tenggara. Ketaranya ,
kerana suasana Islam semakin Utuh. Diukur dari semakin meningkatnya amalan
Islam, maka terbuktilah Islam semakin kuat di Malaysia.
Adalah diakui benarnya Islam akan kukuh apabila wujudnya pemerintahan
sendiri,mempunyai undang-undang sendiri atau perlembagaan sendiri. Tetapi
kita kena akui juga bahawa Islam dikuatkan adalah dengan suasana pengalaman
Islam. Oleh itu sebelum tegaknya negara Islam, kita umat Islam seluruhnya,
hendaklah meningkatkan amalan Islam daripada soal fardhu ain hingga fardhu
kifayah. Daripada amalan wajib hinggalah amalan sunnat, daripada
menghapuskan mungkar yang haram sampai kepada mungkar yang makruh. Suasana
Islam hendaklah dibangkitkan dari mesjid hingga ke pasar dari
pejabat-pejabat hinggalah ke sawah dan ladang dari sekolah hingga ke
lapangan sukan dari kilang-kilang berteknologi tinggi hingga ke rumah-rumah
sakit dari pemerintahan hingga ke sektor swasta dari
Bidang pentadbiran hingga keperluan dalam rumah tangga dari bidang ekonomi
sehingga ke pertanian. Semua suasana hendaklah disesuaikan dengan Islam
mengikut syariat Islam.Oleh itu  semua peminpin Islam dan gerakan Islam
atau pertubuhan dan persatuan Islam hendaklah peka dengan perkembangan anak
buahnya.Tidak kira kecil atau besar hendaklah melatih anak buahnya dari
sudut fardhu ain. meningkatkan amalam sunat , berjaga malam
,bertahajud,qiamullai, betulkan sembahyang kerana ia adalah ibu pada segala
ibadah ,kurangkan mengata,mengumpat,menghukum,berhujahlah dengan penuh
hikmah bukan bermujadalah atau bertekak.kalau seorang pejuang dalam gerakan
Islam sudah mula kencing berdiri kemungkinan besar anak buah akan kencing
berlari.pastikan tidak ada anak buah yang seronok bercinta secara
haram,bergaul bebas laki perempuan ,seronok dengan kegiatan haram. Ingat
bantuan Allah hanya untuk orang bertaqwa.. Tingkat kan kembali imej gerakan
Islam yang berdisiplin, bertaqwa, berilmu dan berakhlak,Dari sudut  fardhu
kifayah pula binalah pusat rawatan Islam di seluruh malaysia, membina
sekolah-sekolah Islam ,kedai-kedai runcit dan borong, secara Islam ingat
tapak-tapak perlu ada sebelum mendapat Daulah bukankah ekonomi sekarang
dipegang oleh bangsa lain kalau kita dapat negara Islam tapi kita masih
terus bersaing dengan bangsa lain dari sudut ekonomi.agar kita tidak
bergantung sepenuhnya pada kapitalis inilah amal makruf kita pada
masyarakat,tingkatkan hubungan diplomatik secara perniagaan atau
perkahwinan dengan gerakan-gerakan Islam di asia tenggara di Filipina,
Indonesia, China,dan di selatan Thailand. Inilah yang dikatakan penjalin
silaturrahim alam sejagat. Oleh itu gerakan Islam hendaklah sentiasa
memperbaiki kelemahan diri sendiri?..

ahalim




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to