*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Bani Tamim (24)

Jawapan untuk En. Hanzala

Assalamualaikum para netters sekalian,

Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kesihatan dan kesempatan untuk 
hambaMu ini terus menulis di ruangan ini. Saya mohon maaf kepada para 
netters sekalian yang telah lama menunggu sambungan siri ini. Kelewatan ini 
disebabkan sedikit gangguan kesihatan yang berlaku terhadap saya. 
Alhamdulillah, Allah yang Maha Kuasa telah mengembalikan semula 
"pinjaman"Nya kepada saya.
Setelah beberapa lama melihat gelagat En. Hanzala, izinkan saya untuk 
memberi beberapa pandangan dan jawapan berkenaan perkara ini. Lebih-lebih 
lagi ia menyentuh persoalan perjuangan Islam akhir zaman yang saya susun di 
dalam siri Pemuda Bani Tamim.
Persoalan pertama yang ditimbulkan ialah kekhalifahan Islam tidak akan wujud 
kecuali masih ada Nabi. Kita adalah umat Muhammad SAW, Nabi penutup segala 
nabi dan rasul. Berpandukan kepada pesanan Rasulullah SAW sendiri, khalifah 
Islam akan muncul di akhir zaman dan membawa kekhalifahan itu ke seluruh 
alam. Ertinya Islam akan kembali gemilang di bawah pemerintahan khalifah 
yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Dialah Al Mahdi.
Sabda Rasulullah SAW: Dari Abu Said Al Khudri bahawa Nabi SAW bersabda: Di 
antara khalifah kamu ialah seorang khalifah yang membahagikan harta benda 
tanpa mengira-ngira." (Riwayat Tirmizi)
Khalifah inilah yang akan zahir di akhir zaman ini, membenteras segala 
kezaliman. Mengisi dunia ini dengan keadilan sepertimana ia dipenuhi 
kezaliman sebelumnya.
Tidak timbul soal adakah masih perlu Nabi di zaman ini kerana kerasulan 
Rasulullah SAW adalah kesempurnaan dan penutup.
Firman Allah SWT bermaksud: "Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari 
seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan PENUTUP 
nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui." (Al Ahzab: 40)
Kezahiran Nabi Isa a.s adalah kemuncak kegemilangan Islam di akhir zaman, 
tetapi zahirnya bukan dengan syariat yang lain, melainkan syariat Muhammad 
SAW. Antara peranan Nabi Isa a.s adalah untuk membunuh Dajjal.Sesungguhnya 
Nabi Isa a.s itu belum wafat dan akaan dikembalikan Allah di akhir zaman 
untuk menyelamatkan umat dari fitnah Dajjal.
Allah SWT berfirman, bermaksud: "Mereka tidak membunuh Isa dan tidak pula 
menyalibnya (di kayu palang), tetapi hanyaalah penglihatan mereka sahaja. 
Bahkan Allah telah mengangkat Isa kepadaNya (diangkat ke langit). Dan Allah 
Maha Kuasa lagi Bijaksana." (An Nisa': 157-158)
Orang Kristian mengatakan bahawa ajaran Kristian benar kerana Nabi Isa masih 
hidup? Barang dijauhkan Allah, janganlah kita menganggap bahawa Nabi Isa itu 
membawa ajaran Kristian, sebaliknya baginda membawa ajaran tauhid kepada 
Allah. Nabi Isa bukan Nabi orang kristian. Kristian telah menigakan (3) 
Tuhan, sedangkan Nabi Isa tetap membawa ajaran mengesakan Allah SWT. 
Walaupun ada Kristian yang tidak berpegang dengan trinity, mereka juga 
termasuk orang-orang yang tidak menerima ajaran Allah SAW dengan menolak 
Rasulullah SAW, Nabi dan Rasul yang akhir.
Saya sendiri berpengalaman beberapa tahun berdakwah kepada orang-orang 
Kristian di Sabah, dan saya dapati berbagai corak Kristian terdapat di sana. 
Hujah yang En. Hanzala bawa itu telah lama tidak digunakan mereka. Hujah itu 
hanya sesuai untuk orang yang beriktikad bahawa Nabi Isa itu membawa ajaran 
Kristian.
Di dalam hadis juga menyebut secara jelas, bahawa Al Mahdi dan Nabi Isa a.s 
itu adalah orang yang berlainan. Mana mungkin Mirza Ghulam Ahmad itu 
sekaligus Al Mahdi dan Nabi Isa.
Kezahiran Al Mahdi mesti didahului oleh Fataa At Tamimi (Pemuda Bani Tamim) 
dari Timur, sedang Mirza tidak ada Pemuda Bani Tamim. Al Mahdi pula 
bersambung dengan kezahiran Nabi Isa a.s, sedang Mirza mengaku dia sendiri 
Nabi Isa. Kedatangan Nabi Isa bermula dari episod Al Mahdi diburu Dajjal, 
akhirnya turun Nabi Isa untu membunuh Dajjal. Mirza juga tidak bertemu 
situasi seperti itu.
Al Mahdi dibaiah oleh Syuaib bin Soleh (Pemuda Bani Tamim) dan 
pengikut-pengikutnya dari Timur, Asoib dari Timur dan Khurasan, wali Abdal 
dari Syam, wali Nujabak dari Mesir. Termasuk 3000 malaikat dan Ashabul 
kahfi. Mirza tidak ada semua itu.
Tidak salah bercita-cita dan berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di 
mukabumi ini, tetapi biarlah bersesuaian dengan kehendak Allah dan Rasul. 
Antara sifat Al Mahdi itu, dia dikenali dan diberitahu oleh golongan yang 
berbaiah dengannya, bukan mengisytihar dirinya sendiri, walaupun dia tahu 
dirinya Al Mahdi. Peristiwa ini berlaku ketika ia zahir kali pertama di 
Masjidil Haram di suatu musim haji. Di saat itu, umat Islam amat perlu 
kepada pimpinan, Al Mahdi masih tidak mahu mengakui dirinya sebagai Al 
Mahdi. Hinggakan disebut di dalam satu riwayat hadis, orang yang mengetahui 
dia itu Al Mahdi hendak membunuhnya jika tidak mahu mengaku. Akhirnya 
barulah beliau mengakuinya dan memimpin umat Islam. Perkara ini berlaku agar 
tidak mudah untuk seseorang itu mengaku dirinya Al Mahdi.
Berbeza dengan Pemuda Bani Tamim, beliau mengisytihar diri sebagai Pemuda 
Bani Tamim apabila kekuasaan negara diserahkan kepadanya, iaitu sebuah 
negara di Timur.
Setelah meneliti banyak hadis berkenaan akhir zaman, jelaslah tidak ada asas 
untuk meletakkan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Al Mahdi atau Nabi Isa a.s. 
Sementelahan beliau telah meninggalkan dunia yang fana' ini.

Wassalam,
Arjuna Armada

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke