*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ARTIKEL DI BAWAH INI MUNGKIN DI FORWARDKAN DARI UTUSAN
MALAYSIA.

SAYA INGIN "MENGOMEL" SIKIT, LEBIH KURANG MACAM PUAN
AIN KITA YANG PERNAH MENGOMEL PASAL SUAMI YG ANGGAP
ISTERI MACAM KULI PADA MINGGU LEPAS. KALAU PUAN AIN
ADA TERBACA, JANGAN MELENTING PULAK. INI TEGURAN
IKHLAS DARI SALAH SEORANG SUAMI
TAU................(bukan pasal isteri saya, tapi
isteri orang lain................)

- art jeffries  wrote:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Suami lebih suka memendam rasa

> Ramai wanita yang telah lama berkahwin pun masih
> lagi
> tidak begitu memahami sikap suami. Pelbagai keluhan
> diluahkan oleh isteri mengenai sikap suami mereka
> antaranya tidak pandai mengambil hati, tiada reaksi
> positif daripada suami ketika berbincang dan
> pelbagai
> lagi.
> Walaupun perkara ini dianggap sebagai asam garam
> kehidupan berumahtangga, tetapi boleh menjurus
> kepada
> pertengkaran yang lebih serius.

PAK ENGKU NAK MENGOMEL NI...............

ADA JUGA DI KALANGAN ISTERI YANG "TAKE THINGS FOR
GRANTED". BILA  SUAMI TEGUR DIA  YANG SUDAH JARANG
BERSOLEK,  DIA KATA:

 " TAK PAYAH NAK SOLEK-SOLEK. DAH JADI LAKI AKU. ANAK
PUN DAH BERDERET............. TAK KAN DIA NAK CARI
YANG LAIN".

SAYA NAK NASIHATKAN PARA ISTERI, ORANG LELAKI NI,
KALAU SELAGI  MASIH BERNYAWA, MASIH ADA LAGI PERASAAN
UNTUK TAMBAH SATU LAGI CAWANGAN. . KALAU TAK CAYA,
TANYA PADA PAK DIN.

LAGI SATU, SEMAKIN LAMA ORANG LELAKI BERKAHWIN,
SEMAKIN TINGGI SAHAM DIA. TAHU KENAPA? SUDAH ADA
BANYAK PENGALAMAN............. 
> 
> Sudah menjadi sikap semula jadi kaum wanita memang
> suka dibelai dan mendapat perhatian tetapi lelaki
> merasakan perasaan itu tidak perlu ditunjukkan
> melalui
> kata-kata.

NAK MENGOMEL LAGI NI............

APA? INGAT ORANG LELAKI NI, TAK SUKA DIBELAI KE? ITU
SEBABNYA BILA ORANG LELAKI KENA DEMAM KE, TANGAN
TERSELIUH KE, DAN LAIN-LAIN PENYAKIT RINGAN, DIA LEBIH
SUKA DIPICIT OLEH ISTERI. MALANGNYA SI ISTERI MASIH
SIBUK KAT DAPUR LAH, KAT BERANDA LAH, DAN MACAM-MACAM
TEMPAT LAGI. SEBENARNYA SAKIT TAK SEBERAPA. TAPI BILA
ISTERI YANG MEMICIT, SAKIT BOLEH HILANG SEKELIP MATA
TAU..................
> 
> Malah kaum lelaki sendiri mengakui mereka lebih
> senang
> mendiamkan diri daripada meluahkan perasaannya
> kepada
> kaum wanita.

NAK MENGOMEL LAGI NI...........

KALAU DITEGUR, KEKADANG DIA PULAK YANG CEPAT
MELENTING. 

" ALAH........ABANG NI, MENGADA-NGADALAH. DAH TUA PUN,
MASIH MACAM BUDAK-BUDAK. MALULAH SIKIT KAT ANAK KITA
TU............."

HAA........ KAT SINILAH SILAPNYA ISTERI. LEBIH MESRA
SUAMI DENGAN ISTERI DI HADAPAN ANAK-ANAK, LEBIH AMAN
DAN MAKMURLAH RUMAHTANGGA YANG DIBINA. TAK GITU????
> 
> Presiden IDEAL, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr.
> Azahari Ismail yang ditemui mengenai perkara ini
> telah
> menghuraikan beberapa faktor utama kenapa lelaki
> suka
> memendam rasa dan sukar meluahkan perasaannya
> berbanding kaum wanita.
> 
> Menurut beliau, para suami seringkali lebih suka
> memendam perasaan mereka kerana takut isterinya akan
> berkecil hati.
> 
> ''Disebabkan terlalu ingin menjaga hati orang
> tersayang, mereka lebih suka mendiamkan diri
> daripada
> membuat teguran kepada isteri secara terus terang
> kerana bimbang akan mencetuskan perkelahian,''
> katanya
> lagi.
> 
NAK MENGOMEL LAGI NI...........

LAIN KALI, FAHAMILAH PERASAAN SUAMI ANDA.
DIA SANGGUP MENJADIKAN DIRINYA SEBAGAI LILIN YANG
MEMBAKAR DIRI, DEMI KASIH SAYANG YANG MENDALAM
TERHADAP SI ISTERI.

> Menurut beliau, lelaki yang seringkali menganggap
> diri
> mereka 'macho' juga tergolong dalam kategori sukar
> meluahkan perasaan.
> 
> ''Diri mereka akan merasa tercabar sekiranya luahan
> perasaan itu boleh menyebabkan si isteri atau
> masyarakat salah faham terhadap apa sebenarnya yang
> hendak dinyatakan,'' kata Dr. Azahari.
> 
> Selain sikap lelaki, beliau turut mempersoalkan diri
> isteri itu yang menyebabkan suami sukar meluahkan
> perasaannya.
> 
> ''Kadangkala isteri akan cuba menghalang suami
> melakukan kerja rumah apabila suami merasa ingin
> membantu.
> 
> ''Misalnya si isteri akan berkata: Itulah abang,
> saya
> dah katakan jangan buat...'' jelas Dr. Azhari.
> 
> Apabila ini berlaku, ujarnya ia akan menghilangkan
> mood suaminya yang berkobar-kobar untuk membantu si
> isteri.

NAK MENGOMEL LAGI NI.............

ISTERI JUGA PATUT MENGGALAKKAN SUAMI BERIADAH. INI
TIDAK. DIKURUNGNYA DALAM RUMAH DENGAN HIDANGAN GORENG
PISANG DAN KOPI PANAS. BILA SUAMI TU PERUT DAH NAIK
BERBOROI, BARULAH SIBUK NAK SURUH MAKAN PIL ITU DAN
INI. SUAMI PUN, APA LAGI. TELANLAH PIL TONGKAT ALI
BANYAK-BANYAK.............

BESOK LEPAS SEMBILAN BULAN SEPULUH HARI, KAMU JUGAK
YANG "JADI MANGSA".

LAGI SATU, SURUH SUAMI TU SOLAT 5 WAKTU KAT MASJID.
KALAU DIA BALIK DARI CERAMAH, TANYA DIA APA YANG USTAZ
TAZKIRAHKAN DI MASJID. BARU KITA TAHU, SAMA ADA DIA
DENGAR CERAMAH KAT MASJID, ATAU BERCERAMAH DGN
KAWAN-KAWAN KAT WARUNG SEBELAH MASJID. IKHLAS PAK
ENGKU CAKAP NI.............
> 
> Seharusnya kata beliau, pasangan suami isteri perlu
> saling belajar dan tolong menolong antara satu sama
> lain dalam urusan hal ehwal rumah tangga.
> 
> Menurut beliau, secara tidak langsung akan
> mewujudkan
> kepercayaan antara mereka.
> 
> Malah katanya, isteri juga ada kalanya gagal
> memahami
> sikap suaminya yang memuji mereka kerana bersikap
> prasangka.
> 
> Misalnya si isteri merasakan ada sesuatu yang
> diingini
> oleh si suami di sebalik pujian suaminya terhadap
> masakannya pada hari tersebut.
> 
> Sikap si isteri itu katanya, mewujudkan satu budaya
> 'tidak menghargai,' di mana sepatutnya kita harus
> berterima kasih kepada si suami itu kerana memberi
> pujian ikhlas.
> 

NAK MENGOMEL LAGI NI...........

KALAU SUAMI TAK CAKAP BANYAK MASA  MAKAN, DIKATANYA
TAK SUKA MAKAN MASAKAN DIA. LEPAS TU, BOIKOT TAK NAK
MASAK LAUK TU LAGI. SUAMI NI BUKAN APA, DAH DAPAT
MAKAN MASAKAN ISTERI TU PUN, DAH SERIBU KALI SYUKUR.
APA TIDAKNYA, PAGI-PAGI MUNUM TEH MAMAK, MAKAN ROTI
CANAI MAMAK. TENGAHARI MAKAN MASAKAN MAMAK. JADI BILA
BERPELUANG MEMAKAN MASAKAN ISTERI, TENTULAH
SERONOK......... SAMPAI TERLUPA NAK KOMEN SEDAP ATAU
TIDAK LAUK TU. ISTERI JANGANLAH CEPAT SANGAT BERKECIL
HATI..........
 
> Katanya lagi, lelaki sukar meluahkan perasaan mereka
> boleh dilihat daripada perspektif kejadian manusia
> itu
> sendiri.
> 
> Menurut beliau, wanita dianugerahkan dengan sikap
> yang
> lebih lembut berbanding lelaki yang bersifat
> perkasa,
> kasar dan kuat.
> 
> Malah katanya, dengan ciri kelembutan yang ada pada
> seseorang wanita, Allah mentakdirkan mereka
> melahirkan
> anak dan menyusukan anak.

NAK MENGOMEL LAGI NI..........

SEKALI PANDANG NAMPAK LEMBUT. TAPI BILA
MENGAMUK......... ALLAH SAJA YANG TAHU. TAK GITU???
> 
> Sebaliknya tugas kaum lelaki kata Dr. Azahari, lebih
> menekankan kepada soal mendidik anak, mencari nafkah
> dan membesarkannya sehingga menjadi orang yang
> berguna
> kepada bangsa dan negara.
> 
> Dengan ketentuan yang ditetapkan inilah menyebabkan
> lelaki mengutamakan sikap yang lebih tegas demi
> pembentukan anak-anak yang berilmu.
> 
> Oleh: HAFIDAH IBRAHIM
> 
> 
NAK MENGOMEL LAGI NI..........

SEBENARNYA  SIKAP SALING FAHAM-MEMAHAMI DAN
"COMPLIMENT EACH OTHER " TERAMATLAH PENTING. OLEH ITU,
JANGAN LUPA BERDOA UTK SUAMI, SELEPAS SOLAT ANDA.
SEMOGA KEKAL SEHINGGA KE ALAM AKHIRAT.


WASSALAM

PAK ENGKU





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke